T H I R T 13 E N

1.1K 141 39
                                    

Membenci pada orang yang salah, sangat sakit. Pada awalnya memang mudah, tapi setelah berhari-hari tinggal bersama,.... (lain macam pulak ayat ni)

Entah.

Tak tahu pula kemana rasa benci itu menghilang. Nanti dia ingat dia nak pergi cari balik rasa tu.

Tepat pada jam 5:11 minit petang, Zhafri mengetuk pintu untuk masuk ke dalam bilik Eleana.

First time Zhafri berbuat demikian.

Dia lihat Eleana sedang meletakkan kepalanya di atas meja bulat itu.

Zhafri kemudian pergi duduk di hadapannya dan di tangannya kini memegang kotak first-aid.

"Dah solat asar?" Soal Zhafri.

Eleana hanya mengangguk lemah tanpa memandang Zhafri bercakap.

"Sini aku letak ubat."

Namun Eleana tidak menjawab. Masih mengelamun.

"Weh perempuan. Pandang aku."

Perempuan tu masih statik seperti tadi.

Jujur dia cakap, dia tidak ingin mengasari perempuan yang sedang lemah ini. Walaupun dia tahu, perempuan di hadapannya ini sentiasa lemah.

Zhafri menggerakkan tangan perempuan itu, namun sesaat kemudian, perempuan itu mengangkat muka dan mengalihkan tangannya.

Zhafri melihat wajah itu.. mata itu sentiasa berair kesedihan.

"Aku nak letak ubat luka dekat bibir kau." Kata Zhafri sambil mengambil cotton bud di dalam first-aid.

"Saya boleh buat sendiri." Ujar Eleana namun saat dia lihat pandangan Zhafri yang beku terhadapnya itu, membuatkan dia tidak jadi untuk membantah.

Zhafri menyuci dahulu sisa darah kering yang ada.

Eleana menepis tangan Zhafri yang cuba menyentuh bibirnya.

Namun Zhafri yang menerima tepisan tersebut memberikan renungan mautnya kepada perempuan itu.

"Jangan melawan boleh tak? Ingat senang ke aku nak letak ubat dekat bibir orang ni?"

"Saya taknaklah!"

"Kalau kau melawan, aku ikat tangan kau sampai esok!" Ujar Zhafri kegeraman. Dia menyambung menyucikan luka itu di bibir menggunakan putik kapas.

"Sst!" Eleana berdecit kesakitan.

"Tahanlah sikit." Lembik sangatlah kau ni.

Agak susah Zhafri membuat kerjanya semetelah perempuan itu tidak mahu memandang wajahnya langsung.

Jemari Zhafri memegang lembut dagu Eleana dan mengalihkan untuk melihat dirinya. Baru senang kerjanya nak dibuat.

Kini, dia meletakkan krim ubat pada pada cotton bud yang baharu.

"Bukak sikit mulut kau." Suruh Zhafri.

Eleana hanya membuka sedikit mulutnya dan membuatkan agak sukar untuk Zhafri ingin meletakkan krim itu di sekitar dalam bibir.

Oleh sebab itu, ibu jari Zhafri sendiri memegang lembut dagu Eleana, dan menolaknya perlahan ke bawah, supaya senang untuknya meletak ubat.

Tangan kirinya memegang dagu, dan tangan kanannya meletakkan ubat.

Dan apa yang Zhafri perasan, pipi perempuan itu merah-merah dan mata itu nampak gelisah..menyebabkan dia sembunyikan senyumnya di sebalik topeng hitam yang dipakai.

Eleana..Eleana... Aku letak ubat dekat bibir pun nak blushing. Tak faham betul.

Dasar budak.

Dia sudah siap meletakkan ubat sebenarnya, tapi jemarinya still memainkan cotton bud di bibir merah itu kerana dia mencari anak mata Eleana yang masih tidak mahu memandangnya.

Izz RaelWhere stories live. Discover now