46;

12.6K 494 11
                                    

Media;
Raid 🥰

"Assalamualaikum."

Terhenti kerja Aisha apabila ada suara orang memberi salam. Dia terus meletakkan semangkuk nasi goreng yang masih lagi panas ke atas meja.

"Siapa pulak tu yang datang?" Soal Puan Sri Azalea sambil kepala mengintai ke arah depan. Aisha angkat kedua-dua bahunya.

"Entah, umi. Tak apa, biar Aisha tengok." Pamit Aisha lalu melangkah ke hadapan.

Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, Aisha sedikit terkesima. Di depannya berdiri seorang wanita yang cantik bertudung sambil tersenyum ke arahnya.

"Walaikumsalam, Kak Maira." Jawab Aisha perlahan.

Maira lebarkan lagi senyuman. "Maaf, akak mengganggu ke?"

Terus Aisha gelengkan kepalanya. "Taklah, kak. Jemputlah masuk."

Aisha beri sedikit laluan buat Maira untuk masuk ke dalam rumah. Agak janggal keadaan mereka sekarang. Pintu terus ditutup semula.

"Sebenarnya, Raid yang ajak akak datang sini."

Ternaik kedua-dua kening Aisha. Dia tersenyum janggal. Tak tahu mahu memberi reaksi yang macam mana.

"Oh..."

"Tapi awak jangan salah faham. Raid cuma ajak akak pergi sini je. Tak lebih dari tu pun." Cepat-cepat Maira betulkan keadaan. Tak mahu Aisha salah faham dengan ayatnya tadi.

Aisha ketawa kecil. Mereka berjalan beriringan menuju ke ruang makan.

"Eh, taklah. Saya faham. Lagipun kalau Kak Maira nak datang sini hari-hari pun boleh." Ucap Aisha.

"Ya? Terima kasih, Aisha." Aisha sekadar senyum sahaja sebaik mereka sampai di ruang dapur. Terus dijemput Maira duduk.

"Lah... Maira rupanya. Umi ingatkan siapalah tadi." Tegur Puan Sri Azalea sambil membawa seteko teh o panas dari dapur.

"Sorry umi kalau Maira ganggu masa umi semua." Balas Maira setelah bersalaman dengan Puan Sri Azalea.

"Apa cakap macam tu. Maira kan keluarga umi jugak. Lagipun, dekat sini kami jelah keluarga Maira. Lepasni selalu-selalulah datang sini."

Maira mengangguk dan tersenyum. Beberapa minit kemudian, Raid turun setelah bersiap untuk ke tempat kerja. Bila matanya menangkap figura Maira, tersenyum terus Raid.

"Maira... datang pun. Ingatkan tak nak datang." Ucapnya yang terus sahaja mengambil tempat di hadapan Maira.

"You suruh I datang, I datanglah. Kalau I tak datang nanti, you marah I pulak." Jawab Maira sambil sembunyi senyum.

Raid ketawa kecil. Puas juga dia memujuk Maira untuk datang bersarapan di rumah, akhirnya lembut juga hati Maira.

Aisha sibukkan diri dengan mencedok nasi goreng ke dalam pinggan masing-masing. Dari tadi dia menunggu Abby turun, tapi tak muncul-muncul juga.

Tadi Abby nak sangat bersiap sendiri. Tak mahu dibantu oleh sesiapa. Maklumlah, dah besar dah.

"Err, Aisha pergi tengok Abby kejap ea." Suara Aisha menghentikan perbualan rancak antara Raid dan Maira.

"Abby tak siap lagi?" Soal Raid pelik.

"Tak tahulah. Ni yang nak pergi tengok. Abang sarapanlah dulu. Aisha tengok Abby kejap." Pamit Aisha lantas berlalu ke atas menuju ke bilik tidur Abby.

Buka sahaja pintu, Abby sudah bersiap tapi masih duduk di meja belajarnya. Mukanya monyok sahaja. Tersenyum Aisha melihat Abby begitu.

"Abby, kenapa ni?" Tegur Aisha sambil memeluk Abby dari belakang.

"Abby tak suka Aunty Maira datang sini." Terkejut Aisha dengan bicara Abby.

"Abby tak baik tau cakap macam tu. Aunty Maira kan baik." Balas Aisha lembut. Cuba memujuk Abby yang makin memuncungkan bibirnya.

"Tak! Aunty Maira tak suka Abby. Aunty Maira tak nak kawan Abby." Abby jarakkan tubuhnya sedikit menjauh dari Aisha.

Aisha senyum nipis. Cuba memujuk Abby sekali lagi.

"Okay macam ni. Apa kata Abby turun dengan Mama Long, salam dengan Aunty Maira dulu. Manalah tahu harini Aunty Maira nak kawan dengan Abby. Lagipun Abby dah nak pergi school kan?"

Abby perlahan-lahan memandang Aisha. Seakan termakan dengan kata-kata Aisha. Dia anggukkan kepalanya perlahan-lahan. Beg sekolah yang berada di atas katil diambil.

"Good girl. Mama Long nak Abby senyum banyak."

Abby lorekkan senyumannya dengan lebar. Sempat Aisha mencubit manja kedua-dua pipi Abby.

Mereka turun beriringan menuju ke ruang makan. Raid, Maira dan Puan Sri Azalea masih ralit berbual antara satu sama lain.

Rania pula tiada di rumah. Dia tidur di rumah kawannya dari semalam lagi. Mungkin harini Rania akan pulang ke rumah.

"Salam Aunty Maira." Bisik Aisha di telinga Abby.

"Hai, Abby. Nak pergi school ke?" Sapa Maira ramah sambil menyambut huluran tangan Abby lalu pipi Abby dicium. Aisha tersenyum saja.

Abby anggukkan kepalanya kemudian terus dia berlari ke arah Aisha semula dan memeluk Aisha. Masing-masing ketawa melihat telatah Abby.

Aisha angkat Abby dan didudukkan di atas kerus di antara dia dan Raid. Sekeping roti bakar diambil dan diberikan kepada Abby.

"Abby buat apa lama-lama kat atas sayang?" Soalan Raid itu ditujukan kepada Aisha.

"Tak buat apa pun. Abby saja je nak tunggu Mama Long dia." Jawab Aisha yang terpaksa menipu 'sunat'.

Kalau diberitahu hal sebenar, apa pula kata Maira nanti. Lagipun Abby kan masih kecil dan tak faham apa-apa lagi.

"Nanti Maira lunch dekat rumah umi jelah. Tak payah susah-susah makan luar." Celah Puan Sri Azalea.

Maira yang menunduk terus mengangkat kepalanya semula. Dia tersenyum.

"In Shaa Allah umi kalau Maira sempat datang sini, Maira datang." Balasnya lembut.

Sesekali dia memerhati kemesraan antara Aisha dan Raid termasuklah Abby. Mereka memang ibarat keluarga yang bahagia. Keluarga yang cukup segalanya.

Jauh di dalam sudut hati Maira, terdetik satu perasaan yang sememangnya sudah diusir jauh. Tapi kenapa harini dan saat ini, perasaan itu muncul semula?

Melihat bagaimana Raid tersenyum dan ketawa melayan kerenah Aisha dan Abby, cukup membuatnya rasa sesuatu.

Bagaimana kalau Maira kata yang dia masih tak mampu melupakan Raid?

🦄

Lamakan tunggu sis update? Sorry 🙏🏻
Lepasni korang kena ready mental dengan fizikal korang balik okay. Ada sesuatu yang akan jadi nanti.

Btw, singgah-singgahlah baca cerita baru saya hehe 😬✌🏻

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now