65;

16.1K 627 30
                                    

Media;
Raid 😍

Btw, thank you for 107k!

🦄

Suasana masih lagi pagi. Baru menginjak pukul 7.30 pagi tapi Aisha sudah hampir siap. Hanya tinggal memakai tudung sahaja.

Bunyi pergerakkan di atas katil membuatkan Aisha menoleh. Raid sedang terpisat-pisat bangun tapi Aisha endahkan. Dia terus letakkan selendang hitam di atas kepala lalu dililit kemas.

Mata yang dari tadi sedikit kabur terus jelas bila melihat Aisha yang sedang berdiri di hadapan cermin meja solek. Terus Raid melihat jam dinding.

"Aisha nak pergi mana pagi-pagi macam ni?" Soalnya yang masih lagi duduk di atas katil.

"Keluar." Sepatah jawapan Aisha tanpa menoleh ke arah Raid.

Keluhan nipis dilepaskan. Raid terus bangun, mencapai tuala untuk mandi. Apa yang penting dalam fikirannya sekarang ialah isterinya. Kejadian malam tadi masih lagi segar dalam ingatannya.

Aisha memandang pantulan dirinya pada cermin. Kelibat Raid yang keluar dari bilik air sambil melangkah ke arahnya membuatkan Aisha segera mengambil beg tangannya untuk keluar dari bilik.

"Sayang..." tangannya diraih. Tak sempat dia nak keluar. Atau lebih tepat mengelak daripada Raid.

"Duduk jap. Kita bincang." Arah Raid. Dan dia serius.

Kalau masing-masing macam ni terus, sampai bila-bila masalah tak akan selesai. Aisha lepaskan nafas berat. Dia tarik semula tangannya dari terus dipegang Raid lantas berpusing memandang suaminya.

"Bincang apa?" Tanya Aisha tak beriak tapi mata langsung tak pandang Raid. Dia lebih suka memandang keadaan katil yang masih berselerak tidak berkemas.

"Jangan macam ni, please?"

"Macam mana apa?"

"Abang tak kuat tengok sayang tak tegur abang dan abang tak suka macam ni."

Aisha pandang Raid. Berkerut kedua-dua keningnya memandang suaminya. Tangan terus disilangkan di dada.

"Saya tak faham apa yang awak cuba cakap. Kalau awak rasa tak ada benda yang awak nak bincang, tak payah cakap." Ego. Ya, Aisha masih lagi ego dengan diri sendiri. Dia tahu dia tak sepatutnya membuat Raid macam ni. Entah betul ke tak salah Raid, dia sendiri tak tahu.

Tapi hatinya kuat mengatakan yang Raid ada salah padanya.

Raid mengeluh dengan kedinginan Aisha. Untuk pertama kalinya, dia melihat Aisha yang seperti ini. Aisha yang ceria, Aisha yang manja dan pemalu dah hilang.

Mungkin ini yang Aisha rasa sewaktu dia mengabaikan Aisha sewaktu Aisha keguguran dulu. Dan sekarang dia pula yang rasa. Tapi apa sebab yang membuatkan Aisha jadi macam ni?

"Kenapa Aisha dingin dengan abang? Abang salah apa pada Aisha? Bagitahu abang, jangan senyap macam ni." Pinta Raid sambil cuba untuk meraih tangan Aisha. Ironinya, Aisha tak menolak saat tangannya digenggam Raid.

"Awak ada jawapannya. Saya tak nak bagitahu kenapa saya macam ni sebab awak tahu sendiri." Jawab Aisha senada.

Semakin pening Raid dibuatnya. Kuat betul kiasan Aisha sampai dia tak faham satu apa pun dari malam semalam.

"Boleh tak Aisha terus terang je. Jangan berbelit macam ni. Abang tak ada masa nak fikir." Suara Raid sudah bertukar nada. Seakan tahap kesabarannya hampir nipis.

Melihatkan Raid yang seakan teruji kesabarannya, Aisha tarik semula tangannya. Dia tak terkesan langsung dengan kata-kata Raid.

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now