6 I X

816 77 18
                                    

"Sayang nak order apa?" Soal Zhafri kepada Melisa.

Zhafri telah menempah Restoran bertaraf 5 bintang untuk mereka dating tetapi dia tidaklah menempah seluruh restaurant. Tiada apa-apa event yang penting pun, cuma date biasa sahaja.

Setelah mereka selesai memesan makanan, Zhafri masih sibuk dengan ipadnya kerana sebenarnya, sebelum dia balik tadi, masih ada kerja yang belum dibereskan.

"Sayang.. so, how's your day today?"

Zhafri mengingati semula hari yang dijalaninya hari ni.. Dengan nak kena dengar budak tu mengerang pagi-pagi buta. Nak kena angkat lagi badan berat dia sebab bodoh nak lari ikut balkoni.

Tu belum cerita lagi, di tepi telinganya sahaja mendengar suara perempuan tu merengek memanggilnya Tuan Izz Rael dengan mata merayu tu, kerana masih mahu bercakap dengan ibunya.. teringat pula, berapa kali dia tertelan liurnya sendiri mendengar rengekan gadis itu.

Haihh.. Zhafri mengeluh.

"Kenapa ni sayang? Banyak kerja ke dekat office? Hmm?" Soal Melisa manja, mengusap lembut pipi kekasih hatinya.

"No.. kerja macam biasa saja.. Tak banyak, tak sikit." Ipadnya kini disimpan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada girlfriend nya ini.

"You pula macam mana?"

"I macam tu lah.. penat nak kena melayan karenah tuan director yang asyik suruh i pegang-pegang tangan hero tu. Dia ingat i apa? I walaupun i pakai seksi macam ni, tak bermaksud i ni suka nak mesra-mesra dengan lelaki tau.." Melisa si pelakon terkenal sempat perasan yang bibir Zhafri tersungging sinis.

"You percaya tak apa i cakap nii??"

"Percaya sayang... Percaya sangat sebab you memang sombong dengan orang yang you tak kenal. Kan? Macam i kena waktu dulu." Masih teringat dulu, semasa dia ingin mengayat gadis tinggi lampai itu, bukan main sombong lagi Melisa ni.

Pandang pun tak nak..

"Alaa.. sorrylah sayang. I cuma berhati-hati je sebab takutlah, mana tahu you ni ada niat jahat ke dekat i. Tapi don't worry. You dah jadi boyfriend i kan sekarang." Ujar Melisa sambil mengusap dagu Zhafri.

Semasa mereka bermesra-mesra, makanan yang ditunggu pun sampai jua.

"Enjoy your dinner sir and young lady." Ujar waiter itu sebelum berlalu pergi.

Ketika makan, Melisa menyuruh Zhafri untuk menyuap steak yang dipesan oleh boyfriend nya itu.

Semasa sesi suapan, tiba-tiba, kenangan dia menyuap perempuan itu kembali terlayar di fikirannya..

Ohh, jadi.. nama dia Eleana..

Dia tahu pun setelah mendengar perbualan gadis itu dengan ibunya petang tadi.

Tiba-tiba, dadanya berdegup kencang saat mengingati moment di mana perempuan itu berpaut pada dadanya saat dia ingin jatuh kerana kakinya cramp pagi tadi.

Masih terasa betapa sejuk dan halusnya jemari itu menyapa dadanya. Serta wangian dari tubuh gadis yang menghempap dirinya yang terbaring dan paling gila, dipeluk erat oleh gadis tu di balkoni tadi.... erghh...

Mengingati kisah itu membuatkan tangan Zhafri naik sendiri merasai jantungnya yang berdegup kencang saat ini. Aku ni dah kenapa?

"Eleana..." Tanpa Zhafri sedari, dia tiba-tiba menyebut nama Eleana depan girlfriend nya itu.

"Huh? Siapa Eleana?" Soal Melisa dengan riak wajah cemburu.

"Hah? You tanya apa?"

"I ask you, who is Eleana?"

Izz RaelWhere stories live. Discover now