🎭34🎭

2.1K 137 8
                                    

Aryana bangun dari tidurnya apabila alarm ditelefonnya berbunyi menandakan sudah pagi. Waktu menunjukkan pukul 8 pagi.

Pinggangnya yang lenguh dan sakit diurut perlahan. Semalam dia dapat rasakan ada seseorang tidur disebelahnya dan memeluknya dengan erat. Akibat penat dia tidak dapat membuka matanya. Mungkin hanya mimpi.

Dengan langkah yang malas, tuala di penyidai diambil dan tandas dituju. Setelah 15 minit membersihkan diri, Aryana melihat penampilan dirinya di hadapan cermin.

Baju yang diberi oleh Wahyu sangat cantik ditubuhnya. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin mengamati kecantikan baju kembang itu.

" Cantik.." Aryana mengumam perlahan. Tidak lupa juga untuk mencantikkan wajahnya. Hanya bedak talkum dan lip balm dapat menyerikan lagi wajahnya. Tak perlu berat muka make up tebal-tebal.

Hon...Hon...

Aryana yang leka meletakkan barang di dalam beg sandangnya itu terkejut apabila bunyi hon kereta dari luar rumahnya. Cepat-cepat dia keluar dari rumahnya dan menguncinya.

Wahyu yang segak berkot hitam itu menyandar di keretanya terpukau melihat Aryana yang baru keluar dari rumah. Cermin mata hitam dibuka.

" Wow...cantiknya" puji Wahyu. Aryana berasa malu dan hendak meletup ketika itu hanya menahan rasa debaran. Dia juga terpukau melihat kekacakan Wahyu buat pertama kalinya.

" Terima kasih encik. Encik pun nampak segak harini" puji Aryana pulak

" Harini jer? Hari-hari lain sebelum ni? Tak segak?"

" Ermmm...segak kot" Aryana tersenyum hambar.

" Kot?"

" Encik kita dah lambat nih jomlah" Aryana cuba untuk melarikan diri dari soalan Wahyu. Dia berasa sangat kekok sekarang kerana mereka berdua nampak seperti pasangan kekasih.

Wahyu seakan faham dengan Aryana berjalan ke arah pintu penumpang dan dibuka pintu itu untuk Aryana. Aryana berterima kasih kepada Wahyu sebelum meloloskan dirinya di dalam kereta.

Keadaan di dalam sangatlah senyap dan sunyi sepi. Aryana melihat pemandangan di luar tingkap manakala Wahyu pulak fokus memandu.

Wajah Wahyu sekilas dilihat dari tepi. Lelaki itu nampak segak dengan gaya rambutnya ala-ala badboy giteww. Eh, bila si Aryana nih minat badboy pulak.

" Hensem sangat ke saya sampai nak terkeluar biji matanya tu?" soalan Wahyu membuatkan Aryana tersentak. Terus pandangannya beralih ke hadapan. Malunya.

" Ehh..mana ada" Aryana menggigit bibirnya. Itulah buat lagi kerja kantoi.

" Encik? Boleh saya tanya soalan?"

" Iyerr boleh Aryanaku" Wahyu memandang sekilas Aryana. Habis memerah wajah Aryana apabila Wahyu memanggilnya 'Aryanaku'.

" Erm..siapa tetamu istimewa Encik tu? Kalau Encik tak nak beritahu tak apa saya tak kesah" Wahyu tersenyum.

" Ala.., bapa dan kawan seuniversiti saya yang tetamu istimewa tu" Aryana mengangguk. Patutlah gembira semacam jer. Jangan Wahyu kenalkan dia sebagai bakal menantu sudah dekat bapanya nanti. Mimpi kau Aryana.

" Kawan seuniversiti?"

" Iyer..nama dia---"

" ENCIK LAMPU MERAH?!!!!" jerit Aryana. Wahyu terkejut terus menekan break kereta dengan cepat.

Nasib dia menekan break dengan cepat kalau tidak habis orang ramai yang berjalan di lintasan belang itu dilanggarnya.

Aryana di sebelah dipandang sekilas. Gadis itu seperti susah untuk bernafas.

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now