Adriana Mikayla

By Qallera

393K 18.3K 7.2K

Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 54
Part 55

Part 53

8.4K 482 180
By Qallera

Adriana tergamam melihat Qaisara, Camelia dan Hana di belakang Lily. Wajah mereka sembab. Mulut ditampal dengan selotape. Tangan dan kaki diikat.

"Kau nak yang mana dulu?" pistol dihala ke arah kepala Qaisara, Camelia dan Hana bersilih ganti.

Adriana diam.

Danish yang tadi terkejut mendengar pertuturan antara Adriana dan Lily kini terkaku. Jantungnya bagai direntap memandang Hana dari arah atas. Keadaan isterinya lemah dengan wajah yang penuh calar. Sudahlah wanita itu sedang sarat membawa anaknya di dalam kandungan. Tangan dikepal kuat.

"I guess this one" tepat muncung pistol dihala ke arah Camelia. Lagi teruk wanita itu menangis dan menggeleng. Mata Adriana menangkap kesan lebam di pipi wanita itu. Hati tak tahu mahu kesian atau kosong.

"Emm taknaklah" tangan terus dialihkan ke arah Qaisara. Membulat mata Qaisara. Bekas darah di dahinya diperhati oleh Adriana. Tahu yang mereka memukul kepala gadis itu.

"Kau mesti suka kalau dia hadiahnya kan?" mata memandang Adriana semula.

"Masalah ni cuma antara kita. Jangan libatkan orang lain" tenang Adriana menjawab. Lily mendecit.

"Ok lah aku tak libatkan 'orang lain'" Lily diam berfikir sejenak. Berkerut dahi Adriana seperti memahami apa yang ada di dalam fikiran gadis itu.

"Tapi—"

No!

"aku nak budak tu" pistol dihala tepat ke arah perut Hana. Membulat mata Adriana. Laju Hana menggeleng. Tolong jangan libatkan anaknya. Jangan libatkan anak yang tidak berdosa. Mulut yang ditampal dengan selotape menghalangnya untuk merayu. Mata dipanah ke arah Adriana. Tolong!

"What? Budak tu belum jadi orang lagi kan?" soal Lily sebaik melihat Adriana yang tajam mencerlung ke arahnya. Kau bodoh ke nyah? Haish!

Prang

Serpihan kaca jatuh ke lantai dari setiap penjuru. Danish dan tiga orang bawahannya terus melompat ke bawah menggunakan tali.

Wajah Lily yang tadi tenang bertukar tegang. Matanya tajam mencerlung ke arah Adriana.

"Penipu!" pistol yang dihala ke belakang tadi dibawa ke depan. Tepat pada kepala Adriana.

Kau tipu aku, aku tipu kau. Easy.

Tanpa sempat picu ditarik, Adriana terus memulas tangan Lily. Terjerit kuat dia. Pistol yang dipegang gadis itu jatuh ke lantai. Kaki terus menendang pistol menjauh daripada mereka berdua.

Lily menendang kuat kaki Adriana hingga jatuh ke lantai. Adriana mendecit. Tangannya terus menarik kaki Lily membuatkan gadis itu jatuh terlentang. Kalau nak jatuh, jatuh sama-sama. I don't care.

Suasana di dalam gudang kian bingit. Musuh mula berperang dengan Danish dan pasukan yang dibawa lelaki itu. Hanya tiga orang tetapi cukup untuk membantu Danish menumpaskan orang-orang di bawah Lily.

Bang

Tembakan dilepaskan ke kaki Danish. Kaki tidak berdaya menahan tubuh untuk berdiri dan akhirnya jatuh ke lantai. James terus menghayunkan batang besi ke arah kaki lelaki itu. Senyuman jahat terlakar di bibir.

Kuat suara Danish mengerang menahan sakit yang kian menggigit dagingnya. Urat kelihatan di leher apabila James memijak kakinya. Danish tidak boleh bertindak, kakinya dikunci, tangannya sudah lemah menahan sakit yang dibawa dari kaki hingga ke atas.

