15;

14.5K 681 6
                                    

Media;
Raid 😍

Sementara menunggu Abby menyelesaikan aktiviti mewarnanya, Aisha berjalan melihat gambar-gambar keluarga Raid yang terletak di satu sudut yang memang dikhaskan untuk gambar-gambar keluarga mereka.

Puan Sri Azalea tiada di rumah kerana mengikuti badan NGO yang memang sentiasa disertainya dari dulu lagi. Kalau dulu, waktunya untuk meluangkan masa bersama dengan badan NGO itu amat terhad memandangkan Abby tiada siapa yang jaga. Namun, sejak kehadiran Aisha, barulah Puan Sri Azalea berkesempatan ke sana.

Satu gambar milik Raid dicapai Aisha. Gambar Raid bergambar di tepi laut dengan memakai topi di kepala. Seakan gambar candid. Hensem! Tersenyum Aisha sendirian.

"Kak Aisha!" Panggilan dari Abby mengejutkan Aisha. Terus diletak semula gambar tersebut dan kembali ke ruang tamu.

"Kenapa Abby?" Dilabuhkan duduknya di sebelah Abby.

"Abby dah siap colour-colour. Abby mengantuk." Kata Abby. Belakang tangan kanannya naik menggosok mata menunjukkan yang dia memang sudah mengantuk.

Aisha kerling jam besar di dinding. Sudah pukul 3.30 petang. Selalunya waktu macam ni memang Abby suka tidur. Patutlah mengantuk semacam.

"Okay." Aisha senyum lalu mengambil bantal kesayangan Abby dan diletakkan di atas karpet yang fluffy itu. Abby terus sahaja membaringkan badannya di situ.

Memang dah jadi kebiasaan untuk Abby tidur di ruang tamu saja sebab senang untuk Aisha pantau keadaan dia.

Abby sudah terlelap. Aisha pula mengemas semula peralatan mewarna Abby dan disimpan di dalam laci meja di depannya. Namun, matanya menangkap sebuah majalah E-Hiburan yang berada di dalam laci itu.

Dicapai majalah itu kerana ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Gambar Raid dan seorang perempuan. Paling pelik sekali bila headline majalah tersebut.

Perhubungan jarak jauh antara ahli perniagaan terkenal, Raid Haris Tan Sri Khalid dan Dr. Maira Safira.

Edisi 2018.

Terus diselak ke halaman yang menunjukkan artikel tentang mereka berdua. Dibaca setiap perkataan dengan tekun.

"Kami masih berhubungan tapi belum terfikir untuk ke peringkat seterusnya. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua." - Raid Haris Tan Sri Khalid.

Haih, tiba-tiba pula masuk habuk mata ni. Tak tahu pula dia yang crush dia dah ada teman wanita. Hm, tapi crush mana yang tak ada teman wanita, kan?

Aisha mula mencebikkan bibir. Tak sangka bosnya itu sudah berpunya. Cantik pula tu dan bertudung. Seorang doktor lagi. Kalau nak dibandingkan dengan dia, macam langit dengan bumi.

Dia cumalah gadis biasa-biasa yang diambil oleh keluarga lain dan dijadikan anak angkat. Belajar pun takat diploma je. Lepastu, macam lelaki sikit. Tak macam perempuan Melayu terakhir macam Dr. Maira Safira tu.

Haih, terserlah betul jarak Aisha dengan gadis ini.

Aisha simpan semula majalah tadi di tempat asal. Punah jugalah harapannya. Berkecai jugalah hatinya sekarang ni. Alahai Aisha, nak memiliki lelaki sehebat Raid tu, dalam mimpi jelah. Jadi pekerja Raid pun sudah cukup bangga dah dia.

🦄

Bila dihitung dari hari pertama sampai hari ini, tak sangka dah masuk sebulan dia menjadi pengasuh buat Abby. Mengenali Raid dan keluarganya cukup membanggakan Aisha, lebih-lebih lagi dia sudah dianggap seperti keluarga itu sendiri.

Tapi yang lebih merunsingkan Aisha bila sejak dua menjak ini, Farid seakan sudah berubah. Abangnya nampak kurus dan seakan lemah tak bermaya. Seakan hidup tapi mati. Lepastu, senyap je tak macam dulu.

Suria jangan cakaplah. Hari-hari nak dijelingnya si Aisha. Entah apa salah Aisha, dia sendiri tak tahu.

"Jauh termenung?" Sempat Rania menepuk perlahan bahu Aisha yang duduk di atas buaian. Abby pula sibuk mengacau TokMinya yang sedang menyusun pasu bunga di laman sana.

Tersenyum Aisha dibuatnya.

"Mana ada termenung."

"Eleh, tipulah. Mesti teringatkan boyfriend ni." Rania mengusik sambil disenggolkan bahunya ke bahu Aisha. Terlepas tawa Aisha.

"Bukanlah. Saya tengok Abby lah." Balas Aisha, meyakinkan.

Rania mencebik sambil mengiyakan. Matanya melilau ke dalam mencari kelibat abangnya.

"Along belum balik lagi ke?" Soal Rania.

"Belum lagi."

Berkerut dahi Rania. "Pelik. Padahal tadi dia yang keluar dulu dari kita tau. Tapi kita yang balik awal daripada dia."

Aisha tersenyum nipis. Yang seronoknya bila Rania menganggapnya persis seorang kawan baik. Langsung tak sombong macam sesetengah anak orang kaya yang lain.

"Kata umi, along Rania pergi ambil... siapa entah." Aisha sudah lupa. Ternaik kening Rania dengan kata-kata Aisha.

Along ambil siapa? Cuba diingat semula kalau-kalau umi atau alongnya ada memberitahu sesuatu sebelum ini.

"Oh! Ingat-ingat! Along pergi ambil Kak Maira dekat airport."

Dengar sahaja nama Maira, berdebar hati Aisha dibuatnya.

"Mm— Maira? Siapa tu?" Soal Aisha, mahukan kepastian. Atau lebih tepat lagi, jawapan.

Dan tiba-tiba sahaja Rania membuat muka menyampah sambil merengus seakan tak suka dengan soalan Aisha.

"Sebut nama dia pun rasa macam... urgh!" Dibuat aksi nak muntah sehinggakan Aisha terlepas tawanya melihat Rania begitu.

"Kenapa?" Soal Aisha yang masih dengan sisa tawanya.

"Kak Maira tu sepupu kitorang. Belah arwah babah. Dia memang rapat dengan along sampaikan semua orang ingat diorang ni ada apa-apa. And along pulak memang terkenal, jadi media pun sukalah usik-usik diorang tu. Tapi kan..." Rania jeda seketika sambil melemparkan pandangannya ke depan.

Aisha mula kerut dahi. "Tapi apa?"

"Haih, dia tu sombong. Kita dengan Abby sebenarnya tak suka dia. Dia cuma nak dengan along je. Tahulah dia tu cantik, doktor dekat Rusia sana tapi tak payahlah nak sombong sangat." Ada nada kegeraman yang diluahkan Rania.

Aisha sekadar diam sahaja. Tak tahu nak balas apa. Rasa tak sabar pula nak jumpa Dr. Maira ni.

🦄

Suprise! Rindu tak?! 🤣

Okay another suprise! Watak baru... Dr. Maira Safira! Who's excited nak jumpa dia? Hahahaha 🤣🤣

Btw, please vote and comments! Support saya please 🙏🏻

Thank you! ❤️

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now