🎭28🎭

2.2K 114 5
                                    

Sofea berjalan masuk ke dalam rumah Joe dengan perasaan gembira. Dia berasa hairan kenapa lelaki itu tiba² menyuruhnya datang ke rumah dia. Mungkin rindu akan dia.

Sofea tersenyum apabila melihat Joe yang duduk di sofa sambil memakai bathrub dengan titisan air masih mengalir di rambut. Joe memandang tajam Sofea yang berjalan ke arahnya.

Dia terus duduk di atas riba Joe dan melilit tangannya di sekitar leher Joe. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja perbuatan Sofea itu dan mengukir senyuman sinis

" You ada apa² ker sampai panggil I ke sini?" suara manja dikeluarkan. Tangannya galak membelai dada Joe yang sedikit terdedah itu.

" Tak ada apa. Just rindukan you" Joe mencengkem pinggang Sofea sehingga gadis itu mengaduh sakit

" Auchh?! sakitlah Joe. Kalau you nak I sampai macam tuh sekali jangan lah cengkam pinggang I yang ramping nih. Nakal you" Sofea menepuk dada Joe. Lelaki itu tersenyum sinis.

Joe mengeluarkan sesuatu di sebalik bantal yang terletak di sebelahnya. Membutang mata Sofea ketika Joe mengeluarkan benda itu dan bermain -main di hadapan mukanya.

Pistol?

" You ada buat kesalahan ke Sofea?" soal Joe. Pistol dimainkan di wajah Sofea. Habis menggeletar tubuh gadis itu

" Kesalahan apa pulak?" Sofea kaku. Dia takut. Sekarang Joe melempar tubuhnya dan tepi lalu naik menindih tubuhnya. Pistol diacu di dahi Sofea.

" Kau lah penyebab doll aku lari kan?!" jerkah Joe di hadapan muka Sofea .

" Apa you merepek nih sayang?"

" Jangan jadi bodoh Sofea! Aku tahu kau penyebab doll aku lari kan. Kau tampar Aryana dengan tangan kotor kau nih kan?" Joe bangun dari menindih badan Sofea. Pisau pemotong buah yang terletak di atas meja diambil lalu senyuman sinis terukir

" You nak buat apa Joe?" takut Sofea melihat Joe mengambil pisau pemotong buah itu.

" Tak ada apa² cuma tangan you yang nakal nih dah cederakan doll aku. Mesti sakitkan masa you tampar dia" Joe bergerak ke arah Sofea perlahan-lahan manakala gadis itu bergerak undur ke belakang.

Zapp!

"Arghhhhh?!"

Joe menghiris tangan Sofea dengan pisau di tangannya. Banyak darah mengalir di pergelangan tangan gadis itu.

" Sampai hati you Joe. Apa yang istimewa sangat perempuan tuh dekat you. Mana janji you dulu? Nak hidup semati dengan I" Sofea menangis. Wajah Joe ditatap lama untuk mendapatkan jawapan. Tangannya yang berdarah dipegang

" Apa yang istimewanya perempuan tuh dekat I? You nak tahu tak perempuan tu lah perempuan pertama yang telah ubah hidup I. Dia penyembuh hati I selepas you curang dengan I dengan jantan lain dekat London. Perempuan yang kau cakap tuh sepuluh kali ganda sempurna dari kau Sofea. Dia bidadari dan kau setan Sofea. Dengar sini" Joe menunjal-nunjal kepala Sofea.

" Ini amaran terakhir aku. Kalau kau cari pasal dengan aku lagi. Muka kau yang tak seberapa cantik nih aku simbah asid . Mesti sugar daddy kau geli tengok wajah kau kan" Joe membelai-belai wajah Sofea lalu memberi satu tamparan pada ke pipi Sofea.

Sofea hanya mampu mengaduh sakit. Sudah tangannya berdarah dan diberi penampar percuma pulak.

" Justin?! Robert?! Bawak perempuan nih keluar dari sini. Lempar depan pintu pagar" arah Joe.

Justin dan Robert akur dengan arahan Joe dan mengheret tubuh Sofea ke luar rumah.

" I sumpah Joe yang you akan kembali kepada I. Masa tuh you akan melutut hadapan I. I bersumpah" jerit Sofea manakala senyuman sinis dihadiahkan kepada dia.

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now