F O 4 R

810 76 21
                                    

Ketukan di luar pintu bilik pejabatnya berbunyi.

"Masuk."

Helmi, sahabat baik Zhafri dari zaman university di England masuk ke biliknya dengan muka gembira.

"Kau takde kelas boxing ke hari ni?" Soal Zhafri kepada sahabatnya itu.

Helmi bukannya seorang student, mahupun lecturer. Tapi merupakan seorang trainer boxing di Putrajaya. Dan dia juga pemilik satu boxing club dan menjadi trainer part time di sana.

Zhafri pun kadang-kadang kalau ada masa akan pergi berboxing di tempat Helmi bekerja untuk mereleaskan tension nya.

Oleh sebab itu jugalah, tubuh badan mereka sangat fit and maskuline.

"Ada. Tapi pukul 3 nanti. Zhafri.. Ceritalah kat aku."

"Apa?"

"Pasal perempuan tu."

"Perempuan mana ni?"

"Adik celaka tu lah."

Dengar sahaja perkataan celaka dari mulut Helmi, tahulah Zhafri bahawa lelaki tu sedang bercakap tentang perempuan malang tu.

"Takde apa yang menarik nak diceritakan."

"Tsk, come on bro. Aku tahu, mesti ada punya."

"Nothing interesting pun. Aku pun tak tahu nama perempuan tu apa."

"Gentle kau tak tahu? Kan anak buah kau dah beritahu hari tu."

"Kepala otak aku... Hanya simpan nama 3 orang perempuan je. Mama, kakak aku,.. dan.. Melisa."

"Uish.."

"Kalau takde apa nak sembang, kau boleh blah sekarang. Aku tengah ada banyak kerja ni."

"Eh japlah bro.. aku bukan apa.. emmm. Cane nak cakap eh."

"... actually, aku pernah nampak perempuan tu sebelum ni."

"Yeke kau ni? Kat mana?"

"Dekat cameron time kitaorang pergi holiday hari tu. Time tu anak aku, Sofea, hilang. Lepas tu, dialah yang jumpa dan bawa Sofea dekat kitaorang. Bini aku siap ajak dia borak lagi kat cafe sana."

"Pastu?" Zhafri hanya buat dengar tak dengar je.

"Masalahnya bro, aku tak sangka yang dia tu, adik si Farouq. Sebab perangai diaorang, jauh betul beza. Sorang macam setan, sorang macam malaikat. Tu yang aku terkejut beruk time kau culik perempuan tu. Aku ingatkan, kau salah orang."

"..pastu bro, lemah lembut, sopan santun betul aku tengok budak tu bhai... Aku kalau takde bini aku time tu, memang dah lama aku mengayat." Hm si Helmi ni memang dari zaman University lagi muka buaya darat.

Zhafri yang dengar mengerutkan dahinya.

"Kau tahukan, perempuan tu adik si setan tu?"

"Tahu.. pastu?"

"Kau nak puji-puji dia depan aku kenapa?"

"Hahah. Asal? Kau takut jatuh cinta ke?"

"Aku, kalau abang dia aku benci, seluruh keturunan dia aku benci."

"...Lagipun, aku dah ada Melisa."

"Tapi betulkan aku cakap, dia sopan kan? Macam gadis melayu terakhir kan?"

Mendengar sahaja perkataan gadis melayu terakhir dari mulut Helmi menyebabkan dia teringat sesuatu tentang gadis itu.

Perempuan tu, memang terserlah keayuan dia. Tak suka dipegang. Cakap pun lembut-lembut je dengan aku. Tapi buat apa aku nak pelik, benda boleh jadi fake kan.

Izz RaelWhere stories live. Discover now