2;

19K 753 37
                                    

Aisha melangkah keluar dari bilik tidur setelah selesai menunaikan solat Maghrib. Dari petang tadi perutnya berbunyi minta diisi. Bukan dia tak pandai masak, cuma dia malas nak turun ke dapur.

"Maksu!" Panggilan Dayyan menghentikan langkah Aisha. Dayyan melambai-lambai menyuruhnya ke sana. Adalah tu si kecil tu nak suruh dia buat.

"Maksu, maksu ajar Aiyan ni boleh?" Soal Dayyan sambil menunjukkan soalan yang ingin ditanya.

Aisha tersenyum lalu duduk bersimpuh di sebelah Dayyan. Memang dah jadi rutin biasanya untuk mengajar Dayyan bila Farid dan Suria tak sempat. Selalunya, Dayyan lebih manja dengannya. Dari kecil Dayyan dijaga Aisha, jadi tak hairanlah kalau Dayyan lebih rapat dengan dia.

"Okay, Aiyan nak maksu ajar yang mana?" Tanya Aisha.

"Yang ni,"

"Ayat penyata. Senang je ni, ayat penyata maksudnya— "

"Aiyan!" Terhenti bicara Aisha apabila terdengar suara Suria melaungkan nama anaknya.

"Ya, ma!"

Suria menapak keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Sebaik melihat Aisha yang turut ada di situ, tiba-tiba hatinya menjadi panas. Sakit pula matanya melihat Aisha.

"Aiyan, jom makan. Aisha," Aisha mendongak memandang Suria.

"Jom makan sekali. Abang Farid dah tunggu tu." kalau ikutkan hati, tak ingin dia mengajak Aisha. Ni semua gara-gara suaminya yang menyuruh dia mengajak Aisha.

Aisha anggukkan saja kepalanya. Dia bangun menuju ke dapur setelah Suria dan Dayyan terlebih dahulu berjalan ke dapur.

Aisha mengambil tempat di sebelah Dayyan. Entah kenapa, dia mula rasa segan dengan Suria. Semuanya kerana kata-kata Suria tadi petang. Kalau boleh, dia tak mahu lagi makan semeja dengan mereka.

"Makanlah Aisha. Kalau tak makan, gastrik pula nanti." Kata Suria. Aisha sekadar tersenyum nipis.

"Abang," suara Aisha menghentikan perbuatan Farid dan Suria sekaligus melenyapkan suasana sunyi di meja makan.

"Apa dia Aisha?" Soal Farid dengan kerutan di dahi. Suria turut sama mahu memasang telinga. Kalau boleh, dia tak mahu terlepas satu pun apa yang mahu dikatakan Aisha.

"Aisha ingat... Aisha nak cari kerja." Ucap Aisha perlahan namun masih lagi didengar oleh mereka.

Farid dan Suria sama-sama terdiam dan saling berpandangan. Namun, Suria yang terlebih dahulu memberi respon.

"Hah, baguslah tu. Bila dah ada duit sendiri kan senang. Tak adalah nak menyusahkan sesiapa. Dulu akak masa umur 17 tahun akak dah pergi cari kerja. Tak ada dah nak susahkan sesiapa termasuk ahli keluarga sendiri." Bukan main lebar lagi senyuman Suria usai berkata begitu.

Aisha rasa sedikit terkilan. Seolah-olah Suria sedang memerlinya.

"Aisha, kan abang dah kata, buat masa sekarang ni Aisha tak payah cari kerja. Abang kan boleh sara hidup Aisha. Ni tanggungjawab abang." Balas Farid tenang.

Namun, lain pula yang terjadi pada riak Suria. Tak pasal-pasal senyumannya mati. Sekarang, kecil besar kecil besar je dia tengok suami sendiri.

"Abang, dah baguslah tu Aisha nak cari kerja. Ni maksudnya dia dah tak nak susahkan awak lagi. Dia nak berdikari. Biarlah dia. Lagipun umur dia dah 23 tahun. Dah layak cari kerja tetap." Bidas Suria, geram.

"Tap—"

"Err, betul apa yang Kak Su cakap tu. Memang dah tiba masa untuk Aisha cari kerja. Sampai bila Aisha nak susahkan abang dengan akak lagi. Lagipun Aisha dah besar, dah pandai jaga diri." Jawab Aisha. Seraut wajahnya masih lagi tenang. Tapi hatinya sudah bergolak gara-gara ayat yang dituturkan Suria.

Farid hanya mampu diam mengunci mulut. Nanti baru dia berbincang sekali lagi dengan Aisha tanpa Suria menjadi orang ketiga.

🦄

Usai menunaikan solat Isyak, Aisha duduk berteleku di atas sejadah. Dia sudah fikir masak-masak dengan keputusan yang bakal dibuat.

Nanti bila dia sudah mempunyai kerja tetap, dia mahu mengumpul duit dan tinggal di rumah lain. Kalau boleh, dia mahu keluar dari rumah ini dengan kadar segera. Dia tak suka apabila dia menjadi punca perbalahan antara Farid dan Suria.

Sewaktu makan malam tadi, dia tahu yang Suria sengaja mahu memerlinya. Suria sengaja mahu menyedarkan siapa dia di dalam rumah ini.

Aisha sendiri tak faham dengan sikap Suria. Dulu, Suria selalu melayan dia dengan baik. Tak pernah sekali pun Aisha mendengar Suria bercakap buruk tentangnya. Namun sekarang, Suria mula berubah dan seakan sudah membenci dirinya.

Esok dia nekad mahu mencari kerja di sekitar pusat beli belah di bandar. Cukuplah selama ini dia sudah menyusahkan mereka. Dia tak mahu lagi menjadi bebanan buat mereka.

Semoga esok akan dipermudahkan. Amin.

🦄

Hai, jangan lupa vote dan comment okay! ✨🙏🏻

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now