Plagiat issue?

8.7K 214 24
                                    

Assalamualaikum semua, harini saya rasa agak kecewa sikit sebab hmm tak tahu nak desc perasaan ni macam mana.

So, ada seorang hamba Allah, pm saya. Dia tanya sama ada saya ada publish cerita BUKAN YANG SEMPURNA dekat Novelplus tak? Saya jawablah takde and saya tanya kenapa? Then, dia bagitahu yang dia ada jumpa cover BUKAN YANG SEMPURNA dekat Novelplus tapi jalan cerita lain.

Waktu ni saya dupdapdupdap dah. Terus saya install Novelplus sebab saya tak pernah ada apps Novelplus dalam phone. Saya tak tunggu lama, saya terus search tajuk BUKAN YANG SEMPURNA. And guess what?

Saya jumpa ni,

Saya taknak dedahkan nama penulis tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Saya taknak dedahkan nama penulis tu. Jadi sesiapa yang ada Novelplus boleh search je tajuk cerita tu.

Dan memang, memang jalan cerita tak sama tapi cover cerita tu sama dengan cover cerita saya, BUKAN YANG SEMPURNA. Cover yang saya buat SENDIRI tanpa bantuan orang lain! 😭😢

Dan tajuk cerita pun sama.

Ni saya punya,

Cover ni saya buat sendiri tahu tak 😭 Walaupun cover tak berapa cantik dan tak sehebat cover cerita penulis lain, tapi nilah effort saya yang nak jadikan cerita saya ada cover yang saya buat sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cover ni saya buat sendiri tahu tak 😭
Walaupun cover tak berapa cantik dan tak sehebat cover cerita penulis lain, tapi nilah effort saya yang nak jadikan cerita saya ada cover yang saya buat sendiri.

Jadi kepada penulis cerita BUKAN YANG SEMPURNA di Apps Novelplus, yang mungkin pernah baca cerita saya (BUKAN YANG SEMPURNA) di Wattpad, saya mohon, tukarlah cover cerita awak tu. Jangan ambil hak orang lain tanpa mintak izin kepada pemilik tu sendiri.

Kalau awak nak saya buatkan cover cerita awak, saya akan tolong buatkan walaupun hasilnya mungkin tak cantik dan tak memuaskan. Tapi, saya mohon sekali lagi, tolong sedar dan fikir perasaan orang lain iaitu saya.

Saya tak marah kalau awak mintak izin saya untuk guna cover cerita saya. Tapi saya marah bila awak dengan senangnya ambil cover cerita saya tanpa izin saya dan jadikan cover saya seolah-olah awak punya. Saya kecewa sangat 🙏🏻

Dan kepada yang baca ni, saya mintak maaf sangat-sangat kalau korang semua terpaksa baca benda ni.

Mungkin ada yang kata, "Alah cover cerita je pun, tu pun nak triggered."

Ya, saya memang triggered gila sekarang ni sebab this is my cover. Saya buat sendiri. Bukan saya mintak orang lain buatkan. And penulis tersebut crop nama saya yang ada kat bawah cover.

And saya tetap nak tegaskan, ni adalah mencuri. Mencuri hasil kerja orang lain.

Dan saya nak berterima kasih dekat orang yang pm saya bagitahu pasal benda ni. Terima kasih sangat-sangat, kalau bukan sebab dia, memang saya tak akan tahu pasal ni.

Terima kasih 🙏🏻😊

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now