🎭35🎭

2K 126 6
                                    

Aryana senyap di meja makan. Kalau diikutkan dia dah lari dari meja makan itu. Demi menjaga nama baik majikannya dia terpaksa. Joe pula tidak habis memandangnya.

Makanan yang dimakan pula sangat perit ditelan. Wahyu perasan perubahan daripada Aryana memandang gadis itu dengan penuh risau.

" Aryana awak okay?" Wahyu bertanya lembut

" Sa..saya okay je" senyuman manis dihadiahkan kepada Wahyu

Joe tersenyum sinis melihat kegusaran Aryana. Tahu takut. Fikiran nakalnya mula terbit untuk mengusik gadis itu.

Kakinya naik mengusap kaki Aryana disebalik kain yang dipakai. Terus tubuh gadis itu kaku apabila terasa sesuatu mengusap kakinya.

" Maaf sa..saya ke tandas sekejap" sudu dan garfu diletakkan sebelum meminta izin.

Wahyu tidak sempat menahan Aryana hanya membiarkan sahaja gadis itu pergi.

Aryana tanpa melengahkan masa melarikan diri ke tandas wanita. Dia mengunci pintu tandas dengan pantas. Nasib tiada orang yang menggunakan tandas ketika itu.

Jantungnya berdegup kencang menahan ketakutan. Renungan lelaki itu membuatkan dia takut. Bukan seperti renungan sebelum ini. Kali ini renungan marah dan kekecewaan.

Joe memandang pemergian Aryana dengan senyuman nakal. Gadis itu cuba mengelakkan diri daripadanya.

" Wahyu? Tandas dekat mana?" soal Joe

" Tandas dekat arah nih. Ada tandas lelaki dan tandas wanita. Kau jangan silap tandas pulak" ketawa Wahyu.

" Aku tahu"

Joe berjalan ke arah tandas yang ditunjuk oleh Wahyu. Lorong ke tandas sangatlah sunyi.

Tombol pintu tandas lelaki dipegang sebelum memandang pintu tandas wanita.

Aryana baru keluar dari tandas terkejut melihat satu susuk tubuh tinggi lampai berdiri di hadapannya. Terus tubuhnya ditolak masuk ke tandas semula. Dia tidak sempat menjerit kerana mulutnya ditutup rapat.

Mata dipejam tidak berani memandang lelaki dihadapannya. Hembusan nafas yang menerpa wajahnya membuatkan bulu romanya meremang.

" seronok tak lari dari aku my dear doll" bisik Joe

" Hmphhhhh" Aryana meronta-ronta. Kakinya pulak naik menendang kaki Joe.

Joe ketawa, tendangan Aryana bukanlah sakit sangat pon. Yang dia sakit sekarang adalah hatinya. Hati yang kekosongan.

" Jeritlah macam mana sekalipon orang lain tak akan dengar. Setahu aku tandas ni soundproof kan?"

Aryana memukul tangan Joe pulak kerana sukar untuk bernafas. Joe yang paham itu menurunkan tangannya. Matanya merenung tajam ke arah Aryana yang menundukkan wajah

Dagu Aryana dipegang dan mendonggakkan wajah gadis itu. Pipi Aryana diusap lembut.

" Lepas kau balik rumah kemas-kemas barang kau. Ikut aku" arah Joe

" p..pergi mana?" soal Aryana polos. Joe pulak dengan senyuman sinisnya

" pergi neraka"

Aryana menundukkan wajahnya. Takkan lah dia akan kembali kepada lelaki di hadapannya semula. Dia takut akan diseksa dan dikurung oleh lelaki itu sekali lagi. Dengan penyakit yang dihadapi oleh Joe.

" Jangan risau, lepas doll pulang. Aku akan layan doll macam seorang permaisuri. Doll mintak lah apa pon aku akan tunaikan"

Joe melepaskan Aryana dan membetulkan baju kot hitam yang dipakainya.

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now