Menggigil satu tubuh Hana melihat suaminya sebegitu rupa. Kaki dan tangan yang diikat ketat cuba dilepaskan. Mata terpejam rapat apabila tali itu makin menyakiti kulitnya. Air mata mengalir deras mendengar suara menahan sakit Danish.

Adriana dan Lily bangkit. Tanpa sebarang amaran Lily terus melepaskan tendangan di perut Adriana. Tertunduk Adriana menahan senak sebelum tangannya laju menumbuk muka Lily. Kanan dan kiri pipi Lily dijadikan sasaran tumbukan tanpa henti sehingga pipinya bertukar kebiruan. Bibir gadis itu turut sama pecah.

Lily yang sudah jatuh ke lantai di pandang sinis. Sini lah! Lawan pemegang black belt taekwando di London suatu ketika dahulu. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka Adriana yang diam tiada isinya.

"Dah lama aku sabar kau tahu"

Lily memandang Adriana. Pandangannya sedikit berbalam. Rahangnya sakit. Namun diri masih digagahkan juga untuk berdiri. Kaki mahu diangkat untuk menendang tapi Adriana lebih pantas. Kaki diangkat tinggi dan tendangan tepat mengenai rahang Lily. Cecair merah terpercik keluar dari mulutnya. Perut Lily ditendang hingga gadis itu jatuh semula ke lantai tidak bermaya.

Setakat tahu guna senjata api apalah sangat. Hand by hand la sis. Kaki Lily ditendang menjauh. Sakit di hatinya masih berbekas. Kalau diikutkan akal yang tak waras, mahu saja di menghempuk gadis itu sehingga lunyai. Berambus jauh-jauh dari dunia ni.

Pelindung badan dibuka dan dicampak ke lantai saat nafasnya terasa susah diatur. Semua kerana Danish yang memaksanya untuk memakai pelindung badan. Kalau tidak dipaksa, sampai ke sudah dia tidak akan pakai. Qaisara, Hana dan Camelia yang masih mengeras tidak dapat bergerak didekati.

Tali yang mengikat tangan dan kaki mereka dibuka perlahan. Takut makin pedih jika dia berkasar. Camelia mengusap perlahan tangannya. Sakit. Pedih.

"Kau okey tak?" soal Qaisara sebaik sahaja selotape di mulutnya ditarik. Badan Adriana ditilik atas bawah. Risau nyah!

"Aku okey. Kau tak payah risau tentang aku, risau tentang diri sendiri je. Dahi tu pedih tak?" Adriana tersenyum nipis melihat Qaisara yang sudah membutang mata. Lily yang berada di hujung sana diperhati kecil besar kecil besar apabila dia mengingati peristiwa konco-konco Lily memaksanya mengikuti mereka. Bila dilawan, kepalanya pula dipukul. Panasnya hati!

Hana terhinjut-hinjut berlari cuba mendapatkan suaminya yang sudah terlantar di simen sejuk. James yang tadi memijak kaki suaminya tidak lagi berada di situ. Kepala Danish dipangku.

"Abang, tolong bertahan" terhinjut-hinjut bahu Hana menahan sedu. Isteri mana ja sanggup tengok suaminya sakit.

Danish tersenyum lemah. Tangan dibawa menyeka air mata Hana sebelum jatuh di perut wanita itu. Perut memboyot itu disentuh penuh kasih. Anak walid.

"Abang, please— stay awake. Don't close your eyes" rambut Danish diusap. Danish hanya memandang wajah isterinya yang tidak henti mengalirkan air mata.

"Don't cry sayang" sekali lagi, senyuman paksa diukir sebelum matanya mula memberat dan perlahan-lahan tertutup.

"Abang! Jangan pejam mata! Stay with me! Abang!!!" pipi Danish ditepuk perlahan. Air mata makin laju membasahi pipi. Dadanya bagai mahu pecah.

