T 10 N

793 79 6
                                    

Hi semua! Long time no see kan. Mat ari aye hihi! 😊❤️❤️

💝💝💝💝💝

Setelah pulang dari kerjanya pada malam itu, Zhafri terus melangkah ke dalam bilik rahsianya dalam banglo yang tersimpannya seseorang yang memuaskan nafsu amarah dan dendam kesumatnya. Tanpa berfikir panjang, apple earpodnya di ambil dan dipasangkan.

Entah kenapa, hatinya terasa mahu mendengar lagi bacaan merdu itu.

Teringat pula hal semalam. Detik dimana dia mendengar merdunya suara gadis itu, bak buluh perindu. Mengalunkan ayat suci Al-Quran, menusuk lembut ke dalam gegendang telinganya. Mindanya terasa tenang sesaat.

Dan teringatkan perkataan sayang dari perempuan itu semalam, dia tidak mampu menipu. Sungguh, hati lelakinya, sedikit berbunga. Sampai agak mengganggu seketika tidurnya malam itu.

Jantungnya malam itu tidak habis berdenyut laju untuk mengepam darah.

Sudahlah hatinya sedikit rasa kekosongan oleh kerana girlfriendnya, Melisa sudah lama tidak menghubunginya dan jarang sekali dia mesej untuk memberitahu dia tentang apa yang dia lakukan seharian di Bali. Katanya, ada shooting kat sana.

Didengar dengan teliti apa yang sedang berlaku. Namun...hampa. kerana tiada satu suara pun yang berbunyi. Hanya ada bunyi derapan tapak kaki sahaja yang bersiul di telinga.

15 minit menunggu.

“Terima kasih kak.” Haa, baru dengar suara perempuan tu.

“Sama-sama cik puan.”

“Em, akak, boleh saya nak pinjam telefon akak sekejap?”

Kening Zhafri terangkat. Nak buat apa nak pinjam telefon?

“Maaf cik puan. Saya tak ada phone. Saya keluar dulu.”

“Eh akak-akak. Emmm, dalam rumah ni kan, kat mana ya tempat yang saya boleh buat panggilan?”

“Maaf cik puan, saya tak tahu.” Bagus bibik. Zhafri yang masih tekun mendengar, terangkat hujung bibir kirinya – sinis.

“Alaa akak... tolonglah saya... pleaseeeeee.”

Mendengarkan rayuan itu, earpodnya pada sebelah kanan dicabut tiba-tiba. Eh perempuan ni, buat jantung aku berdebar je. Namun dia memasang kembali setelah kewarasannya menerpa.

“Duduklah diam-diam kat sini cik puan. Kalau cik puan buat macam tu, nanti lagi teruk cik puan kena dera dengan tuan. Dia boleh buat lagi teruk dari sebelum ni. Saya keluar dulu.”

Huh. Ada hati kau nak buat panggilan, perempuan. Cubaan nak lari lagi lah ni? Tak serik-serik kau ni eh. Nak suruh aku buat macam mana lagi nak suruh kau serik ni ha?

Tiba-tiba, telinganya tertangkap bunyi seperti ada orang sedang menekan butang password di pintu bilik tersebut, namun tak berhasil kerana, bunyi beep beep itu berbunyi berkali-kali.

Dengan kadar segera, computer pada sebelah kirinya dilihat dan mencari system untuk melihat ada invaders alert yang berlaku. Dan, firasatnya betul. Perempuan itu cuba untuk membuka pintu. Dan yang paling dia terkejut, terpapar di skrin komputernya, -UNLOCKED-

Huh, dasar budak engineering. Budak pandai rupanya budak ni. Tak perlu bersusah payah hack pun dia dapat teka.

Mungkin password yang dibuat itu terlampau senang sehinggakan dia berjaya keluar dari bilik simpanannya.

Terus tangannya pantas mengambil kain putih di dalam almari putihnya dan sebotol cecair chloroform iaitu ubat pengsan.

Eii, budak ni, kau tahu lah nasib kau nanti.

Izz RaelWhere stories live. Discover now