F O U R T 14 N

428 38 7
                                    

Setelah hampir seminggu berduka, kebahagiaan mula bertandang pada hati Eleana kini..

Handbag dan telefonnya telahpun dia dapat semula. Entah bila lelaki itu letak di atas meja, bangun sahaja subuh tadi, sudah ada. Baru sahaja ingin membuka phonenya, pintu biliknya dibuka.

"Eh perempuan, sini jap." Gamit Zhafri ke arah meja bulat itu.

Eleana yang mendengar terus pergi ke arah lelaki itu.

"Duduk." Pelawa Zhafri.

Eleana terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

"Sebelum aku lepaskan kau, ada benda aku nak warning."

...🙂...

"Tak payah buat muka macam tu."

"Hah?" Eleana malah membuat muka keliru. Muka macam mana aku buat tadi? Eleana menyentuh pipi sambil terkebil-kebil memikirkan ekspresi mukanya tadi.

"Muka tu, tak payah nak excited sangat." Ujar Zhafri sambil membetulkan topi hitam yang dipakai.

"Oohhh." Eleana hanya senyum janggal setelah mendengar kata lelaki itu.

"Aku nak bagi warning dekat kau. Aku nak kau dengar betul-betul. Kalau aku tahu kau langgar je warning aku ni, tengoklah apa aku akan buat."

Eleana menelan liur ketakutan. Dan tekun mendengar sambil merenung mata coklat gelap tu berbicara denganya kini.

"Tak payah pandang aku macam tu."

"Hah?" Sekali lagi, Eleana terkebil-kebil dan mengerutkan keningnya tanda tidak faham.

"Mata tu, tak payah nak gatal sangat nak tenung aku macam tu."

"Habis tu saya nak pandang macam mana? Saya pandang bawah jelah."

"Pandang aku."

"Tak nak. Macamlah dia tu hensem sangat." Sempat Eleana berbisik ayat akhir tu.

Mata jejaka itu memincing tajam ibarat helang ingin menelan mangsa. Berbisik macam aku tak boleh dengar.

"Kalau kau tak pandang...,"

Tangannya cuba mencapai sesuatu di belakang poket seluarnya, yang sebenarnya - tiada apa pun di dalamnya.

"Haaaaa, janganlah... Okay okay, saya pandang." Rengek Eleana pula. Kali ni, anak matanya betul-betul memandang tepat ke dalam sepasang anak mata coklat milik lelaki misteri itu.

Dan Zhafri pula tercengang. Liurnya ditelan apabila menerima panahan mata Eleana.

Perempuan ni..... Dia memang manja atau buat-buat manja?

"First, aku tak nak dengar ada bunyi siren polis kat luar rumah aku nanti."

"Hah? Maksudnya?"
"....Saya tak boleh halang tau kalau polis tu nak lalu depan rumah awak. Apa kaitan dengan saya pulak?"

..........

"Kalau kau nak tahu, ada rumah aku sorang je dalam taman ni."

"Ahaa, so..?"

Zhafri hanya memicit dahi sambil menggeleng kepala. Lembabnya perempuan ni.

"Kau ni...-" Zhafri baru sahaja ingin memarahi namun apabila melihat wajah Eleana yang terkebil-kebil tidak faham itu membuatkan dia tak jadi marah.

Zhafri akhirnya mengeluh.

"Cakap dengan kau ni kan, serupa aku cakap dengan budak kecik. Tak faham bahasa."

"Hah?"

"Duk hah hah dari tadi. Aku rembat jugak nanti."

......

Izz RaelWhere stories live. Discover now