39;

14.3K 514 7
                                    

Hulhumale Beach, Maldives.

Perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam setengah dari Kuala Lumpur ke Male International Airport memang memenatkan. Dari pukul 8.45 pagi mereka gerak, akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju.

Destinasi bulan madu yang dipilih Raid iaitu di Hulhumale Beach memang sesuai untuk pengantin baru seperti mereka. Pasir pantai di sini juga halus dan tempatnya sangat indah.

Mereka sampai di Island Beach House lebih kurang pukul 11 tengah hari. Lagipun, perjalanan dari Male International Airport ke Island Beach House hanya mengambil masa tak sampai setengah jam.

Island Beach House memang terletak betul-betul di hadapan pantai Hulhumale. Aisha yang dari tadi teruja apabila pertama kali berjalan ke luar negara, semakin teruja saat memasuki bilik hotel mereka.

Waktu diberitahu Raid yang mereka akan berbulan madu di Maldives, Aisha bersorak kesukaan. Tak pernah terlintas di fikiran Aisha bahawa dia akan menjejakkan kaki di Maldives. Selalunya dia hanya melihat di Instagram artis-artis Malaysia yang bercuti di sini.

Aisha letakkan beg baju mereka di tepi katil sementara Raid terus membaringkan tubuh di atas katil bagi melepaskan penat.

Aisha melangkah ke balkoni lalu membuka sliding door. Buka sahaja pintu, besar mata Aisha melihat pemandangan yang dihamparkan di hadapan matanya.

Di luar balkoni bilik mereka, terdapat sebuah private pool. Aisha berjalan di sekeliling kolam tersebut sambil menghirup udara segar. Bunyi hempasan ombak dari pantai di depan sana turut kedengaran hingga ke balkoni.

Aisha meletakkan tangannya di atas tembok sambil mata melemparkan pandangan ke arah pantai. Tersenyum Aisha menikmati suasana di situ. Tak tahu apa lagi perasaan yang perlu digambarkan saat ini.

"Suka?" Suara Raid yang berdiri di sebelahnya sedikit memeranjatkan Aisha.

Aisha anggukkan kepalanya banyak kali. "Suka! Terima kasih abang."

"Terima kasih je?" Raid senyum nakal. Dia memusingkan badannya menghadap Aisha.

Dahi Aisha berkerut. Mulalah tu suami dia ni nak usik dia. "Habistu?"

"Nak hadiah." Raid dekatkan wajahnya ke arah Aisha sambil jari telunjuknya dicucuk-cucuk ke pipi kirinya.

Bulat mata Aisha memandang Raid. Ditolak wajah Raid menjauhi dirinya. Pipi Aisha sudah berona merah. Bukan dia tak tahu apa maksud 'hadiah' yang dimahukan Raid.

"Mengadalah!"

Raid ketawa. Dia rapatkan lagi badannya dengan badan Aisha lalu tangannya naik melingkar di pinggang Aisha.

"Abang gurau je." Lalu, pantas Raid berikan satu ciuman. Tergamam Aisha dibuatnya.

"Abang!" Aisha menjerit kecil lalu tersenyum malu. Kuat betul dia mengusik Aisha.

"Sayang, sedar tak sedar... dah sebulan lebih kita kahwin tapi baru harini abang bawak Aisha pergi honeymoon." Ucap Raid sambil melemparkan pandangan ke arah pantai.

Aisha senyum. "Aisha tak kisah pun. Tak pergi honeymoon pun tak apa. Yang penting abang sentiasa ada dengan Aisha."

Aisha dongakkan kepalanya memandang Raid. Raid turut sama memandang Aisha. Senyuman manis terlakar pada bibirnya.

"So sweet sayang abang ni!" Dicubit manja pipi Aisha.

"Abang harap Aisha tak akan pernah bosan dengan abang dan akan sentiasa cintakan abang." Suara Raid bertukar romantis. Tepi kepala Aisha dikucup lama. Aisha rehatkan kepalanya pada dada Raid.

"In Shaa Allah, Aisha tak akan bosan dengan abang dan akan selalu sayang dan cintakan abang."

🦄

Yang untungnya bila ke Hulhumale Beach ini ialah mereka tidak membenarkan pengunjung memakai bikini di sini dan pantai ini lebih menumpukan pengunjung Muslim.

Nak cari makanan halal pun tak susah kerana terdapat banyak restoran halal di sekitar hotel.

Aisha dan Raid memilih untuk makan malam di restoran hotel yang menyediakan makanan laut. Suasana romantik menemani mereka waktu ini.

"Lepas ni kita pergi jalan-jalan tepi pantai, okay?"

"Boleh je." Aisha senyum manis.

Usai makan, mereka meneruskan aktiviti malam mereka iaitu berjalan di tepi pantai, menikmati bayu laut yang dingin hingga menembusi tulang sum-sum.

Angin malam menampar lembut pipi Aisha. Perlahan dia menghirup udara segar. Bahunya dari tadi dirangkul Raid di sebelah.

Mereka melabuhkan duduk di atas pasir berwarna putih halus yang menjadi kebanggaan para pengunjung di Hulhumale Beach ini.

"Sejuk ke sayang?" Soal Raid sambil memandang ke arah Aisha yang memeluk tubuhnya sendiri. Aisha senyum.

"Aah."

"Nak balik hotel tak?"

"Eh, tak apa. Aisha okay je. Lagipun bukan selalu dapat momen macam ni kan," Aisha senyum lagi lalu kepalanya direhatkan pada bahu Raid.

Raid rapatkan lagi tubuh mereka. Tangannya naik melingkar pada bahu Aisha. Sekadar untuk menghangatkan tubuh isterinya yang kesejukan kerana angin malam di tepi pantai itu.

"Esok Aisha nak pergi mana?" Raid mulakan perbualan selepas mereka hanya diam melayani perasaan.

"Tak tahu. Abang bawak je Aisha pergi mana-mana. Abang kan tour guide Aisha." Aisha sengih mempamerkan giginya yang cantik tersusun itu.

"Kalau macam tu, abang bawak Aisha jalan-jalan dalam hati abang. Nak tak?" Seloroh Raid.

Aisha tertawa kecil.

"Aisha dah habis ronda dah dalam hati abang." jawab Aisha selamba. Raid senyum suka sambil mengeratkan lagi pelukannya.

"Abang, Aisha rindu Abby lah. Apa dia buat sekarang ni ek?" Ucap Aisha dengan nada suram. Tiba-tiba teringatkan si kecil itu.

Sudahlah sebelum mereka gerak ke Maldives, Abby menangis kerana mahu ikut. Mujurlah Rania ada dan memujuk Abby. Lama juga nak buat Abby faham dan berhenti menangis.

Kalau ikutkan Aisha, dia nak je bawa Abby sekali. Tapi Puan Sri Azalea tak membenarkan. Katanya, nanti Abby menganggu pulak. Kalau boleh momen-momen indah bulan madu mereka haruslah berjalan sempurna.

"Kita tak lama pun kat sini, sayang. 3 hari je kan. Nanti balik Malaysia, Aisha lepaskan rindu kat Abby puas-puas pun tak apa. Abang tak kisah." Jawab Raid. Jarinya naik mencuit pangkal hidung Aisha.

Aisha menoleh ke arah Raid. "Hehe okay."

Akhirnya, hampir satu jam lebih menikmati suasana malam di tepi pantai, mereka pulang ke hotel. Esok mereka ada aktiviti lain pulak yang perlu dilakukan bagi melengkapkan bulan madu mereka.

🦄

Sorry kalau bosan 🙏🏻

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now