63;

13.5K 506 23
                                    

Aisha sampai di tempat yang diberitahu oleh Maira. Kaki melangkah masuk ke dalam restoran yang agak padat pada waktu pagi-pagi begini.

Meliar matanya mencari susuk tubuh Maira dan bila perasan yang Maira mengangkat tangannya, Aisha lorekkan senyuman nipis sebelum melencongkan kaki ke arah Maira.

"Assalamualaikum, kak." Sapa Aisha ramah. Terus tangan dihulur untuk bersalaman.

"Walaikumsalam, duduklah."

Aisha angguk perlahan seraya melabuhkan duduknya di hadapan Maira.

"Aisha dah sarapan? Nak akak orderkan?"

Pantas Aisha menggeleng lantas tersenyum. "Tak apa, kak. Aisha dah sarapan kat rumah." Maira sekadar mengangguk.

Suasana kembali senyap antara mereka sambil Aisha memerhatikan Maira yang menghabiskan dua keping roti bakar. Tak pasti apa tujuan Maira untuk berjumpanya hari ini.

"Akak tak kerja harini?" Aisha memecahkan kesunyian antara mereka. Janggal apabila keadaan mereka senyap sahaja.

"Akak off harini. Tak ada kawan nak ajak lepak tu yang akak ajak Aisha. Aisha tak kisahkan?"

Aisha geleng sambil tersenyum. Kalau betul Maira memang tak ada kawan untuk menemaninya, Aisha tak kisah pun kalau jadi kawan yang menemani Maira.

"Macam mana keadaan Aisha sekarang?" Soal Maira setelah selesai menghabiskan sekeping setengah roti bakar.

"Alhamdulillah, sihat macam selalu."

Maira senyum nipis. Bukan itu yang dia nak dengar. Dia nak dengar benda yang sebaliknya.

"Selepas Aisha keguguran, keadaan Aisha macam mana?"

Sedikit tersentak Aisha dengan soalan Maira. Kejadian hitam yang berlaku dalam proses untuk Aisha lupa. Aisha tak mahu ingat lagi. Kejadian yang menyebabkan dia hilang satu-satunya bukti cintanya pada Raid. Kejadian hitam dan pahit yang menyebabkan hubungannya dengan Raid renggang waktu itu.

Aisha senyum pahit. Perit apabila dibuka semula kejadian itu. "Okay. Aisha okay. Aisha dah tak nak ingat dah pasal tu. Aisha nak buka buku baru."

Berkerut dahi Maira sambil mata dikecilkan memandang Aisha.

"Semudah tu ke Aisha nak lupakan?" Seakan memerli, Aisha berkerut kedua kening. Apa maksud Maira?

"Maksud akak?" Aisha menyoal polos.

Maira seakan terlepas senyuman sinis. Dia pasti Aisha belum tahu satu lagi perkara. Ops, bukan satu tapi dua.

"Well, Aisha kan tak boleh mengandung lagi after keguguran. Raid tak bagitahu ke? Umi atau Rania tak bagitahu Aisha ke?" Tersungging senyuman mengejek dari Maira saat melihat wajah Aisha.

Aisha terpempan. Tegak terus tubuhnya saat mendengar kata-kata Maira. Entah kenapa, hatinya seakan dicucuk-cucuk. Sakit!

"Akak nak cakap apa sebenarnya?" Aisha cuba tahankan hati. Tak nak percaya bulat-bulat.

Terlepas tawa kecil dari bibir Maira. Lantas kedua-dua tangan disilangkan ke dada.

"So, betullah Raid tak bagitahu Aisha lagi pasal ni? Sampai hati Raid tak bagitahu benda yang sepatutnya Aisha tahu. Aisha dah tak boleh mengandung tau. Aisha kena tahu tu."

Aisha terkaku sekali lagi. Kata-kata Maira memeritkan lagi hatinya. Dia rasa ingin pergi dari situ lantas dia menolak kerusi ke belakang untuk bangun tapi Maira cepat sahaja menghalang.

