S E 17 T E E N

454 45 5
                                    

-Kau dah okay?

Eleana tiba-tiba mendapat mesej dari entah siapa-siapa.

-Ni aku, Zhafri

Oh.. trainer kasar tadi ke? Lalu dia mencampak phonenya kesebelah. Malas mahu layan.

Ting.

Phonenya berbunyi sekali lagi. Dia mengambil dan membaca. Alamak, terbluetick pulak.

- Aku nak minta maaf pasal tadi.

Eleana terpaku. Lelaki itu minta maaf? Ni yang buat dia rasa serba salah dan tak tahu nak balas apa.

012-3535989 is calling.....

Alamak, mamat ni call pulak. Ya Allah......

Nak jawab ke tak... Takyah jawab, jangan jawab!!!! 

Berhenti..

Fuh... Nasib baik...

012-3535989 is calling.....

Ya Allah dia call lagi.. nak apa laa mamat ni? Tak cukup ke kalau mesej je?

Eleana tekad tidak mahu mengangkat.

Dan sekali lagi, berhenti..

Dan sesaat kemudian,

012-3535989 is calling......

YA ALLAH!!!! STERESSNYA AQOOEEEE!!!

Eleana berdehem beberapa kali dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello assalamualaikum.."

Eleana diam.

"Hello?"

Masih diam.

"Eleana?" 

Mendengar namanya dipanggil barulah dia menyahut. Jantungnya, jangan cakap, berdegup kencang seperti otp dengan kekasih hati.

"Y-ya.. waalaikumsalam."

"Buat apa? Kenapa dengar macam mengah je?" Soal Zhafri.

Eleana mula meredakan dirinya yang terlalu berdebar sekarang sampai dirinya kedengaran tercungap-cungap. Nanti lelaki ni ingat dia jogging pulak malam-malam..

Kalau dengan lelaki ni, pasti anxiety dia datang kembali.

"Kenapa tak angkat aku call tadi?"

"Er.. Tak perasan.." Ujar Eleana..

"Kenapa dengar macam nervous je ni? Hmm?"

Degup jantung Eleana makin bertambah laju selepas sahaja mendengar pertanyaan lembut suara garau itu menyapa gegendang telinganya.

"Er.. tak.. ehem. Encik ada apa call saya malam-malam buta ni?"

"Nanti, aku hantar schedule boxing dekat kau. Cakap dengan aku kau free tak masa tu."

"Emm, okay."

"Hm, tu je aku nak cakap."

"Encik Zhafri...." Tiba-tiba Eleana memanggil. Eh kau dah kenapa Eleana nak menggatal dengan jantan malam-malam ni? Dah dah lah tu oiiii.

"Apa lagi?"

"Saya takut dengan encik Zhafri. Boleh tak, kalau lain kali, encik jangan garang-garang sangat? Boleh?"

Tet..

Panggilan dimatikan.

EH KAU NI DAH KENAPAA JANTAN??!!!!

💔

Zhafri merenung jauh ke dalam handphonenya.

Lama sudah dia tidak mendengar rengekan itu..

Hish.

Ni semua Helmi punya pasal suruh call budak perempuan ni. Aku ada banyak kerja lagi nak kena buat tiba-tiba nak call semata-mata suruh minta maaf?

Eh, memang taklah aku nak minta maaf directly.

Ting.

Notification nya berbunyi.

-Encik, saya hanya free sabtu dan ahad je

-Hari lain saya kerja

Kau ingat kau sorang je kerja? 

+Okay

+Sabtu dan ahad, start pukul 9 hingga 5

+Sharp

Ting

-Ala encik

-Kenapa lama sangat?


+Rehat sejam untuk solat zuhur

+Tak lama

+Kau banyak benda lagi kena belajar


- Hm, okay encik : (


Eh, buat emoji sedih pulak. Ingat aku nak kesianlah tu?

Ting.  

Notification WhatsApp nya naik lagi. Number dari Helmi.

Ingat Zhafri.. kau jangan nak dera dia sangat. Nanti dia tak datang kelas. - Helmi

Dia tak datang, aku sendiri akan pergi cari dia. - Zhafri

*

Hari seterusnya....

Trainer Singa Laut

-Apesal kau tak datang kelas semalam?

-Kau ingat kau anak orang kaya, boleh suka2 hatila nak ponteng kelas aku?

-Org lain beratur nak bayar mahal untuk masuk kelas aku, kau senang2 je nak membazir duit


Eleana membaca WhatsApp yang dihantar oleh trainernya. 


Trainer Singa Laut

-Kau ingat aku takde kerja lain ke nak tunggu kau semalam?

-Kalau tknak datang, cakap. Jangan buat orang macam tunggul kayu tunggu kau

-Sudahla aku call kau beratus kali kau tak jawab


Aduhai. Perlu jawab apa ni? Encik Helmi pun satu. Macam tak ada trainer lain dia nak bagi. Singa laut ni jugak yang aku dapat.

Eleana

+Hm, sorry encik..

+Sy pening kepala tadi


Dan mesejnya tadi ditinggal bluetick.

Ee siapa suruh kau garang sangat dengan aku! 

Izz RaelWhere stories live. Discover now