"Hana!" Hana memusingkan kepalanya melihat Adriana yang laju berlari ke arahnya sebelum terdiam melihat Alex yang sudah siap menghayunkan batang besi tepat di belakangnya. Mata terus dipejam rapat.

Alex yang melihat Adriana berlari ke arahnya melakar senyum sinis. Batang besi yang mahu menghentak kepala Hana ditukar arah 90 darjah. Kepala Adriana dipukul kuat sehingga gadis itu malayang dan jatuh tertiarap di lantai. Tangan dibawa memegang dahi yang terasa sakit. Telinga mula berdesing.

Hana terus membuka matanya saat mendengar orang lain mendesis. Dilihat Adriana yang sudah jatuh ke lantai dengan tangan memegang dahi. Cecair merah jelas kelihatan di sebalik jemari putih itu. Mulut ditekup terkejut dan takut.

"Adriana!" Qaisara melilau mencari rakan sepasukan Danish untuk meminta bantuan apabila Alex mula berjalan merapati Adriana. Tetapi hampa, dua orang daripadanya sudah jatuh ke lantai tidak bermaya.

Jayden, satu-satunya rakan sepasukan Danish yang tinggal turut jatuh saat belakang tubuhnya ditikam dengan pisau. Pisau itu kemudian ditarik semula dengan kuat dan ditikam di bahagian bahu pula. Darah pekat mula mengalir jatuh ke lantai setitis demi setitis.

Kayu besbol yang berada di tangan kanan dihayun kuat ke arah kepala lelaki itu. Tersenyum sinis James saat melihat Jayden sudah tidak menyedarkan diri. Persekitaran dilihat, hanya tinggal dia, Alex dan Farish. Orang-orang dibawah Lily yang lain sudah tumpas ke lantai. Lemah!

Qaisara yang melihat sudah jatuh terduduk. Tubuhnya bergetar kuat. Adriana yang masih terbaring dilantai sambil memegang dahinya dilihat dari jauh.

Ya Allah. Dia sudah tidak tahu mahu berbuat apa. Mahu berlari ke arah Adriana, kakinya tidak mampu menampung badan. Dilihat Camelia yang juga terduduk takut.

Farish datang menghampiri mereka berdua. Perlahan-lahan Qaisara mengesot ke belakang mendekati Camelia. Tolonglah jangan apa-apakan dia dan Camelia. Jantung yang sudah berdetak laju semakin laju. Takut.

"Sakit ke?" Alex duduk mencangkung di sebelah Adriana. Hidung Adriana dicuit sedikit sebelum dia tersenyum sinis. Adriana mengetap gigi menahan sakit di kepala dan telinganya.

"Biar aku hantar kau pergi syurga terus" Alex terus bangun dari duduknya. Batang besi dihayun tinggi bersedia untuk menghentak kepala Adriana sekali lagi.

Dum

Pintu gudang yang ditendang kuat dari luar menarik perhatian mereka semua. Tergendala sesi menyeksa Adriana tadi. Kelihatan lelaki berbadan tegap dengan jaket kulit di badan masuk tanpa rasa gentar. James memberi isyarat mata kepada Alex sebelum mereka bertiga jalan mendekati lelaki itu.

"Kau siapa?" soal Alex keras. Kepalanya cuba menganalisis wajah yang terbias dalam retina mata. Macam kenal.

Tanpa menjawab, batang besi di tangan Alex dirampas kasar dan anu lelaki itu ditendang. Alex terduduk menahan ngilu yang menyengat. Farish yang mahu menyerang terus terlentang ke lantai apabila dahinya dipukul dengan batang besi yang sudah bertukar tangan tadi. Hidungnya dihentak dengan besi itu dan darah mula mengalir keluar. Perut Farish dipijak dan ditendang sebelum sekali lagi batang besi itu menghentak kuat tubuhnya.

Qaisara tergamam melihatnya.

