24;

14.3K 616 8
                                    

Media;
Raid 😻

Songkok diletakkan di atas meja kecil yang terletak di sudut bilik. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib. Tadi petang dia dah beritahu umi bahawa ada sesuatu yang ingin dibincangkan.

Dengan masih berkain pelikat, Raid turun menuju ke ruang dapur. Kedengaran suara Puan Sri Azalea dan Aisha yang sedang berborak sambil menyediakan makan malam.

Bila terpandangkan wajah Raid, terus Puan Sri Azalea menghentikan perbuatannya.

"Haa, along. Tadi kata nak bincang sesuatu dengan umi. Apa dia?" Soal Puan Sri Azalea terus tanpa menunggu lagi.

Raid jeling sekejap ke arah Aisha yang masih tekun memanaskan lauk petang tadi. Dia tahu yang Aisha pura-pura sibuk.

"Kita bincang lepas makanlah umi." Ujar Raid dengan senyuman.

Puan Sri Azalea sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. Tertanya-tanya juga dia tentang perkara yang ingin dibincangkan oleh anak terunanya ini.

Selesai menghidangkan lauk-pauk untuk makan malam mereka, Aisha ke ruang tamu untuk memanggil Abby yang masih sibuk dengan buku mewarnanya.

Usai makan malam, Raid terlebih dahulu ke ruang tamu sementara menunggu Puan Sri Azalea dan Aisha yang masih sibuk di dapur.

Sempat Raid bergurau senda dengan Abby. Namun, dalam fikirannya sedang menyusun ayat untuk memberitahu tentang rancangannya untuk menikahi Aisha.

Dia sendiri buntu tentang perkara ini. Dirasakan ianya terlalu terburu-buru untuk bernikah. Sudahlah dengan Aisha, pengasuh Abby dan Aisha juga masih muda.

Tapi bila terkenangkan apa yang Maira cakapkan padanya dua minggu lepas semasa dia menghantar gadis itu ke airport, automatik sakit hatinya. Ni semua gara-gara Maira. Kalau bukan Maira yang mencabar dia untuk mencari calon isteri, pasti dia tak terfikir untuk mengheret Aisha dalam masalahnya.

Flashback

Keadaan di dalam kereta hanya ditemani dengan celoteh penyampai radio Hot Fm itu. Lagi 30 minit untuk dia sampai di airport. Sesekali Raid mencuri pandang ke arah Maira yang sekadar membuang pandangan ke hadapan.

Tak tahulah kenapa janggal pula keadaan mereka sekarang ini. Selalunya, ada saja yang ingin dibualkan gadis di sebelahnya itu.

"You ada apa-apa nak cakap ke?" Soal Raid memecah kesunyian mereka.

Maira pandang Raid sekejap.

"Kenapa?" Soalnya semula.

"Tak adalah. Selalunya ada je benda yang you nak bualkan, tapi harini you diam je. Ada problem ke?" Tanya Raid lagi.

Maira hela nafas perlahan.

"I tengah runsing sekarang ni. Bulan ni dah banyak kali pihak media call family i tanya pasal kita. I sampai naik pening, tak tahu nak bagitahu apa dah." Luah Maira.

Berkerut dahi Raid. "Pihak media call you? Diorang nak tahu apa lagi? I ingatkan diorang dah senyap dah pasal ni."

Bukan Yang Sempurna.Where stories live. Discover now