51;

13.1K 492 17
                                    

Memandangkan sekejap lagi dia akan keluar bersama dengan Maira, Aisha siap ala kadar. Sekadar memakai blouse bercorak bunga dan juga skirt labuh. Rambut paras bahu dibiarkan lepas.

Siapa sangka, Aisha yang dulunya berpakaian tak ubah seperti lelaki; bert-shirt dan berseluar jeans dan juga bertopi kadang-kala, akhirnya reti juga memakai pakaian-pakaian yang betul-betul wanita.

Berbicara mengenai Maira pula, sejak dari hari Maira bersarapan dengan mereka dulu, hubungan antara Aisha dan Maira semakin akrab apatah lagi mereka bukanlah orang lain. Sepupu juga.

Selesai bersiap, Aisha keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Abby sedang duduk di sofa sambil menonton Didi & Friends. Harini Abby tak ke taska.

"Dah nak pergi dah Aisha?"

Aisha menoleh tatkala Puan Sri Azalea keluar dari bilik tidurnya. Aisha senyum dan mengangguk. Dibetulkan rambut Abby supaya nampak kemas lagi.

"Aah, umi. Rasanya kejap lagi Kak Maira sampailah tu."

"Hati-hati Aisha. Awak tu mengandung. Jangan seronok sangat berjalan tu. Nanti penat." Pesan Puan Sri Azalea yang sudah duduk di sebelah Abby.

"Ya, umi. Aisha ingat." Aisha tawa kecil.

Tiba-tiba, Rania berlari turun dari atas dan terus sahaja menuju ke arah mereka.

"Kita nak ikut boleh tak? Bosanlah duduk rumah."

"Sibuk je adik. Duduk jelah rumah teman umi." Kata Puan Sri Azalea. Aisha ketawa melihat muncung Rania.

"Kita okay je. Lagi ramai, lagi best."

"Bolehlah umi. Bukan selalu dapat keluar dengan Aisha." Rania pujuk uminya sambil memeluk lengan Puan Sri Azalea.

"Pergilah. Umi bergurau je tadi."

Terus bersorak Rania dan memeluk tubuh Puan Sri Azalea.

Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi kereta di luar rumah. Aisha panjangkan leher melihat dari celahan tingkap.

"Maira lah tu agaknya."

"Yelah kot. Aisha pergi tengok jap." Aisha bangun dan menuju ke pintu rumah. Tepat tekaannya bila Maira baru sahaja turun dari perut kereta.

"Assalamualaikum. Maaf Aisha. Akak lambat, pergi isi minyak tadi." Ucap Maira sambil menyalam Aisha.

"Walaikumsalam. Tak apa, kak. Masuklah kak, minum dulu."

"Eh, tak apalah. Kita terus gerak. Nanti balik akak singgah lama sikit dekat sini." Kata Maira. Aisha sekadar tersenyum lantas masuk semula ke dalam rumah.

"Kami terus gerak umi. Takut lambat nanti. Umi betul ni tak nak ikut?"

Laju Puan Sri Azalea menggeleng. "Tak mahulah. Umi dah puas dah jalan-jalan masa muda dulu."

"Ceh, umi." Balas Rania sambil cebikkan bibirnya. Tangan Abby dipimpin dan mereka sama-sama berjalan menuju ke muka pintu.

Maira sekadar berdiri dari muka pintu dan mengangkat tangan ke arah Puan Sri Azalea.

"Maaf, umi. Maira tak masuk. Nanti balik Mai singgah lama ya."

"Ya, tak apa. Hati-hati Maira." Sempat Puan Sri Azalea berpesan.

Maira sudah berlalu ke arah kereta bersama Aisha dan Abby. Rania pula sedang menutup pintu memandangkan uminya tinggal seorang diri di rumah.

"Rania ikut juga?" Soal Maira apabila Rania berjalan ke arah keretanya.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now