S I X T 16 N

434 42 2
                                    

Hi korang.

Nak tahu tak, haritu lily tersalah upload chapter 19 😂🤣🤣 ingat nak baca je time tu, sebab cerita ni ditulis 2 tahun lepas dah (bapak lama sebab tu bila baca balik cringe gila rasa macam taknak sambung dah) sekali, terupload pulak. Mujur setengah jam kemudian tu terus perasan. Lepas tu bila perasan tu, dah ada orang vote dan siap komen lagi.

Minta maaf la, siapa yg dah baca tu, mesti tak faham awat pula jadi lagu tu 🤣

Okaylah, byebye, selamat membaca! 😘

+++++++++++++++++++++++++++++

"Ini antara syarat yang kau perlu patuhi kalau kau nak belajar boxing dengan aku. Aku nak kau ingat sampai mati."

Eleana mengangkat tangan ibarat budak 5 tahun ingin bertanya sesuatu pada gurunya.

"Apa?"

"Encik memang cakap aku kau jugak ke dekat student lain?"

"Dekat sini, kita tak panggil student. Ingat ni sekolah nak kena panggil student?"

Zhafri menunjukkan satu-satu pelajar disitu.

"Kau, tu, budak perempuan yang pakai tak cukup kain tu, dengan lelaki yang berjambang tu, kat sini kita panggil trainee. Ataupun beginner."

"Encik Helmi?"

"Dia tu boss kat sini. Tak trained orang. Tapi kadang-kadang dia jadi instructor jugak."

"Encik ni memang trainer full time eh kat sini?"

Zhafri mengerutkan keningnya. Eh banyak tanya pulak perempuan ni.

Eleana yang menerima renungan tajam itu terus menutup mulut kecilnya dengan tangan.

"Sorry."

"Ni antara syarat kalau kau nak jadi trainee aku."

"Bila aku tanya, kena jawab dengan kuat. Bila aku tak suruh bercakap, jangan. Nak. Menjawab."

"Aku nak kau salin apa yang aku cakap ni."

Eleana sebagai seorang yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar terus mengeluarkan phone nya untuk ditulis.

"Satu. Kau tak boleh nangis. Sakit macam mana pun, kau tak boleh nak nangis kat sini, aku tak benarkan."

"Dua. Kau kena sedia mental dengan fizikal kau. Dua-dua kena kuat. Terutamanya mental kau. Fizikal kau lemah takpe, boleh asah kat sini. Tapi mental kau tu.."

"Jangan aku tengking kau sekali, air mata kau dah menitik. Faham tak?!"

Mata Eleana mula menular ke sekeliling. Melihat guru dan student yang lain, biasa-biasa sahaja diaorang belajar.. siap boleh gelak-gelak lagi sambil boxing tu.. kenapa dengan trainer aku ni???

Tiba-tiba aku rasa macam nak nangis sebab macam tambah stress jeeee!!

"Tiga. Cerita sini, habis sini. Kau, kalau tak puas hati apa-apa dengan aku, boleh terus fight dengan aku. Jangan kat luar baru nak terhegeh-hegeh sound aku.."

"Fight? Tapi... Saya perempuan encik.."

"We don't play gender here. I treat the same either you are man or woman."

Wajah Eleana jelas kelihatan seperti ingin menangis.

"Belum apa-apa lagi kau dah nak nangis ke? Lembik."

"Mana ada! Cepatlah start. Saya dah tak sabar nak tumbuk orang ni.." Kata Eleana dalam geram. Ee, kau ingat kau bagus sangat. Aku yang bayar kau lah! Ergh! Nanti aku report dekat Encik Helmi baru padan muka.

Izz RaelWhere stories live. Discover now