18 I G H T E E N

471 62 10
                                    

"Bye abang. Terima kasih belanja Yana hari ni." Ucap Eleana sesudah bersalam dengan abangnya tadi. Mereka kini di parking lot pejabat abangnya di Bangsar.

"Hm. Ada apa-apa call. Pepper spray bawak tak?"

"Bawak. Tu senjata paling penting kan."

"Tahu pun. Abang risau betulla.. abang nak upah bodyguard Yana taknak." Farouk pening dengan sikap adik perempuannya yang terlebih berani ini.

Adik perempuan dahla ada seorang je..

"Eh takpela abang. Apa sampai berbodyguard bagai. Dah macam artis kpop dah. Yana kan dah belajar martial art."

"Hm pastu ponteng. Baik tak payah masuk."

"Hehehe. Dah la abang. Pergila masuk office, tadi kata dah lambat." Ujar Eleana sambil menghulurkan salamnya kepada abangnya. Tidak bercerita pula dia tentang trainer singa lautnya itu.

"Tadikan dah salam. Ish. Raklu." Sambil menolak perlahan dahi Eleana.

"Aduh. Ee abang ni." Sambil mengejar abangnya yang cuba melarikan diri jauh dari dia.

Senyuman gembira yang diukir pada ulas bibir merah itu, tanpa dia sedari sedang direnung tajam oleh sepasang mata helang milik seorang lelaki yang begitu bengis. Melihat aksi mereka dari jauh semenjak tadi lagi dengan perasaan jelik - nak muntah pun ada.

Tak sayang adik konon. Suruh aku rogol lagi. Aku rogol betul-betul karang baru kau tahu rasa.

Zhafri berjalan menuju ke arah dinding yang tidak mempunyai cctv ke arah itu. Sudah lama dia menyuruh anak buahnya mengikut jejak 2 beradik itu dan dia tahu tempat strategic ni pun sebab anak buah dia ada bagitahu.

Sekarang ni, tunggu masa sahaja dia nak menyerang perempuan itu.

Mask hitam dan cap dikepalanya dibetulkan. Hoodie nya juga dinaikkan supaya perempuan itu betul-betul tidak tahu dia siapa.

Malah untuk menjadi seorang Izz Rael, dia terpaksa menukar perfume nya dari perfume yang biasa seorang Zhafri pakai.

Tap tap tap.

Bunyi tapak kaki seseorang sedang berjalan ke arahnya.

Dan apabila terlihat bayang gadis itu, terus sahaja dia menariknya dan menolaknya ke dinding.

Mulutnya juga ditekup rapat oleh tangan lelakinya.

Eleana cuba untuk selongkar begnya dan mengeluarkan sebotol spray hitam namun sempat Zhafri ambil dan rampas lalu membalingnya jauh ke tepi.

Zhafri nampak, mata perempuan itu begitu terkejut melihat dirinya. Tidak sangka barangkali.

"Kita berjumpa lagi Eleana."

Dan Eleana terus menolak badan Zhafri supaya menjauh dan ingin melarikan diri.

"Aaahh tolonggg-"

Namun Zhafri segera merentap kedua tangan gadis itu dan memegangnya ke atas dan tangannya yang sebelah lagi menutup mulut perempuan itu.

Melihat sahaja mata perempuan itu berkaca menyebabkan dia mengoyakkan senyum sinis dan puas.

Ahh sudah lama tidak ku tatap mata kau yang basah cantik ini.

"Hhmmmmhhh" Eleana ingin menjerit kerana ketakutan. Dia sangkakan, mimpi ngerinya sudah berakhir namun...

"Syhh shh... diam.. nanti ada orang dengar. Kau nak ke orang tengok kau berkeadaan macam ni?" Ugut Zhafri.

Eleana menggeleng perlahan.

Terasa basah tangan Zhafri dek kerana air mata Eleana yang mengalir lurus.

Izz RaelWhere stories live. Discover now