T 2 W E N T Y O N E 1

794 56 16
                                    

Pergelutan demi pergelutan, Zhafri hanya mampu memandang tidak jauh dari tempat Eleana memakir kereta. Ingin melihat, gerangan anak buah siapa yang berani ingin menculik mangsanya.

Namun, muka-muka penyangak itu, tiada satu pun muka yang dia kenal.

Siapa pula nak culik Eleana selain dari aku ni? Ramai betul musuh kau. Farouk Farouk... kesian dekat adik kau dapat abang setan macam kau. Kakak siapa pulak yang kau dah rogol kali ni?

Suara Eleana yang meminta tolong dengan kuat, namun masih tiada orang yang datang membantunya. Jam dilihat. Patutlah, jam sebegini, sudah ramai orang yang sudah pulang ke rumah.

Kakinya dilangkah segera mendekati ke arah itu.

“Woi! Kau buat apa ni hah?” Selamba, Zhafri menegur. Bagai Eleana yang ingin diculik itu suatu perkara yang biasa dilihat setiap hari.

“Encik Zhafri, tolong saya!” Eleana yang dipegang kemas oleh salah seorang penyangak itu, wajahnya bagai ingin menangis.   

Eh, tahu pula nak tegur aku. Selama ni jumpa aku, pandang muka pun taknak.

“Kau siapa bodoh? Kau tak payah masuk campur dalam urusan geng aku!” Kata salah seorang penyangak sambil mengacu pisau rambonya.

999 segera ditelefon oleh Zhafri sebelum dia menerima tendangan padu dari penyagak yang lain, tepat mengena telefonnya yang kini sudah tercampak ke tanah.

“Aduh!”

“Aku dah cakap, jangan masuk campur-”

Belum sempat penyangak itu menghabiskan katanya, Zhafri terus memberi tendangan dan tumbukan padu kepada penyangak-penyangak yang ada kat situ.

“Eleana sini cepat!” Jerit Zhafri setelah memukul orang yang memegangnya dari tadi.

Belum sempat Eleana melangkah-

“Eh kau ni!” Terus sahaja 3 orang penyangak menyerang serentak dengan menumbuk perut dan menendang Zhafri ke arah salah sebuah kereta disitu dan sempat menoreh kawasan collarbone lelaki itu dengan pisau rambonya.

“Arrgh!” Zhafri yang terasa sakit di kawasan atas dadanya terus memegang bahunya – pedih.

“Encik Zhafri!!! Tolong jangan sakitkan dia!”

Baru sahaja ingin diberi tumbukan-

POOOONNNNNNNN!!!!! PON PON PON PON!!!!

Bunyi hon yang bising dan berkali-kali dari kawasan itu menyebabkan penyangak-penyangak tersebut tidak mampu membuat apa-apa lagi. Eleana segera mereka campak ke tanah semula. Alphard dimasuki mereka dan terus pergi dari situ, bimbang ditakuti jenayah mereka dapat dihidu oleh pihak polis yang mungkin berada di sekitar kawasan itu.

“Encik Zhafri, encik tak apa-apa?” Kedengaran suara Eleana kerisauan setelah melihat dari tadi, Zhafri masih terduduk dan lemah, tidak bergerak.

“You berdua tak apa-apa ke? Siapa tadi tu? Nak I call pihak polis ke?” Soal wanita yang berusia 30-an.

“Akak ke yang tekan hon tadi? Thank you so much akak sebab dah tolong kami tadi. Em, no thanks. No need to call police.”

“Nothing much pun, its my common sense to help you. Anything you just can call me if perlukan bantuan or saksi. I’ll help.” Sekeping kad kerja yang tertera nama dan nombor telefonnya.

Setelah wanita itu pergi, Eleana segera mendekati Zhafri yang masih terduduk menahan ngilu di bahu kanannya.

“Encik... are you okay? I am so sorry encik, sebab saya encik dapat sakit ni.”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Izz RaelWhere stories live. Discover now