T W E N T 20 Y

360 33 4
                                    

“Zhafri, sup bro.” Coach Tim menyapa Zhafri sambil menghulurkan tangannya, namun tidak dihiraukan oleh lelaki yang sedang memakai baju di ruang bilik mandian lelaki.

“Aku just nak cakap…kalau kau taknak ajar trainee kau tu, kau boleh bagi aku. Aku boleh ajar dia. FOC. Free of charge. Amacam?”

Zhafri tahu siapa trainee yang dikatakan itu, kerana dia hanya train seorang itu sahaja. Dia yang mendengar hanya memicingkan matanya. Terkejut kerana kawan Helmi sebegini berani dengannya. Tidak kenal ke aku ni siapa?

“Huh? Dream on.” Ujar Zhafri lalu mengambil begnya dan terus ingin beredar namun-

“Woi. Kalau kau tak tahu macam mana nak layan perempuan dengan baik, its better for you to give her to me. I can teach her boxing, better than you.” Lagi sekali, Coach Tim ibarat mencabar sang singa.

Namun Zhafri hanya mengoyakkan senyuman sinis.

“Look, Tim. Aku taknak gaduh dengan kau. Just so you know, what’s mine, is mine. Note that in your head.”

“Kau yang tak reti nak ajar dia, lepas tu kau acah macam kau pandai sangat ajar orang.”

Tidak tunggu lama, Zhafri terus mencekak kolar baju lelaki tersebut.

“I know what I do. Dan kau jangan nak berlagak pandai Tim. Aku hormat kau sebab kau kawan Helmi, but don’t. Don’t you ever cross my limit you little freak.” Zhafri menolak lelaki itu jauh darinya dan terus pergi dari ruang itu. 

******

Eleana selesai membersih dan menyegarkan dirinya dalam bilik mandian di gym tersebut. Baju simpanan di dalam lockernya diambil. Masih terasa lenguh tangan dan kakinya akibat didera oleh lelaki itu. 

Disuruhnya untuk membuat 10 kali pull up di bar tersebut. Setelah siap 10 kali, disuruhnya buat lagi dan lagi sehinggalah tangannya tidak mampu lagi berpaut pada palang besi itu.

Setelah didera tangan, badannya pula dipaksa untuk push up selama 100 kali.

Anak mata dan hidungnya memerah, tanda dia teruk menangis. Dia bukan menangis kerana sedih. Dia nangis kerana dia rasakan yang dia ini sengaja dibuli oleh semua orang! Baik encik Helmi mahupun trainernya, Zhafri.

Keluhan berat keluar sudah sejuta kali dari mulutnya. Matanya juga penat untuk mengalirkan air mata sejak dia membasahkan dirinya lagi. Masih terngiang-ngiang lagi ditelinganya kata-kata yang menoreh hatinya sehingga sekarang.

“Benda macam ni pun tak boleh buat, baik kau tak payah belajarlah boxing, perempuan lembik!”

“Cepatlah! Apa terhegeh-hegeh ni? Lembab!”

“Berhenti buat apa? Kalau kau berhenti macam ni, baik tak payah datang boxing, buat rugi masa aku je!”

“Kalau rasa diri tu kaya sangat, pergi belajar memasak lah. Takyah belajar boxing, membazir duit je kalau nak lembik macam ni!”

Dan bermacam lagi makian yang diberi jika diri sudah lenguh untuk membuat ujian fizikal itu.

Sudahlah lelaki itu memarahinya didepan semua orang. Mana dia perlu sorokkan mukanya sekarang ni? Bibirnya digigit kuat, mahu saja dia menjerit sekarang ini. Tangannya meraup rambutnya yang lagi kusut kini. Mahu sahaja dia menjerit melepaskan geramnya sekarang.

Kenapa aku makin stress bila datang sini? Tempat apa yang aku jejak ni?   

Haih…

******

“Kenapa awak buat keputusan macam ni cik Eleana.” - Helmi

“Saya rasa...encik dengar kot apa yang jadi dekat sini tadi. I’ve said what I said. So please. Saya tak mintak duit saya balik pun. Kalau encik tak tukarkan saya dengan trainer lain, I’ll take my off.” Ujar Eleana tenang, namun tegas.

Izz RaelWhere stories live. Discover now