35;

15K 617 7
                                    

Laci kecil dibuka perlahan. Sekeping gambar diambil dari selitan beberapa helai kertas. Gambar yang memberi satu rasa dalam diri Puan Sri Azalea.

"Memang tak salah lagi..." bergetar suaranya sambil jari mengusap gambar tiga orang yang ada dalam gambar itu.

"Is... Kak Long dah jumpa Rara... Kak Long dah jumpa dia. Kak Long yakin dia memang Rara yang kita cari." Air mata jatuh menitis di atas gambar. Matanya kabur melihat gambar yang ada dalam tangannya.

Sebenarnya, perkahwinan Ismail dan Naurah ditentang oleh arwah bonda dan abahnya disebabkan perbezaan darjat dan kedudukan. Waktu itu pula, Ismail dan Naurah baru dikurniakan cahaya mata iaitu Rara. Rara yang waktu itu berumur baru 6 bulan, dibawa lari oleh Naurah atas sebab Naurah tak tahan dengan kata-kata cacian daripada ibu bapa mertuanya.

Dan hampir tepat ialah bila nama Aisha sama seperti nama anak Ismail dan Naurah. Puan Sri Azalea tak rasa yang ianya kebetulan pada waktu itu. Lebih-lebih lagi wajah Aisha yang hampir sama dengan wajah arwah Ismail.

Lebih menepati setiap tekaan Puan Sri Azalea bila nama arwah ibu dan ayah angkat Aisha serta nama ibu bapa kandungnya sama. Terlalu sama.

Sekali lagi, dia yakin yang ianya bukan kebetulan. Ianya adalah satu kebenaran yang lama dia cari. Hanya yang tinggal untuk memastikan yang ianya betul-betul tepat ialah Farid. Farid yang tahu segalanya.

Puan Sri Azalea yakin itu.

🦄

"Adik, umi mana?" Soal Raid sambil melabuhkan duduk di sebelah Rania.

Rania menoleh sekejap ke arah Raid.

"Dalam bilik. Rehat agaknya."

"Oh,"

Rania pandang alongnya di sebelah. Aisha dan Abby berada di luar. Memang biasanya waktu-waktu petang begini, Abby akan bermain basikal di laman rumah.

"Along tak nak bawak Aisha pergi honeymoon ke?" Soal Rania sambil mengunyah kerepek pisang yang dibuat Aisha tengah hari tadi.

"Along ada terfikir jugak. Sementara along cuti ni kan. Adik rasa tempat mana yang best?"

"Tanya adik pulak. Alonglah yang kena cari sendiri. Nak pergi honeymoon mestilah kena pergi tempat yang indah-indah, tempat yang boleh menjadi kenangan untuk kita. Haa gituuu." Jawab Rania sambil tergelak.

Raid turut ketawa. Tiba-tiba timbul idea nak mengusik Rania. Raid tahu yang Rania sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap seseorang. Seseorang yang rapat dengan keluarga mereka.

"Kalau adik, adik nak pergi mana kalau adik dah kahwin?" Tanya Raid. Tangannya turut sama mengambil kerepek pisang.

"Kalau adiklah kan, adik nak pergi Auckland." Jawab Rania sambil wajahnya seakan berangan yang satu hari nanti dia berjaya ke Auckland.

"Nak pergi dengan sama? Dengan Ikmal?" Usik Raid.

Rania terus menoleh ke arah Raid. Berkerut dahinya memandang Raid.

"Apahal Ikmal pulak ni? Tak ada kena mengena okay dengan dia!" Marah Rania. Hujung bibirnya sudah memuncung tak puas hati.

"Eleh, ingat along tak tahu ke yang adik suka kat Ikmal."

"Mana ada! Jangan nak pepandai ea!" Rania sudah blushing bila diusik begitu.

"Eleh, eleh..." Raid semakin galak mengusik. Sedangkan Rania sudah memandang abangnya kecil besar kecil besar. Geram betul!

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now