S E 7 E N

792 78 4
                                    

"Zhafri Izz Rael, jantan paling hensem dalam Malaysia."

Helmi datang membawa coffee dari Starbucks masuk ke dalam bilik office Zhafri.

Kalau terus masuk bilik tanpa ketukan tu tak lain tak bukan muka setan ni lah.

"Hmm.. Nak apa, cakap cepat."

"Haha. Kau memang terror Zhafri baca fikiran aku hahaha."

"Pat sikit. Takleh lama-lama. Nanti aku kena pergi warehouse pulak."

"Haa okay okay. Susah kan kerja jadi kuli ni?" Helmi mengejek.

Zhafri yang sedang menaip terus terhenti setelah mendengar pekerjaannya di cerca.

"tch kau ni--"

"Hahaha ye ye aku gurau je. So, acane semalam perempuan tu?"

Kening Zhafri terjungkit kehairanan.

"Perempuan mana kau ni? Susun ayat kau tu bagi betul sikit. Macam aku ada buat one-night stand pulak."

"Eh kau ni. Perempuan mana lagi. Adik si setan tu laa. Berapa ramai perempuan lagi kau culik ni."

"Ha cakap lah kuat lagi. Biar semua orang tahu aku ni ada culik orang."

"Aku cakap slow je, kau tu yang cakap lagi kuat. Eh dah dah."

"...Pe cer broh. Ceritalah kat gua."

"Nak cerita apa? Takde apa nak dicerita pun.."

"Kot ye lah. Kau nak tanya pendapat aku ke... Nak siksa perempuan macam mana.. nak suruh dia melutut kat kita macam mana.. nak suruh dia-"

"Kau merepek apa ni setan?"

"Habis tu, kau culik dia buat apa? Kalau tak dera dia?"

"Aku biar macam tu je.. Dera lah tu.."

"Tu lah yang kau salah weyy.. kau takleh biar dia lama-lama dalam rumah kau tu."

"Kenapa?" Zhafri meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya.

"Aku takut... Perempuan tu minat kat kau. Kau dahlah hensem tahap dewa."

Mendengar sahaja pujian luar alam si Helmi membuatkan Zhafri tertawa besar.

"Huh. Kau ni bodohlah.. aku ingat apalah tadi. Lantak dialah nak minat aku ke apa. Hati dia yang sakit. Bukan hati aku."

Helmi mencebik. Eleh, entah-entah hati kau yang lagi sakit nanti.

"...lagipun aku setiap kali jumpa dia, mesti pakai topeng."

"Pahal pulak kau pakai topeng?"

"Hmmm.. aku taknak dia kenal muka aku. Kau ni tanya soalan macam baru kenal aku setahun."

"Kau dah bagitau belum dekat Farouq yang kau culik adik dia."

"Belum..." Teringat pula video yang masih disimpan dalam handphone itu.. nantilah dia hantar.

"...aku kalau boleh taknak dia tahu pun siapa yang culik. Aku taknak nanti dia report polis pasal aku."

"Haa, elok jugaklah kau pakai topeng kiranya. Tapi aku nak tau jugaklah. Perempuan tu macam mana weh? Setan macam abang dia ke? Ada tendang kau mana-mana tak?"

"Dah apahal pulak dia nak tendang aku?"

"Kot yelah. Kau ada buat apa-apa luar tabie ke dekat dia."

....

Ayat itu membuatkan Zhafri mengangkat wajahnya.

...

"Huh, kau merepek apa ni setan? Luar tabie kelapa lutut kau. Dia, nak tendang aku? Hmm lambat lagi."

Izz RaelWhere stories live. Discover now