N 19 T E E N

383 36 1
                                    

Bab 17

"Yana, macam mana hari tu pergi belajar boxing, okay tak?" Soal kawan universitinya, Laura.

Ya, Eleana ada bercerita yang dia pergi ke kelas martial art setelah dia diculik seminggu haritu. Hanya kepada Laura sahaja, kawan yang dia baru kenal semasa zaman univeritinya semenjak dari semester 1 yang dia cerita semua benda. Untung sahaja persahabatan mereka masih kekal sehingga sekarang.

"Hum, belajar apa. Dia torture kita ada la. Macam mana ni Laura.. Kita tak tahan laa..sehari belajar je, dah terkeluar semua darah kat hidung ni."

"Asal, hensem sangat ke cikgu yang ajar awak tu?"

"Ish bukan laa.. dia torture kita Laura... Dia bukan torture mental je, fizikal pun dia torture jugak. Suruh buat warm up bukan-bukan and he almost punch my face. Awak rasa? Seram lah trainer singa laut tu."

"Eh yeke??? Tak sangka pulak. Habis tu, awak tak mintak tukar ke na?"

"Kita dah mintak tukar banyak kali dah Laura... Tapi owner gym tu cakap tak ada trainer lain dah. Kita dah tak tahu nak buat macam mana dah. Like can you imagine, kita dah bayar the whole session for like 3 thousand something jugak, lepas tu dapat trainer hauk macam tu. Eh geramnya!"

"Really? Asal awak tak bayar deposit je dulu?"

"Encik tu suruh kita bayar the whole session terus. Ee, silap kita tak tengok review dulu dekat Google haritu."

"Habis tu mana awak tahu kewujudan gym boxing tu?"

"Kita tahu, sebab kita ada kenal dengan owner gym tu.. ingatkan dah kenalan boleh la kalau nak pilihkan kita trainer yang baik-baikkan, yela, dahla bayar mahal tapi.... geramnya bila fikir balik."

"Tapi awak kena pergi jugak kelas tu Yana. Saya taknak apa-apa jadi dekat kawan saya ni.. nanti kalau si setan tu culik awak lagi macam mana?"

"Tulaa.. kita fikir jugak.. stress laa, dengan Izz Rael lagi, dengan trainer singa laut tu lagi erghh. And awak nak tau tak, semalam time kita dekat parking office abang Farouk, Izz Rael datang serang saya."

“He’s what?!! Dia serang awak? Lepas tu awak okay tak? Dia ada buat apa-apa tak? Pukul ke, tumbuk awak ke?” Laura yang cemas terus menilik wajah sahabat baiknya itu.

“Takde buat apa-apa...” Bohong Eleana.

“...saya dah bagitau abang saya hal ni. Dan dia dah check CCTV di sekeliling office dan parking lot time kejadian. Tapi... CCTV kena hack, video time kejadian tu berlaku, hilang. Dan pengawal keselamatan kat sana time tu, bergegas pergi tempat lain sebab ada dengar bunyi siren kebakaran.. Pelikkan?”

Lama mereka berborak, akhirnya, makanan yang diorder pun sampai. Setelah mengucapkan terima kasih, perbincangan tadi disambung.

"Laura...cubala awak bagi suggestion kat kita. Nak buat macam mana kalau Izz Rael tu datang serang kita lagi eh?" Memikirkan itu, membuatkan Eleana tidak berselera untuk memakan Rabboki set yang dipesannya.

"Hmm nak buat macam mana eh.. saya pun tak tahu la nak cakap macam mana. Kalau saya, saya dah report polis dah."

"E tak boleh. Dia dah ugut kita haritu, kalau kita report, dia nak tembak mama dengan papa. Kita taknak benda tu jadi... abang kita pun tak kasi report polis. Sebab risau, mama papa sorang-sorang dekat Johor. Nanti kalau jadi apa-apa, kitaorang jugak yang menyesal."

"Tak masalahnya sekarang ni, dari dulu lagi saya pelik, asal abang awak tu bodoh sangat pergi culik kakak setan tu? Dia dendam apa?"

"Tu yang kita tak tahu Laura ... Haihhh.. dah puas dah kita tanya abang Farouk, betul ke dia yang buat, dia terus blah macam tu je dan tak cakap apa-apa. Tapi, abang kita cakap, dia tak pernah terima call atau mesej dari si setan tu. So kita tak tahu setan tu, dia mesej dengan siapa. Number siapa tu sebenarnya.”

Izz RaelWhere stories live. Discover now