Bab 22

215 17 6
                                    

"CERAIKAN I."

Zafran tersingahak. Esakan si cilik makin kencang. Ayat yang meminta keputusan cerai, membahangkan lagi suasana yang sudah sedia bahang.

Kerana cemburu buta, sanggup dia melukai hati seorang anak yang tidak berdosa.

Si cilik itu mengemaskan pelukan. Sally meminta agar Sofea melepaskan pelukan. Sofea tidak embuh melepaskan dakapan, justeru itu dia mengeratkan lagi rangkulannya.

Waima Sofea masih seorang budak, cara pemikirannya sudah lebih matang daripada usia sebenar. Dia sudah dapat memikirkan perkara mana yang baik dan mana yang buruk.

"Mama janganlah marah papa .... Cikgu kata, berdosa tau bila tinggikan suara kat suami," tutur Sofea belan-belan mencongak merenung muka Sally.

Meninggikan suara sahaja sudah berdosa. Apalagi meminta cerai tanpa alasan yang kukuh? Secebis pun Sally tidak mengacuhkan perasaan puteri tunggal mereka.

Betapa luluh dan sakitnya hati seorang anak apabila menyaksikan pertengkaran antara ibu bapa, hanya Allah Azzawajalla yang dapat mendalaminya.

"I said, divorce me!"

"No!"

Perdebatan bermula. Zafran menarik Sofea masuk ke dalam dakapannya.

"Kalau you masih nak pertahankan pernikahan ni, send your mom to the old people's house," arah Sally beraduk dengan ugutan. Dia berhijrah topik. Dari topik cemburu seorang isteri, mereka berpindah ke topik ibu mentua.

“Tak akan!" Zafran menempelak umpama orang yang tengah meledakkan segala amarah.

Telak. Memang dia sedang meletuskan segala amarah yang tersemat setelah sekian lama.

Lampu kembali menyinari rumah itu. Kipas siling berputar perlahan-lahan. Penyaman udara hidup semula, namun tidak berhasil menyejukkan keadaan. Sejak kebelakangan ini, kawasan perumahan mereka memang kerap terputus bekalan elektrik.

Ketegangan meningkat.

Zafran serta-merta terpegun. Lidahnya kelu untuk memilih. Sekadar mengelus rambut anak gadisnya.

"Tak mampu nak pilih? Jadi, ceraikan I. I boleh keluar dari rumah ni. You janganlah risau, rumah arwah papa I masih ada. I masih ada tempat untuk berteduh," suara Sally dengan intonasi yang tenang-lenang.

Hati pasangan suami isteri itu langsung tidak bersatu. Sally tidak pernah tahu bahawa ada kerisauan yang terkandung di balik hati insan bergelar suami.

Amanah yang dititipkan daripada bapa mentuanya, tidak pernah sesaat Zafran memandang remeh.

Sally menapak ke bilik. Dia mendaki janjang, waktu untuk dia masuk tidur. Fasal anak dan suaminya tidak diambil kisah.

"Sofea ... jom tidur. Esok kamu kena pergi sekolah." Pantas Zafran mengumbuk Sofea.

Tangisan Sofea, tidak lagi kedengaran. Antap.

"Sofea?" panggilnya lagi.

Tiada sahutan. Tindak balas juga tiada.

"Sofea?" Zafran membebaskan pelukan. Dia berubah posisi kepada bertingkah.

Pelopak mata Sofea terpicing. Sofea murca. Gerakan nadi pada pergelangan tangan segera diperiksa. Denyutan nadinya lemah.

Sofea harus dibawa ke hospital sekarang!


UNGKITAN Farhad pada malam semalam, masih terngiang-ngiang. Bisikan kalimat berpuput bak angin di samudera. Janji atau setia? Kata-kata halus menembusi halwa telinga dengan lembut sekali. Kini dia tersenyum simpul. "Dari 5 tahun yang lalu, cuma awak yang bertakhta di hati saya."

Janji SetiaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon