Bab 11

151 16 0
                                    

KECEWA. Eksperesi wajahnya kelat semenjak pulang dari pusat membeli-belah petang tadi. Semuanya gara-gara Isya. Kalau Isya tak menghilangkan diri secara tiba-tiba, tak usah Farhad berkeluh-kesah.

Belum kober untuk meminta nombor telefon, Isya sudah perlina. Macam pelesit.

Akankah mereka berdua bertemu lagi? Tapi kapan? Farhad sudah tidak sabar menunggu hari tersebut tiba.

Tapi andai kata hari tersebut tidak tiba?

Farhad tidak meletakkan pengharapan yang tinggi, takut semakin kecewa. Namun di hati, tidak putus-putus berharap yang mereka akan berpapasan suatu hari nanti. Tidak kisahlah di mana-mana sekalipun, asalkan dia dapat berjumpa dengan Tengku Puteri Qalisya.

Kalau dah jodoh, tak ke mana. Tak begitu?

Azad bersandar pada pintu bilik. Dipandang lama muka rafiknya yang sedang berbaring di tingkat atas. Apa agaknya masalah yang sedang mengganggu fikiran Farhad?

Azad perlahan-lahan menghendap sebelum menyergah Farhad.

“Bbah! Fikirkan siapa tu?”

Sesak nafas Farhad sejurus disergah. Katil dua tingkat itu bergegar sebaik sahaja dia duduk dari perbaringan. Sengeleng Azad ketawa berdekah-dekah.

Farhad menggesel gigi. Sepet kelopak mata Farhad merenung Azad.

“Okey, macam ni ... biar aku teka. Kau tengah fikirkan Sally?” teka Azad sambil duduk bertongkat ruas di meja belajarnya.

Nope,” balas Farhad masih ingin berahsia. Buku undang-undang di sebelah pura-pura dibaca.

“Habis tu, kau fikirkan siapa? Bapak kau? Kakak kau?” Azad masih mahu tahu.

Nope.” Farhad membiarkan Azad bersama teka-teki.

Azad mengetuk dagu.

“Entah-entah ... engkau sibuk fikirkan tengku tu ya?”

Lantas pembacaan Farhad terhenti di halaman kedua. Buku ditutup.

Tersugil senyum sinis pada bibir Azad. Sekarang dia sudah tahu jawapannya. Jadi telahannya telak?

“Kalau kau nak tahu ... aku ada nombor telefon tengku tu. Tapi aku tak rasa yang kau nak,” duga Azad.

Dengan laju Farhad turun dari katil.
Justeru itu dia menghenyakkan punggung di atas kerusi. Farhad menghela kerusi ke meja sebelah.

“Betul ke kau ada nombor telefon dia? Macam mana kau boleh ada nombor telefon dia? Kau nak buat apa dengan nombor telefon dia?” Terus-menerus soalan diajukan.

Azad tahan gelak. Jadi memang telaklah telahannya.

Yes, aku memang ada nombor telefon dia. Soal dari mana aku dapat nombor telefon dia ... mestilah aku dapat daripada Aida. Kalau ada apa-apa masalah yang berlaku kat Aida, bolehlah aku contact melalui 'tengku' tu,” bebel Azad sambil sebelah tangan menulis nombor telefon seseorang di atas kertas.

“Nah, ambil. Ni nombor telefon dia.” Telefon bimbit disimpan ke poket seraya menghulurkan kertas kepada Farhad.

Farhad tersenyum lebar. Gesit mengambil kertas itu. Nombor telefon yang tertera segera disimpan ke dalam kenalan.

Tengku Puteri Qalisya. Tak tahu kenapa Farhad berasa ada sebarang kekurangan.

Nama penuh gadis itu akhirnya ditambah dengan simbol hati berwarna merah. Kian melebar senyuman Farhad. 

SAMPAI bila dia harus menangis? Persoalan itu bermain di minda. Tapi siapa perempuan yang mengepit tangan Zafran tadi?

Persoalan lain belum terjawab, timbul pula soalan lain yang menyucuk fikiran. Siapa perempuan itu?

Janji SetiaWhere stories live. Discover now