32;

15.2K 626 29
                                    

Telefon yang ada di tangan, digenggam kuat. Gambar-gambar yang sempat diambil daddynya semalam sangat melukakan hati dia.

Kenapa Raid? Kenapa mesti dia?

Maira menyeka air mata yang laju saja mengalir. Suasana sejuk pada waktu malam di bumi Rusia langsung tak dihiraukan. Apa yang paling dihiraukan sekarang ialah perkahwinan Raid dan Aisha.

Dia tak faham. Kenapa mesti Aisha yang dipilih Raid? Atau mungkin Raid tercabar dengan kata-kata dia dulu? Ah, salah kau Maira! Sekarang kau yang rasa sakitnya tu.

Tak nak terus berduka, dipadam gambar-gambar yang dihantar daddynya melalui Whatsapp. Dia tak sanggup simpan, tak sanggup tengok.

Apa yang dia perlu buat sekarang? Dia memang cintakan Raid cuma dalam masa yang sama, dia cintakan kariernya sebagai doktor di sini.

"Raid..."

Tok! Tok! Tok!

Pantas kepalanya menoleh ke arah pintu bilik. Terus diseka sekali lagi air mata yang mengalir. Maira melangkah lalu membuka pintu.

"Mummy." Terus tubuh Puan Karina dipeluk. Tangisannya pecah juga akhirnya.

"Sayang, sabarlah. Jangan menangis macam ni." Pujuk Puan Karina sambil tangan mengusap rambut dan belakang badannya.

"Mummy, kenapa Raid buat Mai macam ni?" Teresak-esak Maira dipeluk Puan Karina.

"Jangan nangis. Sini, mummy nak cakap sikit." Dilepaskan pelukan lalu ditarik tangan Maira dan dibawa duduk di atas katil.

"Honestly, mummy sendiri geram dengan Raid. Sampai hati dia mainkan hati anak mummy. Dia lupa ke yang kita banyak tolong dia. Kalau bukan daddy yang tolong dia bangunkan syarikat dia tu, takde maknanya dia akan berjaya sampai sekarang. And now, he did this to you."

"Apa yang Mai kena buat sekarang mummy?"

Puan Karina menatap wajah Maira. Kesian Maira...

"Bila Mai free, Mai balik Malaysia. Mai ambil balik hati Raid. Mummy tak sanggup tengok Mai sedih macam ni." Kata Puan Karina sambil mengusap lembut rambut Maira.

"Tapi Mai tak nak jadi perampas."

"Siapa kata Mai perampas? In fact, perempuan tu yang rampas Raid daripada Mai. No matter what happen, mummy percaya yang Mai akan bahagia dengan Raid. One fine day,"

Dihadiahkan senyuman manis buat Maira. Tak sanggup dia nak tengok Maira sedih berterusan macam ni. Hanya kerana Raid, Maira patah hati. Walau apapun yang jadi, dia akan pastikan yang Maira akan kahwin dengan Raid juga.

🦄

Aisha pegang bibirnya. Masih terasa lekapan bibir Raid pagi tadi. Geram betul dia dengan perangai Raid. Pandai betul dia ambil kesempatan. Tak pasal-pasal Aisha malu gila-gila sampai sekarang.

Sekarang ni, Aisha masih bersama dengan Abby. Raid keluar menghantar Puan Sri Azalea ke mesyuarat NGO. Mungkin sekejap lagi baliklah tu.

Haih, bila Raid balik nanti, Aisha nak sorokkan muka kat mana ni? Atau nak pura-pura tidur je? Eh, tak boleh-boleh, nanti mesti Raid ambil kesempatan lagi. Bukan boleh percaya pun dia tu.

"Hah! Papa Long balik!" Suara Abby mengejutkan Aisha.

"Papa Long balik?!" Aisha turut terjerit.

Terus dia bangun dan menuju ke muka pintu. Terlibat kereta Range Rover milik Raid yang baru terparkir di garaj.

"Adui, cemana ni? Apa aku nak buat ni?" Aisha sudah ke hulu ke hilir. Tak senang duduk. Berdebar-debar.

Abby pula dah hilang keluar menyambut Papa Long kesayangannya. Hm, dah tak merajuk dah si kecil tu dengan Papa Long dia sebab Papa Long dia belikan patung unicorn baru.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now