"Ada lagi benda yang Aisha kena tahu." Kali ini, serius  suara Maira menjadikan Aisha terus memandang Maira tajam.

"Apa lagi?" Keras nada suara Aisha. Dia dah tak betah duduk di situ. Kalau lambat lagi dia duduk sini, memang habis muka Maira dikerjakan.

"Eh, akak baru perasan yang Aisha dah pakai tudung. Sejak bila?"

Semakin tak faham Aisha dengan sikap Maira. Apa sebenarnya yang perempuan ni nak, hah?

"Baru, kak." Aisha jawab acuh tak acuh.

Maira mencuikkan bibir bawahnya seakan mengejek. Sibuk nak pakai tudung. Tapi aku lagi cantik dari dia. Maira senyum sinis dalam diam.

"Apa lagi yang akak nak cakap? Saya nak balik." Aisha sudah menukar panggilan 'Aisha' ke 'saya'. Perasaannya sedikit membara.

"Akak tak ada niat untuk buat Aisha marah but Aisha kena tahu pasal ni."

Ish, sakitnya hati Aisha bila Maira cakap sekerat-kerat macam ni. Tak boleh ke dia terus terang atau straight to the point sahaja?

"Eh, akak tak rasa yang akak nak cerita pasal ni kat Aisha. Better Aisha tanya sendiri dengan Raid apa yang jadi antara kami."

"Kau nak cakap apa sebenarnya? Kau ingat aku ada masa ke nak main-main?" Aisha sudah hilang sabar. Kalau diikutkan hati yang sedang membara, nak sahaja dia hentak meja ni kuat atau simbah air teh panas atas kepala Maira.

Maira langsung tak beriak. Dia langsung tak terkejut dengan perubahan bicara Aisha padanya. Kerana dia sedar pancingnya untuk membuat Aisha marah akhirnya terkena.

"No... but kau kena tahu, Aisha. Aku masih cintakan Raid. And i'm pretty sure yang Raid pun masih cintakan aku."

"Buktinya?"

Maira tersenyum sinis sambil menoleh ke tempat lain. Tangan masih lagi menyilang di dada. Sangat angkuh perbuatannya.

Aisha genggam tangannya di atas meja sehingga urat-urat di tangan mulai timbul. Aisha lama tak marah. Kalau dia hidupkan balik Aisha 'yang lama', memang habis Maira ni.

"Buktinya, kau boleh tanya sendiri dekat Raid. Sebab apa dia kahwin dengan kau, sebab apa dia rahsiakan benda yang sepatutnya kau kena tahu dan apa yang jadi antara aku dengan Raid masa kau kat hospital."

Aisha tahankan hati. Sakit. Sangat sakit. Gigi dikertap kuat menahan rasa sakit hati.

Tak mahu terus dipsiko oleh Maira, terus Aisha capai beg tangannya dan berlalu dari situ dengan perasaan yang bercampur baur.

Masuk sahaja di dalam kereta, Aisha terus menjerit sekuat hati sambil tangan menghentak-hentak stereng dengan kuat. Akhirnya, air mata yang ditahan sedari tadi jatuh juga.

"Ya Allah... apa lagi yang kau nak uji aku?" Tersedu-sedan dia menangis. Memang dia tak mampu untuk menahan lagi air mata yang sentiasa mahu keluar bagai hujan.

Seluruh tubuhnya menggigil. Kedua-dua tangannya terketar-ketar menahan rasa sedih yang teramat dalam.

Kepalanya dah pening mencucuk-cucuk. Tak mahu terus dibuai rasa sedih, Aisha hidupkan enjin kereta. Dia masih lagi tersedu-sedan.

Biarlah. Biarlah dia tanya sendiri Raid perkara yang sebenar. Biar dia tahu apa yang berlaku walau dia tahu peritnya pasti diterima saat dia mahu Raid berlaku jujur nanti.

🦄

Maira psiko kan?

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now