14;

14.5K 691 9
                                    

Hari ini hari Sabtu. Jadi, Aisha cuma bermalas-malasan di rumah sambil melayan Dayyan. Tapi bila cuti dua harini, rindu pula dia pada Abby. Kalau boleh nak je skip hari Ahad tu terus ke Isnin.

Boleh ke tak? Huhu

"Maksu, jom main lumba kereta. Ni kereta maksu." Dayyan meletakkan sebuah kereta mainan berwarna hitam di tapak tangan Aisha.

"Alah, asyik main lumba kereta je. Main lainlah,"

Dayyan memuncung. Sebenarnya, mainan kereta ni jelah yang dia ada. Kata mama, Dayyan dah besar tak boleh lagi nak main mainan. Tapi bila dia tengok kawan-kawannya bermain beyblade, dia pun nak main juga.

Agak-agak kalau minta Maksu belikan, boleh tak?

"Aiyan ada mainan ni je. Aiyan nak beyblade." Dayyan berbisik bila mengatakan permainan beyblade. Tak mahu ada yang mendengar padahal hanya mereka berdua di ruang tamu. Suria masih di bilik tidurnya.

Berkerut dahi Aisha. Dia tahu apa itu beyblade tapi cara Dayyan berbisik ni yang pelik.

"Suruhlah mama atau papa Aiyan beli."

Dayyan terus menggeleng laju.

"Mama taknak bagi Aiyan main beyblade. Kata mama, kalau Aiyan ada beyblade, Aiyan tak belajar."

Kesian pula Aisha mendengar kata-kata Dayyan. Dayyan baru saja berusia 8 tahun. Jadi tak hairanlah untuk kanak-kanak lelaki seumur Dayyan yang mahukan permainan seperti itu. Sekurang-kurangnya, boleh kurangkan permainan gajet. Kalau main beyblade, mungkin masih boleh diawasi lagi.

Aisha mengusap kepala Dayyan yang tampak sedih itu. "Tak apa. Maksu janji Maksu akan belikan Aiyan beyblade. Tapi, dengan syarat."

"Hah? Apa?" Terus besar anak mata Dayyan seakan peluangnya untuk memiliki beyblade akan tercapai.

"Peperiksaan pertengahan tahun, Aiyan mesti dapatkan nombor antara 1,2 atau 3. Boleh?" Aisha senyum sambil merenung Dayyan yang turut tersenyum.

Laju Dayyan menganggukkan kepalanya. "Boleh, boleh. Aiyan janji." Siap diangkat lagi tangan kanannya seolah sedang berikrar. Ketawa Aisha dibuatnya.

"Apa yang boleh tu?" Perbualan mereka terhenti saat suara Farid menyapa.

Dayyan terus meletakkan jari telunjuknya di bibirnya sendiri, meminta supaya Aisha tidak memberitahu perkara sebenar. Aisha senyum sambil kenyit mata.

"Tak ada apa. Ni abang dari mana?" Soal Aisha yang terus sahaja menukar topik.

Farid melepaskan lelahnya di atas sofa. "Harini kan abang ada extra class dengan student Year 6."

Aisha 'oh' kan saja.

"Mana Kak Su?"

"Bilik dia kot." Jawab Aisha acuh tak acuh. Dia terus melayan Dayyan bermain kereta.

"Abang rasa macam dah lama tak berborak dengan adik abang ni," ujar Farid seraya menghentikan perbuatan Aisha. Terus Aisha pandang tepat ke wajah Farid.

"Yeke?" Soal Aisha ragu-ragu.

"Ya... since Aisha dah kerja ni, macam jarang kita nak spend time sesama. Minggu lepas, memang abang busy gila dengan training kawad. Balik nak dekat Maghrib. Aisha pulak lepas balik kerja mesti berkurung dalam bilikkan? Pastu esok pagi abang tak dapat jumpa Aisha sebab abang pukul 6:30 abang dah gerak pergi sekolah." Panjang mukadimah Farid sampai Aisha naik blur jadinya.

Kemudian, terlepas tawa Aisha setelah memproses kata-kata Farid.

"Alah, abang ni... baru seminggu. Bukannya berbulan ke bertahun ke." Balas Aisha sambil mencebikkan bibirnya.

"Memanglah. Tapi seminggu tulah abang rindu kat Aisha."