Aryan Mikael?

Aryan menendang wajah Farish hingga lelaki itu tidak lagi menyedarkan diri. Mata Aryan menyinga menikam James. James terundur kebelakang sedikit apabila wajahnya ditendang tanpa amaran. Kayu besbol ditangan kanan lelaki itu jatuh apabila Aryan menumbuk kuat rahangnya.

James terus maju ke hadapan mahu menumbuk wajah Aryan tapi pantas lelaki itu mengelak. Kakinya menendang kuat kaki James hingga lelaki itu jatuh tersembam. Alex yang sudah bangkit terus berlari ke arah Aryan. Tangan Aryan ditendang hingga terlepas pegangan lelaki itu pada batang besi. Perut Aryan pula ditumbuk bertalu-talu.

Dia tersandar di dinding. Alex kemudian memegang kejap tubuh Aryan dari belakang. Tangan lelaki itu dipegang kuat untuk mematikan pergerakan. James berjalan laju ke arah mereka berdua dengan pisau di tangan.

Tanpa amaran, bahu Aryan ditikam dengan pisau itu. Pisau tersebut ditarik keluar semula. Gigi diketap kuat menahan sakit. Darah mula membuak keluar dari dagingnya.

Qaisara yang melihat sedaya upaya mencari sesuatu untuk membantu lelaki itu. Tangan terus mencapai batang besi yang kotor dengan darah dan digolekkan laju ke arah Aryan. Tolonglah, hanya Aryan penyelamat mereka semua di sini sekarang.

James yang mahu menikam kembali terhenti apabila Aryan menendang pisau itu hingga terpelanting jauh. Aryan menyiku kuat perut Alex menyebabkan lelaki itu mengaduh. Bahu yang terasa sakit diabaikan.

Kepala James ditarik dan dihentak kuat di kepala lutut. Batang besi yang digolekkan oleh Qaisara diambil. Tubuh James dipukul kuat sebelum lehernya menjadi sasaran batang besi. Lelaki yang sudah nyawa-nyawa ikan itu jatuh ke lantai.

Batang besi yang sudah penuh dengan darah itu dicampak jauh. Alex yang berada dibelakangnya ditentang. Rahang diketap kuat hingga menghasilkan bunyi.

"Ka— kau siapa?" tergagap Alex saat terasa aura menyeramkan lelaki di hadapannya.

"Aku" kaki dibuka setapak menghampiri Alex.

"Aryan Mikael" air liur yang menuruni tekak terasa berpasir. Alex kejung tubuh. Jadi, lelaki di hadapannya sekarang ialah Aryan Mikael?

Like seriously?

"I guess you know me" Aryan menarik senyum senget.

Aryan Mikael. Siapa yang tidak kenal? Nama lelaki itu yang sering disebut-sebut oleh golongan dunia gelap dan pihak berkuasa kerana dia anak kepada bekas ketua polis yang ternama, Tengku Ahmad sebelum lelaki itu membuka syarikatnya sendiri. Pihak polis juga sedia berkhidmat padanya bila-bila masa. Lelaki itu pewaris kepada Hazel Group dan satu-satunya lelaki yang sanggup menolong adik perempuannya yang hampir dirogol suatu ketika dahulu. Nama lelaki itu juga yang sering disebut oleh Lily. Dia— mempengaruhi segala-galanya yang semestinya ramai tidak tahu kerana setiap mulut telah dikunci rapat.

"Dan dia—" perlahan-lahan Alex mengalihkan kepalanya memandang arah yang ditunjuk Aryan.

"Bini aku" lutut terketar-ketar mahu menampung diri. Peluh kasar mula membasahi dahi Alex.

"Takde siapa yang boleh sentuh dia selain aku!" bergema gudang itu dengan suara Aryan yang memetir kuat. Terangkat bahu Camelia, Qaisara dan Hana. Adriana terkaku.

