🎭5🎭

3.2K 161 1
                                    

Waktu menunjukkan jam sudahpun pukul 12 tengah malam. Aryana yang leka mengelap meja sambil mendengar lagu itu tidak perasan bahawa jam menunjukkan waktu yang lewat.

Dia bekerja sehingga lewat malam memandangkan ibunya dan adiknya tidak berada di rumah selama 3 hari kerana pergi melawat saudara yang sakit di kampung

Puan Aminah juga berpesan kepada Afzal untuk tengok-tengokkan Aryana.

Setelah habis menyiapkan kerja, Aryana memadamkan lampu cafe itu lalu  mengunci pintu dan pergi dari situ.

Aryana berjalan sambil memegang beg tangannya dengan erat sekali, takut² ada peragut yang datang meragut begnya.

Dia berhenti di stesen bas menunggu kedatangan tunangnya untuk menjemputnya. Aryana perasan di stesen bas itu ada seorang lelaki berhoodie hitam duduk di situ

Aryana mengambil tempat jauh dari gerangan berhoodie itu dan mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangannya

Ting...

Satu pesanan masuk dan dia mula membaca namun dirinya hampa kerana tunangnya tidak dapat menjemputnya akibat ada hal yang perlu diselesaikan

Aryana bingkas bangun dan berlalu pergi dari situ. Dia melajukan langkahnya kerana ada seseorang mengikutnya dari belakang

" Siapa tuh??" Aryana berhenti dan memandang belakangnya. Namun, tiada siapa pun

Aryana menyambungkan langkahnya sehingga dia terdengar bunyi ranting kayu dipijak dari belakang

Dia tidak berani memandang belakangnya lalu berlari lintang - pukang.

Setelah sampai di rumahnya, dia terus mengunci pintu dan memandang tingkap dari celahan langsir

Dia menghembus nafas lega kerana tiada sesiapa pun yang megekorinya tadi. Mungkin, firasatnya sahaja kot

Tengah, Aryana mencari suis lampu dalam keadaan rumah yang gelap. Tiba², ada satu tangan yang kekar menutup mulunya lalu melemparnya di atas sofa

Aryana mula meronta untuk dilepaskan dan hendak melarikan diri. Namun ditahan oleh seseorang yang memegangnya dengan kuat sekali

Dia menangis sekuat hati dan merayu untuk dilepaskan sambil memukul gerangan yang memegangnya itu

" Shhhhh...diam doll nih aku lah" gerangan itu mengusap- ngusap pipi Aryana yang dibasahi dengan air matanya itu

" Lepaskan!!!" jerit Aryana sekuat hati. Tapi, hampa lelaki itu meletakkan jarinya di bibir Aryana menyuruh dia supaya senyap.

Lelaki itu memetik jarinya dan lampu ruang tamu terbuka sendiri. Magikkan....

Aryana pandangannya yang samar-samar itu terkejut melihat gerangan di hadapannya itu

" I miss you doll"  lelaki itu mengusap hidungnya yang mancung itu ditelinga Aryana yang berlapik dengan tudung itu

" Lepaskan aku....." rayu Aryana sambil air matanya tidak berhenti mengalir

" Kau tak rindukan aku ke doll?" soal lelaki itu dengan nada yang romantik sambil menikam anak mata Aryana

" siapa kau?" soal Aryana tidak berani memandang mata helang lelaki itu

" Siapa aku? Hehh..nama aku JoeDaniel. Kau tak kenal aku ker doll?"  soal Joe manakala Aryana menggelengkan kepalanya

" Lepaskan...." rayu Aryana sekali lagi memandangkan lelaki itu menindih tubuhnya yang kecil itu. Ini salah di sisi agama bila seorang lelaki bersama seorang perempuan tanpa ikatan yang sah. Dia berasa malu...

" Lepaskan? No and never my doll" Joe tersenyum sinis

" But, you really fit when you under me. My doll  look cute and small" ujar Joe sambil tersenyum psiko

" Lepaskan atau aku jerit!!" bentak Aryana

Joe ketawa seperti orang hilang akal apabila melihat Aryana yang meronta- ronta untuk dilepaskan itu

" Shhh..diam doll?! Kau nak aku bunuh tunang kesayangan kau tuh ker?" marah Joe sambil mencengkam pipi Aryana sehingga dia menangis sekuat hati

" Pergi?! Pergi kau dari sini!!" jerit Aryana namun jeritannya hanya sia-sia kerana kawasan rumahnya jauh dari rumah jiran yang lain

" From now.., I want you be my Harley" Joe mengigit dan menjilat tangan kecil Aryana dengan rakus sehingga meninggalkan kesan lebam

Aryana menangis sambil memukul lelaki itu dengan tangan sebelahnya. Joe terus menahan tangan Aryana daripada memukulnya.

Dia terus mengeluarkan pisau kecilnya dan menoreh huruf J di lengan Aryana sehingga megalirkan darah.

Aryana hanya menangis dan tidak berdaya untuk melawan. Penglihatannya semakin kabur dan di pengsan dihadapan lelaki itu

" my doll dah pengsan? Bangunlah doll" Joe mengoncang-ngocang tubuh kecil gadis itu. Tapi malangnya Aryana tidak menyedarkan diri.

Joe memandang cecair darah yang mengalir di tangan gadis itu lalu menjilatnya

" hmmm...sedap" Joe bangun dari menindih tubuh genit gadis itu lalu mengelap mulutnya yang penuh dengan darah itu

Dia duduk di sofa berhadapan dengan Aryana untuk mengamati wajah gadis yang telah menambat hatinya itu.

Dia tersenyum sambil tangannya bermain-main dengan kad daun terup berhuruf J itu lalu menyelit kad itu di tepi kepala Aryana.

Joe bingkas bangun meninggalkan rumah itu namun pintu rumah itu ditolak kasar oleh seseorang ssbelum dia melangkah keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Joe bingkas bangun meninggalkan rumah itu namun pintu rumah itu ditolak kasar oleh seseorang ssbelum dia melangkah keluar

" Well...well...well..Romeo dah datang nak tengok Julietnya" Joe sinis memandang lelaki di hadapannya itu

" Tak guna!!" lelaki itu terus melayangkan penumbuk di wajah Joe. Mereka berdua mula berlawan antara satu sama lain

" Kau lemah Tengku Afzal Rayyan, kau lemah. Kau tak dapat lindungi tunang kau daripada aku. Aku akan dapat apa yang aku mahu. Ingat tuh!!"

Joe terus melangkah pergi meninggalkan perkarangan rumah itu setelah melihat sebuah kereta hitam berhenti di hadapan rumah itu.

Tanpa melengahkan masa, Afzal yang berada di lantai itu bangun ke arah Aryana yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Dia memukul perlahan wajah Aryana untuk mengejutkan gadis itu. Matanya merah menyala menahan marah apabila melihat lengan gadis itu mempunyai kesan gigit dan lebam. Juga ada toresan di lengan gadis itu.

Dia mengcengkam kad yang diselitkan di kepala Aryana itu sehingga tergumpal.

Afzal mengeluarkan telefin bimbit dan mendail nombor seseorang

" Helo..Aryan. Kakak kau....."







ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now