🎭44🎭

2.1K 137 5
                                    

Harini Aryana menjalankan rutin sebagai seorang isteri di dalam rumah itu seperti biasa. Lebih sebulan untuk luka dia sembuh. Alhamdullilah, terima kasih kepada suaminya, Joe yang sudi menjaga dan mencuci lukanya walaupun lelaki itu sendiri yang menyakitinya

Senyuman manis terbit di bibir Aryana apabila mengingati setiap kali Joe ingin mencuci dan membalut lukanya pasti perkataan maaf terkeluar dari mulut lelaki itu. Aryana harap Joe tidak dapat mengulangi kesilapannya lagi.

" Assalamualaikum, Aryana" tersentak Aryana ketika berada di hadapan kolam. Dia memandang gerangan yang memanggil salam ke arahnya

" Waalaikummussalam, abang Kris" Aryana memberi senyuman manis kepada Kris

" Joe ada tak?" soal Kris. Dia memegang satu fail hitam di tangannya

" A..abang tak ada. Dia keluar. Aryana pun tak tahu dia pergi mana" Aryana menaikkan kedua belah bahunya.

" Abang?" gumam Kris. Pasti Joe yang memaksa Aryana memanggil dia dengan gelaran tu. Bukan dia tak tahu perangai kawannya itu suka memaksa.

" Tak apalah kalau macam tu. Abang balik dulu. Kesian Aisyah duduk sorang-sorang dekat rumah" Kris hendak berlalu pergi. Langkahnya terhenti apabila Aryana memanggilnya

" Abang tunggu!!" Aryana mengejar Kris

" Kenapa?" soal Kris memandang Aryana yang menundukkan wajahnya

" Aisyah sihat. Kalau abang Kris tak keberatan. Nanti bawalah Aisyah datang sini. Aryana bosanlah duduk sorang-sorang" jawab Aryana. Kris berfikir sekejap

" Boleh jugak. Lagipun Aisyah bukan buat apa pun dekat rumah. Nanti abang bawa Aisyah datang sini. Risau abang tinggal dia sorang-sorang ye lah kan ibu mengandung. Bila-bila masa je boleh meletup perut tuh. Kalau ada Aryana boleh tengokkan Aisyah"

Aryana tersenyum. Yayy..ada kawan juga akhirnya.

" Aryana?" panggil Kris

" Ye.." jawab Aryana tenang. Kris memandang tajam ke arah tepi bibir Aryana yang mempunyai kesan parut itu. Sebelum ini tak ada pun

" Kenapa tepi bibir tu?" soal Kris sambil menunjuk ke arah bibir Aryana yang lebam akibat ditampar oleh Joe

" Hehh..tak ada apa pun. Aryana terjatuh" Aryana tersenyum. Tangannya pantas menutup tepi bibirnya.

" Joe yang buat?!" Kris dingin bertanya. Aryana pula sudah mendiamkan dirinya.

" Kan Aryana beritahu yang Aryana terjatuh. Kenapa? Abang Kris tak percaya?" Aryana bertanya

Kris senyap lalu keluhan berat terlepas dari mulutnya.

" Boleh kita bercakap sebentar?" soal Kris

"Bo..boleh" mereka berdua berjalan ke arah pondok kayu dan duduk berhadapan sesama sendiri. Suasana ketika itu sangatlah akward dan sunyi

Kris memandang Aryana yang menundukkan wajahnya sahaja. Satu keluhan berat terlepas dari mulutnya.

" Aryana tahu apa penyakit yang dihadapi Joe?" soal Kris. Aryana menggelengkan kepalanya. Dia pun terkejut penyakit apa yang dihadapi oleh lelaki itu. Dia ingatkan lelaki itu sakit mental dan gila

" Ar..aryana tak tahu? A..abang ada penyakit apa?"

" Joe ada penyakit Split Personality. Perwatakan dia akan berubah-ubah. Sekejap dia baik sekejap dia marah" terang Kris. Aryana terpaku. Patutlah selama nih perangai lelaki itu selalu berubah-ubah.

" ja..jadi apa perlu Aryana buat?" soal Aryana. Dia takut. Jantungnya sudah berdebar-debar.

" Abang tak tahu apa yang Aryana perlu buat. Yang abang tahu, Aryana kena larikan diri atau menyorok apabila perangai Joe berubah tiba-tiba" Kris mengeluh. Dia risaukan keselamatan Aryana.

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now