Tanpa mereka sedar, Suria sedang mencuri dengar setiap perbualan mereka di sebalik dinding yang memisahkan tangga dengan ruang tamu. Dia baru nak turun jumpa suaminya, tapi tertangkap pula perbualan mereka.

Tapi bila dengar yang Farid mengatakan rindu kepada Aisha, makin sakit hatinya. Panas je telinganya dengar ayat itu. Dengan hati yang mendongkol geram, terus dia berlalu semula ke atas dan naik ke bilik.

Sementara itu, Aisha terus membuat aksi 'nak muntah' bila Farid kata yang dia rindukannya. Tak pepasal Farid ketawa dan terus ditolak pipi Aisha ke sebelah kiri.

"Gelilah nak rindu-rindu. Euuu...."

"Hei, Aisha. Abang rindu nak gaduh dengan Aisha tau." Balas Farid bersama dengan sisa tawanya.

"Macam budak-budaklah abang. Gaduh betul-betul karang, padan muka!"

Farid sekadar ketawa saja. Sampaikan Dayyan pun naik pelik dengan sikap papanya yang macam budak-budak itu.

Suria yang berada di dalam bilik makin sakit telinganya bila mendengar suara ketawa Farid di bawah. Terus telefon yang masih bercas, dicabut casnya lalu mendail nombor telefon Puan Sarimah.

"Hello, mak." Sapa Suria terlebih dahulu apabila panggilan telefonnya dijawab.

"Ya, ada apa kau telefon mak? Jarang kau nak telefon mak. Ada apa ni?"

"Mak, orang rasa apa yang mak cakap pasal suami orang dengan si Aisha tu, betullah." Perlahan saja suara Suria sambil mata mengerling ke pintu bilik.

"Hah? Maksud kau, diorang tu ada apa-apa? Macam tu?" Terkuat suara Puan Sarimah dari corong telefon.

"Ya, mak. Tadi orang dengar Farid cakap rindu-rindu dekat Aisha. Sakit sangat hati orang mak. Tadi tu, nak je orang sergah diorang tu. Hish, geram betullah!"

"Sabar, Su. Mak tahu apa nak buat."

Terdiam Suria dibuatnya. "Mm— maksud mak?"

Puan Sarimah ketawa di corong talian. "Kalau kau sayangkan Farid, kau datang rumah mak bila-bila masa je. Mak nak ajar kau sesuatu."

"Mak nak ajar orang apa?"

"Hish, kau ni. Datang jelah rumah mak. Tu pun, kalau kau nak Farid sayangkan kau, berpaling pada kau dan dengar semua cakap kau."

Lama Suria diam sebelum tiba-tiba dia terdengar derapan kaki yang seakan menuju ke bilik tidurnya.

"Mak, mak. Okaylah. Papehal orang bagitahu mak. Bye," terus dimatikan talian dan disembunyikan telefonnya di bawah bantal.

"Eh, Su. Awak buat apa dalam bilik ni? Kenapa tak turun bawah?" Soal Farid sambil membuka jam di tangan sambil diperhatikan Suria.

"Nak turun tadi tapi tak jadi bila dengar abang ketawa-ketawa dengan Aisha. Nampak happy betul abang ea." Perli Suria.

"Aik? Mestilah saya happy. Dah seminggu saya tak spend time dengan Aisha. Awak cemburu ea?" Teka Farid sambil tersengih memandang Suria.

"Tak ada maknanya nak cemburu." Balas Suria, angkuh. Dipalingkan wajahnya ke tempat lain. Sakit pula hati melihat senyuman Farid. Senyuman yang seakan mengejeknya.

"Dah tu, yang awak cakap pasal saya dengan Aisha, kenapa?"

"Tak ada apalah!"

"Pulak?"

Suria mendengus geram sebelum menghempas tubuhnya di atas katil dan berbaring membelakangi Farid.

"Awak ni Suria. Baring pulak. Dah solat Zohor belum?" Soal Farid namun Suria diam tidak menjawab.

"Suria..."

"Saya cutilah. Tak boleh solat." Keras nada suara Suria.

Akhirnya, Farid sekadar mampu menggelengkan kepalanya saja.

🦄
Oh my god! Thanks for 1k readsss! 🙌🏻😭👏🏻😘😘 And guess what happen to Suria dengan mak dia? Apalah yang mak dia nak ajar Suria kan? Mak dia nak ajar resepi masak untuk pikat lagi hati Farid kot? 🤭
Who knows right? 🤣

Andddd please please hit the STAR BUTTON and COMMENT okay! 😬

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now