🎭13🎭

3K 138 11
                                    

Joe mengeluh memandang Aryana yang tidur di atas katil yang empuk itu. Rasa bersalah mula terbenak di dalam hatinya kerana telah memukul gadis itu dengan teruk sekali

Aryana dilanda demam panas selepas doktor peribadi Joe datang memeriksanya. Luka tembakan di lengannya sudahpun dijahit dan luka pukulan dari Joe sudah dibersihkan

" Sorry doll"

Joe mengusap-ngusap rambut Aryana. Bahang panas dari dahi Aryana terasa di tangan sasa Joe.

Sehelai tuala kecil diambil dan dibasahkan lalu diletakkan di atas dahi Aryana.

Aryana merengek kerana tidak selesa namum Joe terus meletakkan tuala kecil itu di dahi Aryana

" No doll , you need this!" Aryana berhenti merengek apabila mendengar suara tegas Joe. Dia tidak berani membuka matanya untuk memandang lelaki itu

" I'm sorry doll" Joe mengucup dahi Aryana sebelum keluar dari bilik meninggalkan Aryana yang terbaring lemah di atas katil itu untuk memberi ruang kepada gadis itu merehatkan diri

Tanpa sebarang bunyi, air mata Aryana mengalir. Dia tak larat dan tak berdaya untuk lari dari cengkaman lelaki psiko itu. Yang dia tahu, dia perlukan adiknya dan ibunya

Joe duduk di ruang tamu sambil termenung jauh. Fikirannya melayang wajah merah Aryana yang menangis ketika dia memukul gadis itu.

" Joe?? Ada orang serang kawasan kita" ujar Kris. Dia tahu kawannya sedang serabut dengan apa yang berlaku kepadanya

" siapa serang kawasan kita?"

" Crocodile gang"

Joe tersenyum sinis. Kumpulan buaya itu tidak habis menganggu kawasannya. Tahun lepas kumpulan itu sudah kalah teruk, sekarang sudah berani buat hal

" Kalau kau tak boleh pergi tak apa. Aku dengan Zack boleh uruskan geng tuh"

" Tak apa, aku pergi. Kau tolong tengokkan Aryana dalam bilik tuh. Jangan lupa bagi dia makan. Biar aku dengan Zack jer uruskan" Joe bangun dan pergi ke bilik pejabatnya. Baju kalis peluru dipakai dan pistol diselitkan di tepi.

Joe turun ke bawah, semua anak buahnya dan Zack sedang bersiap sedia menunggunya. Semua sudah lengkap bersenjata

" Erm..lupa aku nak bagitau. Kau kena masak sendiri untuk Aryana. Masak sedap² kesian doll aku nanti" arah Joe. Kris hanya buat muka cemberutnya. Ingat dia tak reti masak ker

Setelah Joe dan anak buahnya pergi meninggalkan perkarangan mansion itu, Kris terus pergi ke bilik Aryana untuk memeriksanya

Tok...tok..

Kris mengetuk pintu, namun tiada sahutan kepadanya yang dia dengar hanya tangisan di dalam bilik itu

Kris membuka pintu bilik itu perlahan, kelihatan Aryana menangis sambil memeluk lutut

" Hey...kenapa kau menangis?" soal Kris dengan nada lembut. Dia risau Aryana akan takut kepadanya

Aryana mengesot ke belakang apabila Kris duduk di birai katil. Dia takut dengan lelaki itu.

" Aku tak apa²kan kau. Kau lapar ke tak?"

Aryana mengangguk kepalanya

" Sekejap aku turun masak? Kau pergi mandi. Nanti aku bawak naik makanan kau tak payah turun" ujar Kris lalu keluar dari bilik itu

Aryana bangun perlahan-lahan, kepalanya pening kerana asyik menangis. Dia masuk ke dalam bilik air dengan berhati-hati






   Kris hanya duduk termenung di dapur. Dia buntu hendak masak apa untuk Aryana

Peti sejuk di buka berkali-kali mencari bahan masakan.

" harap jer rumah besar tapi peti ais kosong" kutuk Kris

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Aplikasi food panda dibuka

" nak order apa ehh?" Kris buntu

" Arghh!?? Order bubur jer lah?" Kris memesan bubur ayam untuk Aryana

Dia duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen sementara menunggu rider food panda datang memghantar makanan

Ting tong....ting tong....

Kris membuka matanya, hampir 30 minit dia terlelap. Dia menuju ke pintu. Kelihatan seorang perempuan memakai baju warna pink sedang membelakanginya memandang suasana rumah itu

" Ehem..!?" Kris berdehem menarik perhatian gadis itu.

" Ouh?! Maaf Encik...Kau!!!!" terkejut perempuan itu melihat lelaki di hadapannya itu

" Kau?!" Kris mengecilkan matanya memandang wajah perempuan itu

Perempuan yang telah melanggarnya tempoh hari kerana lewat menghantar makanan. Namun perempuan itu hanya pergi meninggalkannya begitu sahaja tanpa sebarang maaf. Nasib bodyguards yang lain datang menolongnya

" Nah bubur Encik?!" gadis itu mengulur bekas berwarna pink kepada lelaki itu

Kris terpaku, dia tidak dapat mengalihkan matanya daripada wajah gadis itu

" Encik? Encik?!" jerit gadis itu membuatkan Kris terkejut

" Ehh..mana bubur aku. Dah lah datang lambat" Kris terus merampas bekas itu daripada gadis itu.

Kelihatan gadis itu tengah menahan marah

" Ehh?! suka hari Encik jer kata saya datang lambat. 30 minit saya tekan butang tuh. Ingatkan dah pekak" marah gadis itu

" Rumah besar otak kecil.." gadis itu terus meninggalkan Kris yang terpaku itu

" wehh?! Duit" jerit Kris apabila melihat gadis itu hendak melangkah keluar daripada mansion itu.

" Tak payah?!!! Aku ikhlas!! Nih bayaran aku langgar kau harituh?!" jerit gadis itu lalu menjelirkan lidahnya kepada Kris. Kris hanya ketawa melihat telatah gadis itu

" Comel....."




ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now