8 I G H T

781 79 23
                                    

Tepat jam pukul 10 malam, lelaki itu masuk ke dalam bilik Eleana.

Eleana yang sedang berbaring itu terus bangun kerana terkejut. Dia membaiki letak duduk kain baju kurung satin yang dipakai takut ada terselak mana-mana. Shawl hitamnya juga, dibetulkan selempangnya - supaya menutupi dada.

Dilihat, lelaki itu meletakkan bubur mcd di atas meja makan itu.

Dan duduk di salah satu kerusi yang disediakan.

"Aku rasa, kau bukan tuan puteri pun nak suruh aku panggil mengadap suruh makan."

Dengan lemah, dia berjalan ke arah meja itu.

Kerusi ditarik dan duduk berhadapan dengan lelaki misteri yang telah menculiknya beberapa hari lepas.

"Makan."

"Saya tak ada selera."

“Kau nak makan atau... kau nak aku makan kau?”

Mendengarkan ugutan dalam bentuk soalan itu, dengan terpaksa, Eleana mengambil juga sudu dan menyuap bubur ke mulutnya.

Dia perasan, mata lelaki itu asyik merenungnya tidak lepas. Dan itu membuatkan dia tidak selesa.

"Bila awak nak lepaskan saya?"

Tiada jawapan dari lelaki itu.

"...saya dah penat hidup dalam ketakutan macam ni. Tolonglah lepaskan saya Tuan Izz Rael."

"Kenapa, kau takut?"

"Saya takut...awak lelaki, saya perempuan.."

"Huh.. Kau takut aku rogol kau? Buat lawak ke? Kau ibaratkan ikan busuk yang kucing pun tak ingin makan." Peribahasa yang menipu.

Awal dulu, peribahasa itu sememangnya valid kerana aku memang jijik dengan perempuan ini, tetapi kini.... entahla.. aura keperempuanan dia ni terlalu kuat, kontra dengan aura jantan aku.

Sesungguhnya, Eleana diibaratkan ikan salmon yang sangat segar didepannya kini. Ditahan sahaja dirinya untuk dia ratah. 

"Saya tahu.. awak takkan ... awak takkan apa-apakan saya.. Tapi saya takut tangan awak... bila awak sakitkan saya. Awak lelaki, sebab tu awak kuat.."

"Kau lemah, bukannya sebab kau tu perempuan. Kau tu memang lembik. Kalau aku berkasar dengan kau, kau lawan lah sikit. Cuba kau jangan lembik sangat."

Eleana tak sangka, kata-kata itu pula yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Kudrat saya, takkan mampu melawan awak Tuan Izz Rael.. awak lelaki. Saya lawan macam mana pun, saya tetap akan kalah."

"Kalau kau taknak aku seksa kau....."

Eleana menunggu..

"...kau kena cakap kasar dengan aku."

Dan itu membuatkan Eleana mengeluh.

"Saya dah sehabis kasar dengan awak. Awak orang jahat. Takkan saya nak cakap baik-baik pula."

Kata-katanya membuatkan lelaki misteri itu hanya menjungkitkan keningnya.

"Tu kau kata kasar?" Lelaki itu mendekatkan dirinya dengan Eleana

"...hah sial?"

Eleana hanya merenung bubur itu.. 

"Weh, cakap macam aku barulah kasar. Bukannya saya awak macam budak tadika yang belum baligh lagi tu."

"Ibu dan babah saya tak ajar saya cakap macam tu.."

Lelaki itu berdiri, "dahlah. Penatlah aku cakap dengan orang macam kau ni.."

Namun belum sempat Zhafri keluar, Eleana sudah bertanya.

Izz RaelUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum