Bab 23

136 17 7
                                    

SESEKALI Sakinah akan melihat wajah Doktor Qalisya yang manis bersama kerudung merah belacan. Diiringi perasaan sangsi dia menenung selama mungkin muka juita itu. Didapati ada sir di sebalik ketenangan doktor pelatih itu.

“Doktor dah lama ke kenal Doktor Zafran?”

Isya kemab. Dia berteleku di meja. Dari tadi dia cuba untuk menghabiskan nasi ayam, tapi seleranya melayang entah ke mana. Rasa lapar tetap ada.

Sakinah semacam boleh menghidu kisah yang pernah terjadi di antara mereka. Renungannya tajam menikam rukyah Isya.

“Saya dan Doktor Zafran, pernah bertunang.”

Mata Sakinah terbelalak. Tapak tangan menekup mulutnya yang ternganga.

“Tapi tu semua cerita lama ... saya dan dia sekarang hanya berkawan baik. Doktor Zafran dah ada keluarga dia sendiri dan saya bakal membina keluarga saya sendiri. Saya harap, awak takkan hebohkan cerita ni.”

Sakinah terdiam setagal.

“Please ...,” rayu Isya sekali lagi. Boleh bergegar bangunan ini, kalau-kalau berita pertunangan mereka pada masa dahulu tersebar luas ke pengetahuan orang ramai. 

“Baiklah, saya akan zip mulut.”

Isya memutikkan senyum. Namun, tidak bertahan lama.

“Tapi ...” Sakinah melambatkan butiran ayatnya.

“... doktor kena belanja saya KFC.”

“KFC? No hallah.” Tiada riak paksaan pada muka Isya. Belanja makan? Hal kecil sahaja baginya. Yang penting rahsia terbesarnya digenggam kemas.

Bunyi bip dari telefon pintar mengkalihkan perhatian mereka. Pandangan mereka sama-sama tertumpu ke arah nyalaan skrin iPhone SE. Ada notifikasi daripada WhatsApp.

Hatta maka membersihkan tangannya, dia mencapai telefon baru itu. Telefon canggih itu baru sahaja dibeli semalam menggunakan duit simpanannya. Telefon pintar pemberian Tengku Aariz yang sebelum ini, telah pun jahanam akibat terhempas berulang kali.

Sebelum membuka mesej yang diterima, Isya terlihat tenang. Sejurus dia membuka mesej daripada Aida, raut durjanya berubah sekilap mata. Ada sesuatu yang kelat untuk ditelan.

Sakinah berasa ada sesuatu yang janggal. Doktor pelatih itu seakan-akan sedang menyorokkan sesuatu.

DULU Zafran, sekarang Farhad?

Tahap cintanya diuji sekali lagi? Bantal panjang dipeluk erat. Sudah tidak wujudkah lelaki setia di dunia ini?

Monolog Isya kian merepek dari semasa ke semasa. Sedari menerima mesej berserta foto yang kurang sedap itu, hatinya tiba-tiba tidak tetap.

Kerusuhan cinta merempuh sukmanya. Berpelesiran membaurkan kedongkolan. Menukarkan kasih kepada amarah. Lima tahun yang lalu, Aida mengirimkan gambar Zafran bersama wanita lain.

Dan sekarang? Farhad pula mengulangi sejarah pahit tersebut. Siapakah dalang di dalam hal ini?

Sally? Perempuan itu memang suka jadi perampaskah?

Meskipun dia sudah memadam gambar yang boleh menimbulkan fitnah itu, malar terbayang-bayang gambaran saat pipi Farhad dicium sedemikian oleh Sally.

Apabila ditanya Aida, apa yang berlaku seterusnya? Jawapannya, sejurus  menangkap gambar, dia terus beredar dari situ. Sakit mata, sambungnya. Si Aida memang gemar serkap jarang.

Apa yang berlaku selanjutnya? Tanda soal itu menyekat minda Isya untuk berkembang. Dia tidak dapat meneka gambaran selanjutnya. Ini semua salah Aida. Kalau dia tak buat kerja setengah jalan, tak akan ada masalah yang timbul.

Janji SetiaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora