T W E 12 V E

833 119 27
                                    

Setelah penat bertinju, Zhafri mengambil towelnya didalam locker untuk pergi membersihkan diri.

Untung sahaja Boxing Gym Helmi ni ada bilik mandian, jadi club members yang ingin terus menyegarkan badan boleh terus pergi ke tempat yang telah disediakan.

Sesudah menyegarkan diri, Zhafri pergi menggamit Helmi yang lagi duduk di tempat kerjanya.

"Hel. Jom kopi."

"Lain kali ah. Aku banyak kerja."

Acah je banyak kerja. Padahal tengah main game.

"Kau nak makan apa? Jom ah aku payung."

"Say no more. Abang datang sayangggg.” Helmi terus bangkit dan mengejar Zhafri menuju ke arah kereta.

💔💔💔

Helmi makan dengan lahap macam tak pernah makan seminggu. Namun Zhafri pula, makanan yang sedap dan mahal ini rasa tidak lalu pulak pada tekaknya.

"Kau asal ni Zhaf? Macam tak selera je.."

Zhafri mula mengeluh dan melepaskan sudu dan garfu di atas pinggan.

"Cerita kat aku.." Ujar Helmi.

"Celaka tu...."

"Ha asal dengan setan tu..?"

Teringat pula setelah dia mandi tadi, dia ada mendapat panggilan dari penyiasat upahannya yang berkata sudah dapat maklumat.

Memang laju dia buat kerja. Itu dia puji. Padanlah dengan bayaran yang dikenakan.

-------------

"Tuan, kereta yang berplat W121W itu bukan kereta milik Encik Farouq mahupun orang bawahannya. Tapi kereta tu, milik orang bawahan Encik Nadzim."

Nadzim? Cucu kepada pemilik Saint Beach Hotel?

Dan paling utama, pernah menjadi musuh dia juga. Buat apa dia datang rumah aku malam-mata buta?

"Lagi?"

"Lagi, saya telah siasat tentang keberadaan Encik Farouq sekarang. Dia sedang bercuti di Port Dickson bersama kekasihnya, tuan. Di hotel-"

"Takpe.. yang tu aku taknak tahu."

Adik dia kena culik, dia boleh pergi holiday?  

"Okay tuan. Buat masa sekarang, itu sahaja maklumat yang saya dapat. Kalau tuan ada apa-apa lagi, just roger saya."

"Hm. Aku nak kau siasat Nadzim. Kenapa dia datang rumah aku semalam."

"Baik tuan."

"Nanti aku bank in upah kau."

"Okay, terima kasih tuan."

"Hm."

------------------

Snap.

Helmi memetik jarinya di depan muka Zhafri.

"Aiii, jauh mengelamun nampak. Ingat orang rumah ke?" Usik Helmi.

"Orang rumah kepala makcik kau."

"Eh eh kau ni main makcik-makcik pulak. Makcik aku baru je meninggal 10 tahun lepas haa kau jangan..." Ujar Helmi sambil membongak kerana sebenarnya, makcik nya ada lagi masih hidup.

Zhafri tiba-tiba mengeluarkan phonenya dan menunjukkan conversation antaranya dan Farouq.

Tak tunggu lama, video yang dihantar oleh Farouk itu terus dilihat Helmi kemudian membaca balasan yang di reply oleh Farouq.

Izz RaelWhere stories live. Discover now