26;

14.3K 608 24
                                    

Minggu ni Rania cuti dan kesempatan itu diambil dengan mengikut Raid dan Aisha membeli barang untuk majlis kahwin mereka nanti. Puan Sri Azalea pula disuruh Raid untuk tinggal di rumah memandangkan wedding planner mereka akan membuat perbincangan tentang majlis nanti di kediaman Puan Sri Azalea.

Rania sebenarnya ada satu perkara yang memang ingin ditanya kepada Raid. Dia dah tahu perkara sebenar yang terjadi pada Aisha beberapa minggu lepas tapi dia yakin bukan itu sebab yang mendorong Raid untuk mengahwini Aisha. Kalau ikutkan, macam tak logik pula keadaan waktu itu.

Mereka siap membeli barang-barang yang sudah disenaraikan oleh Puan Sri Azalea seperti senaskhah Al-Quran, kasut belah perempuan dan lelaki, minyak wangi dan set pencuci muka.

Sementara menunggu Rania dan Abby membeli cool blog, Raid terus mengajak Aisha membeli cincin di Habib Jewel. Cincin khas untuk disarungkan pada majlis nikah nanti.

Yang pastinya, cincin tanda yang diberikan Raid tempoh hari sudah tersemat pada jari manis Aisha. Nasib baiklah muat pada jari gadis itu sebab waktu tu, Raid hanya pilih random je tanpa mengetahui saiz jari Aisha.

"Awak pilihlah nak cincin yang mana," kata Raid sambil matanya memerhati ke semua cincin yang ada di sebalik meja kaca itu.

Aisha pulak hanya mampu menggaru dahi yang tidak gatal. Kalau tengok pada harga, memang telan liur Aisha dibuatnya. Jadi, dia lebih selesa kalau lelaki itu sendiri yang pilihkan.

"Saya tak tahulah. Semua cantik tapi awak jelah yang pilihkan untuk saya." Balas Aisha serba-salah.

Raid senyum saja. Dia faham yang Aisha masih segan. Nak kahwin kan...

"Dik, nak tengok yang ni jap." Ujar Raid pada penjual yang ada di hadapan mereka sedari tadi.

Raid ambil cincin yang berwarna keemasan bertakhtakan berlian kecil di atasnya.

"Cuba tengok ni. Cantik tak?" Soal Raid sambil didekatkan cincin itu pada Aisha.

"Cantik. Tapi muat ke jari saya?" Soal Aisha polos.

"Cuba dulu."

Cincin bertukar tangan dan Aisha terus sarungkan cincin tersebut ke jari manisnya belah kanan. Cantik dan sangat sesuai dengan Aisha. Lagipun Aisha putih orangnya. Pakai apapun semua nampak kena.

Tersenyum Raid bila cincin itu muat-muat dengan jari Aisha.

"Suka tak?" Tanya Raid bila melihat Aisha asyik tenung je cincin tu.

Aisha sengih sambil mengangguk. "Suka!"

"Okay. Dik, bolehlah yang ni." Terus saja Raid nak bayar. Bila pekerja cincin tu dah ke tempat lain, Aisha bisik pula pada Raid.

"Berapa harga cincin tu? Mahal tak?" Soal Aisha. Yelah, kalau mahal macam mana dia nak bayar.

Raid senyum bila Aisha bisik-bisik begini. Rasa comel pula bakal isteri dia ni.

"Jangan risau pasal tu. Biar saya yang bayar." Putus Raid.

Bila diberitahu harga cincin tersebut, terus terbuntang mata Aisha.

RM 539?!

Cuma sebentuk cincin macam tu je mahal sampai lima ratus?! Nak halang Raid dah terlambat, bila lelaki itu sudah mengeluarkan kad kreditnya.

Usai membeli, mereka sama-sama keluar dan menuju ke tempat Rania dan Abby yang menunggu mereka di satu kerusi panjang yang ada dalam mall tersebut.

"Mahallah cincin ni. Nanti saya ganti balik duit awak." Kata Aisha sambil memandang Raid di sebelah.

"Nak buat apa ganti? Cincin ni untuk awak. Hadiah daripada saya."

"Tapi semua barang tadi tu, awak yang keluar duit. Saya tak ada pun bayar walau satu barang. Tak naklah macam tu..." Rasa serba salah semakin menggunung.

"Aisha, saya tak perlu pun duit awak tu. Duit awak tu awak simpan untuk masa depan. Saya yang ajak awak kahwin, jadi biar saya yang tanggung semua ni."

Aisha kemudiannya terdiam. Nak jawab nanti takut kena marah pula.

"Papa Long! Abby lapar..." Abby terus mendapatkan Raid yang berjalan menghampiri mereka. Perut kecilnya diusap sambil memuncung.

"Alolo lapar pulak. Jomlah pergi makan kat Mcd sana tu," ajak Raid. Aisha dan Rania pun ikut saja.

Sampai di restoran Mcd, Abby meragam pula nak buang air kecil. Jadinya, Aishalah yang bawa Abby ke tandas.

"Awak nak makan apa?" Sempat Raid menyoal Aisha.

"Tak kisah. Apa-apa pun boleh." Dan Raid mengangguk sebelum Aisha dan Abby ke tandas.

Siap mengambil makanan yang dipesan, Raid dan Rania terus duduk di sebelah cermin kaca yang boleh menampakkan keadaan di luar.

Sementara menunggu Aisha dan Abby, Rania tak mahu lepaskan peluang untuk korek semua rahsia Raid.

"Along, adik nak tanya sikit boleh?"

"Boleh je. Tanya banyak pun boleh," jawab Raid tapi mata masih mengadap telefon.

"Kenapa along nak kahwin dengan Aisha?" Soalan Rania berjaya menarik perhatian Raid. Terus telefon diletak tepi.

"Apa maksud adik? Along tak berapa nak faham."

Rania tersenyum sinis. "Along nak permainkan hati Aisha ea? Kalau along kahwin dengan Aisha, Kak Maira tu apa cerita?"

Berkerut dahi Raid bila dengar soalan Rania atau lebih kepada tuduhan.

"Apa adik cakap ni? Adik ingat along jahat sangat ke?"

"Boleh je jadi jahat kalau demi kepentingan sendiri." Perli Rania, geram bila alongnya seakan cuba memutar belit.

"Adik merepek apa ni? Jangan tuduh along bukan-bukanlah." Suara Raid senada. Seakan cuba menahan debaran di dada.

"Along nak kahwin dengan Aisha sebab Kak Maira kan? Adik tahu mesti ada kena-mengena dengan Kak Maira punya. Sebenarnya, along tak ikhlas nak kahwin dengan Aisha. Along cuma nak puaskan hati along dengan hati Kak Maira. Along selfish!"

Raid terdiam seribu bahasa. Entah kenapa, dia rasa seakan terhenyak dengan kata-kata Rania kerana kalau ikutkan kesemuanya hampir betul tekaan adiknya itu.

"Adik—"

"Along dengar ni baik-baik. Kalau adik dapat tahu yang along cuba nak mainkan hati Aisha, sakitkan hati dia, adik takkan maafkan along sampai bila-bila sebab adik tak nak ada abang yang pentingkan diri sendiri. Ingat tu." perlahan tapi keras nada Rania apatah lagi figura Aisha dan Abby yang semakin menghampiri mereka.

Rania terus kawal riak mukanya untuk kembali ceria seperti tadi manakala Raid semakin terhenyak dengan kata-kata Rania.

🦄

Please vote and comments for next chapter ❤️🙏🏻

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now