E 11 E V E N

781 155 20
                                    

Sejak peristiwa yang berlaku malam itu, Zhafri langsung tidak bertemu muka dengan perempuan itu. Entahlah, tidak tahu kenapa, kepalanya tiba-tiba terfikirkan kata-kata perempuan pada malam yang penuh dengan gelora nafsu itu.

Bayangkan dia sebagai seorang adik? Huh? Lambat lagi. Tapi tidak tahu kenapa, setiap kali aku nak melakukan sesuatu pada dia, pasti ada terjentik something dalam hati aku untuk mencegah dari melakukan.

"Tuan, dari semalam, ada sebuah kereta hitam dekat luar rumah. Bila kami nak dekati, kereta tu terus pergi."

Sesudah mandi, Zhafri menerima panggilan dari orang bawahannya pada subuh hari. Ada sahaja yang ingin mengacau mood hari Sabtunya.

Tshirt hitam lengan pendek dan short pant dipakai.

Hari cuti ni, dia ingat ingin melatih skill boxing dan merelease tension dengan menumbuk punching bag di Boxing Gym Helmi, tapi ini pulak yang terjadi.

Mesti si Farouq dah hantar orang suruh cari adik dia. Huh, konon suruh rogol, last-last cari jugak.

Kaki keluar dan terus menuju ke bilik Eleana.

Pintu di buka dan perempuan itu tidak kelihatan. Bilik air juga tiada. Takkanlah...

Kakinya menuju ke arah balkoni luar dan melihat Eleana sedang menikmati permandangan pagi di situ.

Dahinya berkerut seribu melihatkan perempuan itu ayu memakai baju kurung cotton berbunga kecil dan bershawl pastel merah jambu.

"Weh, masuk dalam kejap." Suruh Zhafri lalu pergi bergerak ke arah sofa putih itu.

Ish bibik ni.

Aku dah cakap bagi baju kurung hitam dan tudung warna hitam SAHAJA. Jangan bagi apa-apa warna selain warna hitam. Nak kena orang tua ni!

"Ada apa?" Soal Eleana yang lagi berdiri.

"Duduk."

Perempuan tu kelihatan teragak-agak, namun setelah diberikan pandangan mautnya, dia duduk jua.

Zhafri mengeluarkan kedua-dua phonenya dan mendail number seseorang.

“Awak langsung tak rasa bersalah kan dengan apa yang buat kat saya haritu?”

Soalan yang tiba-tiba itu membuatkan Zhafri menaikkan wajah memandang anak mata redup itu.

Janggal, soalan itu dibiar kesepian sambil tangannya dibawa mengusap lehernya – tegang. Tiba-tiba, teringat kembali peristiwa gila yang dibuat malam penuh durjana itu.

"Aku nak, kau call abang kau, cakap kau kena culik."

"Hah?" Eleana terpinga-pinga. Soalannya tadi tidak dijawab, pandai pula lelaki ini mengubah topik ke arah lain.

Zhafri masih menghulurkan phonenya kepada Eleana dan dia terpaksa juga mengambil phone itu.

Loudspeaker ditekan dan ringing berbunyi. Tidak sampai 3 saat, panggilannya di jawab.

"Hello." Bunyi suara serak seperti orang baru bangun tidur.

Seketika, pandangan Zhafri dan Eleana tertaut sesaat.

"Hello assalamualaikum abang. Ni Eleana.. abang tolong yana abang. Yana kena-"

"Waalaikumsalam. Abang mana pulak kau ni. Kacaulah pagi-pagi orang nak tidur.. Kau siapa wey? Aku takde adik lahanat perangai macam kau ganggu orang nak tidur pagi-pagi cuti ni." Marah si penjawab panggilan.

"Hah? Siapa ni?" Eleana memandang Zhafri dan memberikan phone itu kepadanya. Takut pula dia akan suara lelaki yang tiba-tiba marah tu.

Zhafri terus memeriksa sekali lagi number yang didail tadi.

Izz RaelWhere stories live. Discover now