Bab 17

181 19 7
                                    

5 tahun kemudian ...

BUMI terus beredar pada paksinya, hari juga terus beredar mengikut peredaran masa. Bagaikan baru semalam dia berpindah ke negara ini. Masa tidak boleh berkisar semula ke belakang dan hanya sanya berkisar ke hadapan.

Dia gembira lantaran dapat kembali ke tanah air, kendatipun hati mula terasa berat untuk meninggalkan bandar ini. Sudah lima tahun dia menetap di negara ini.

Besok. Cuma tinggal satu hari sahaja lagi. Isya akan kembali ke Kuala Lumpur dengan membawa ijazah PhD dari New York University. Sudah terlintas senyuman bahagia Tengku Aariz dan Che Puan Medina di benaknya.

Kedua-dua orang tuanya itu tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen dia tempoh hari. Semuanya atas faktor kesihatan. Pada permulaannya Isya sedikit kecewa tapi tidak mengapalah. Yang penting, dia dapat berjumpa bonda dan ayahnya sebaik tiba di butala Melayu.

Isya melirik lirik jam tangan. Mana pula rafik-rafiknya ini? Genap 20 minit dia menunggu di restoran, batang hidung pun tak muncul. Terus menunggu dan menunggu.

Sal yang dililitkan pada lehernya dibetulkan. Beberapa sekon kemudian, terjengul wajah-wajah yang sangat dia kenali di sebalik pintu utama.

"I'm so sorry because late," ucap Eric yang merupakan anak kelahiran Singapura. Eric juga kini merangkap tunang kepada Ana. Pria itu telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lepas dan sedang mendalami ilmu agama.

"Huh ... please lah, korang yang bersungguh-sungguh kata nak belanja aku makan? At the end, korang yang lambat," rungut Isya sedikit bengang.

Eric dan Ana berpandangan sesama sendiri.

"Maafin aku ya ... jangan marahin aku dong," pujuk Ana menyesal kerana terlambat. Banyak jualan murah di kedai buku, mahu tidak rambang matanya?

Isya memutarkan bebola mata. Whatever, getus hatinya. Dia menyebak menu makanan yang terletak di atas permukaan meja. Jarang metah dia hendak makan di restoran. Maklumlah, di sini memang sukar untuk mencari restoran halal.

Jadi, Isya lebih memilih untuk makan di rumah. Lebih selamat dan yang paling penting adalah halal.

Usai memilih menu, pelayan beredar dari meja itu. Perbualan yang tadinya terhenti, disambung kembali. Mereka bertiga memanfaatkan segala peluang yang ada. Selepas ini, Isya akan pergi meninggalkan mereka yang di sini.

Mulut Isya yang sedikit kepoh apabila bersama mereka, akan sentiasa tersimpan kemas dalam memori Eric dan Ana.

Pelbagai topik yang mereka bincangkan sementara menunggu makanan sampai. Sambil mereka menyelam, sambil itulah mereka minum air. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Semua peribahasa tersebut, sesuai dengan situasi mereka saat ini. Ana dan Eric sedang sibuk mencungkil rahsia, siapakah gerangan lelaki yang sanggup menunggu Isya selama lima tahun?

"Who is the man who is willing to wait for you for those five years?" soal Eric dengan jantung yang berdebar-debar.

Isya kulum senyum. Memang benar, tiada yang percuma di dunia ini. Wajarlah Eric nak mentraktir dirinya. Kadangkala kasihan juga, 5 tahun dia biarkan Ana dan Eric bersama tanda tanya.

"Nama lelaki tu ..."

Lama hendak menunggu jawapan. Saspens kian terasa. Bahu Ana dan Eric lama-kelamaan hampir jatuh.

Isya mengasa melambatkan butir bicaranya.

"Nama lelaki tu ... Farhad."

Tersungging senyuman di bibir dua orang yang duduk bersetentangan Isya. Akhirnya! Pecah juga rahsia.

Janji SetiaWhere stories live. Discover now