🎭40🎭

2.3K 140 24
                                    

Aryana membuka luas matanya. Dia dapat rasakan seseorang sedang meggosok atau lebih tepat mengurut badannya. Buka mata sahaja dilihat dua orang perempuan berpakaian baju berwarna pink yang sama sedang mengurut badannya.

" A..apa semua ni?" Aryana meronta. Dia bangun dari pembaringan dan melihat tubuhnya. Dia hanya berpakaian tuala sahaja.

Kali terakhir yang dia ingat adalah ketika dia bersama Joe di dalam kereta. Lelaki itu memeluknya erat tiba-tiba dan menyuntik sesuatu di lehernya sehingga matanya kembali berat.

" si..siapa korang berdua?" soal Aryana. Dua orang wanita dipandangnya.

" Maaf puan, kami diberi tugas oleh tuan Joe untuk menyiapkan diri puan" jawab salah seorang dari mereka

" bersiap? Untuk apa?" Aryana memegang erat tualanya yang hampir melorot jatuh.

Soalan Aryana sepi tidak dibalas. Dua wanita itu memandang sesama sendiri

" si..siapa yang tukar pakaian saya?" soal Aryana lagi.

" Maaf puan, kami berdua tidak dibenarkan menjawab segala soalan puan atas arahan tuan Joe" jawab lagi salah seorang dari wanita itu

Aryana menunduk. Matanya melihat sekeliling bilik dan tertumpu ke arah satu pakaian yang cantik. Baju itu kelihatan seperti baju pengantin

" korang berdua keluar sekarang" arah Aryana. Jarinya ditunding ke pintu

" Tapi pu--"

" Keluar!!!!"  Aryana menjerit.

Tok!! Tok!! Tok!!

Pintu masuk diketuk oleh seseroang. Muncul dua wajah disebalik pintu itu.

" Aryana dah bangun?" soal wanita bertudung labuh lalu berjalan ke arah Aryana yang masih kaku di tempatnya

" Korang berdua boleh keluar sekarang" arah wanita mengandung  yang datang bersama wanita bertudung labuh itu.

Dua wanita itu menunduk hormat dan meninggalkan mereka bertiga di dalam bilik itu.

" Tenang Aryana mari sini" wanita bertudung labuh itu menarik tangan Aryana lembut dan berjalan ke arah sofa.

Aryana akur. Dia ikut sahaja arahan wanita bertudung labuh itu. Tangannya digenggan lembut oleh wanita itu

" Sebelum itu mari saya kenalkan diri, saya Sumayyah isteri abang Zack dan ini Aisyah isteri abang Kris. Memandangkan kita bertiga sama umur jadi panggil Sumayyah dengan Aisyah je" ucap Sumayyah. Tangannya menggengam tangan Aryana lembut

" Isteri abang Zack? Isteri abang Kris?" soal Aryana.

" Iye Aryana" jawab Aisyah. Tangannya mengusap perutnya yang membulat

" Apa semua ni Sumayyah? Aisyah? Apa yang terjadi sebenarnya?" soal Aryana. Air mata usah dikatakan sudah mengalir.

" Sebenarnya......"

" Sebenarnya apa Sumayyah?" wajah Sumayyah dipandang sayu.

" Aryana kena kahwin dengan Joe malam ni jugak" jawab Sumayyah perlahan

" A..apa!!!" terkejut Aryana dibuatnya

" Aryana tak nak! Aryana kena pergi dari sini!?" Aryana bangun dari sofa dan mencari baju untuk dipakai. Tak kan dia nak lari dengan keadaan yabg masih bertuala

" Tapi Ar----"

" Kau nak lari?" soal satu suara di hadapan pintu masuk.

Joe masuk ke dalam bilik itu dengan wajah yang dingin. Dia memberi isyarat kepada Sumayyah dan Aisyah untuk keluar sebentar

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now