Penumbuk dilepaskan kuat pada rahang Alex. Lelaki itu terus jatuh melutut di lantai. Tidak melawan dan tidak menginjak. Dia terhutang budi pada lelaki di hadapannya ini kerana telah menyelamatkan nyawa adiknya. Tangan yang terketar-ketar dipandang.

Apa aku dah buat ni?

Leher Alex ditendang dan lelaki itu jatuh ke lantai. Aryan mengalihkan pandangannya mahu melihat keadaan Adriana. Gadis itu diam berdiri ditempatnya. Lama mereka tenggelam dalam perasaan masing-masing sebelum—

Bang

"Sayan—" Aryan jatuh melutut. Adriana tergamam. Jantungnya bagai direntap melihat darah yang membasahi seluar suaminya dan lantai sedikit demi sedikit. Kaki mahu berlari mendapatkan Aryan.

Bang

Camelia dan Qaisara terjerit kecil.

Terkejut.

Pandangan Adriana dikalih memandang Lily yang menembak bumbung gudang itu.

"Selangkah kau bergerak, aku tembak kau!" pistol diacu tepat pada Adriana. Lily kemudian tertawa kuat.

Gila!

"Letak pistol kau!" Adriana diam melihat Aryan yang turut mengacu pistol ke arah Lily. Kelihatan dahi suaminya semakin dibasahi peluh apabila dia berdiri. Pedih di kaki cuba diabaikan.

Siapa Aryan sebenarnya? Berkerut dahi Adriana. Apa yang dia tak tahu?

Lily menjatuhkan tangan yang tadi lurus ke sisi sebelum duduk mencangkung meletak pistol di lantai seraya tangan diangkat. Adriana berlari ke arah Aryan.

"Adriana! Stay!" Adriana tidak pedulikannya. Kaki masih setia berlari mahu mendapatkan Aryan.

Lily yang masih mencangkung tersenyum sinis.

Pistol di lantai pantas diambil lantas picu ditekan.

Aryan yang dapat membaca gerak geri Lily menjatuhkan pistol yang dipegangnya ke sisi.

Tak sempat.

Tangan Adriana direntap kasar memaksa tubuh itu terus masuk ke dalam pelukannya apabila gadis itu semakin menghampiri dirinya. Semuanya berlaku dengan pantas.

Bang

Bang

Waktu seakan terhenti.

Adriana selamat berada dalam dakapan suaminya. Mata kaku melekat pada Lily yang sudah tergelak jahat selepas melepaskan dua das tembakan. Tubuhnya menggelentar hebat. Bukan kerana Lily tetapi—

Aryan.

Tangan yang kejap memeluk tubuh kecilnya mula melonggar dan tubuh tegap itu perlahan-lahan melorot jatuh ke bawah. Tangan yang berada di sisi diangkat menahan tubuh yang menyelamatkannya.

Kepala itu dipangku.

"A—abang" suara itu perlahan. Antara dengar atau tidak. Lantai semakin dibasahi dengan darah pekat yang mengalir keluar dari tubuh Aryan.

"I love you too" Adriana terdiam mendengar sebaris ayat yang keluar dari bibir Aryan. Lelaki itu tersenyum nipis. Ungkapan yang belum dia balas tempoh hari.

Ya.

Dia cintakan Adriana. Dia sayangkan Adriana dan dia sanggup lakukan apa saja demi keselamatan wanita di hadapannya.

"Abang takkan lepaskan sayang"

"Sayang— bidadari abang selamanya"

Kedengaran bunyi siren polis di luar gudang membuatkan Aryan tersenyum tawar. Lega. Dia boleh pejamkan matanya dengan tenang.

"A—abang" setitis air matanya jatuh pada wajah lelaki itu. Jantung berdetak laju. Tangan dikepal kuat. Kepala yang dipangku itu diletakkan perlahan-lahan di atas lantai.

Lily tersenyum sinis memandang Adriana dari hujung gudang. Puas! Puas rasanya melihat orang yang disayangi Adriana sakit.

Emosi yang mula berkecamuk disimpan dalam. Adriana mengambil pistol yang sedari awal lagi terselit di pinggangnya. Muncung pistol dihala tepat pada Lily. Tenang riak wajahnya berdiri menentang Lily yang tidak jauh darinya.

Tidak gentar.

Tidak takut.

Lily tergelak kecil sebelum wajahnya kembali serious. Tangan turut mengangkat pistol dan diacu tepat pada Adriana. Tahu apa yang belum diselesaikan. Walauapapun, hutang tetap hutang.

Tanpa sebarang kata—

Bang

Tembakan dilepaskan pada Adriana. Laju menerombosi perut gadis itu.

Bang

Peluru dari arah bertentangan turut laju menusuk daging Lily.

"Adriana! Tolong jangan!" Qaisara sudah teresak di tempatnya. Takut.

Bang

Tubuh ditahan daripada mahu tumbang. Selagi Lily tidak tewas, selagi itu dia setia menjadi penghadang semua orang.

Bang

Tepat pada sasaran. Darah terpercik keluar daripada mulut Lily.

Ya.

Mereka berbalas tembakan.

Cukuplah sampai sini saja. Mereka mahu tamatkan semuanya. Biarkan penderitaan mereka terhenti di sini. Lily yang menagih kasih seorang ayah hingga turutkan saja dan Adriana yang menggadaikan nyawanya demi membalas budi.

Khaira

Mama

Papa

Tengku Ahmad

Satu persatu wajah menjengah di depan mata. Ya, perasaan bersalah masih terbuku di dada.

Dia dan Lily.

Terseksa.

Penat.

Lelah.

Tiada yang tahu.

Bang

Bang

Serentak picu ditarik.

Bunyi tembakan itu bergabung menghasilkan bunyi yang kuat. Polis yang mengepung di luar mula menerjah masuk.

Kedua-duanya sudah jatuh menyembah bumi. Adriana membuka sedikit matanya melihat Lily yang sudah nyawa-nyawa ikan sama sepertinya. Perlahan-lahan kelopak mata itu ditutup semula.

"Adriana!" Qaisara berlari mendapatkan tubuh Adriana yang sudah terbaring lemah. Terketar-ketar tangan itu mengangkat kepala Adriana ke atas ribanya. Baju yang berlumuran dengan darah Adriana tidak dihiraukan lagi. Telinga didekatkan pada bibir Adriana mendengar setiap butir bicara yang susah untuk diungkap. Dada Adriana yang berombak laju itu mula terlihat tenang. Makin teresak Qaisara di tengah-tengah ruang yang sudah berlakunya banyak pertumpahan darah.

Sekarang, segala-galanya diserahkan kepada Sang Maha Pencipta. Jika ditakdirkan dia masih hidup, maka hidup. Jika ditakdirkan sehingga sini saja nafasnya, maka, sehingga sini sajalah nafasnya.

Walaupun bukan dia yang mulakan semuanya tapi demi tamatkan segalanya, dia sanggup. Kisah yang perit ditelan dari dulu kini sudah terbayar. Jiwa terasa lapang. Hati terasa tenang.

Aman.

Terima kasih.





















Tamat















Hehe gurau-gurau. Bab ni serious panjang dari bab yang lain. Maaf lambat update. Seminggu juga la nak mengarang bab ni. Sis cuma nak letak sesi tembak menembak ni dalam satu part je. Tak nak korang menunggu next part sebab takut sis busy. Nampaknya, kita dah nak sampai penghujungnya. Hek hek

Btw, sorry kalau bosan bagi korang.

Much much love♥️🥺

03.02.2021
22:10

Continue Reading

You'll Also Like

57.9K 3.8K 83
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1.5M 78.3K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

2.9M 304K 86
怌 completed 怍 怌 inspired by Ouran Highschool Host Club 怍 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
40.3K 2.7K 40
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...