🎭6🎭

3.1K 143 11
                                    

Puan Aminah menangis teresak-esak memandang anak gadisnya yang masih belum sedar itu. Selepas mendapat panggilan dari Afzal, dia dan Aryan terus pulang ke rumahnya akibat risau dengan Aryana.

Luka di tangan Aryana kini sudah dirawat oleh Aryan. Selepas mendengar kisah dari Afzal, Puan Aminah menangis dan menyesal meninggalkan anak gadisnya itu seorang diri di rumah.

" Ibu...pergilah makan dulu. Sekejap lagi kakak bangunlah tuh?" Aryan menggosok bahu Puan Aminah untuk menenangkannya

" Lagipun, abang Afzal ada di bawah. Dia kata nak bincang sesuatu dengan ibu. Pergilah..." Puan Aminah bangun lalu mengelap air matanya sebelum keluar dari bilik Aryana

" Kalau kakak bangun, suruh dia makan bubur ni yer" arah Puan Aminah manakala Aryan hanya menganggukan kepalanya

Sebelum Puan Aminah keluar, dia sempat memandang sekilas ke arah Aryana di atas katil itu

Kini dapur dituju, Puan Aminah melihat susuk tubuh bakal menantunya tengah duduk di meja makan menunggu kedatangannya

" Afzal ada apa² yang nak bincang dengan ibu?" soal Puan Aminah lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Afzal

Afzal mengeluh sambil memainkan jarinya. Dia takut Puan Aminah tidak bersetuju dengan cadangan yang dia akan cakap sebentar lagi

" Afzal harap ibu dapat setujulah dengan keputusan Afzal selepas apa yang dah terjadi kepada Aryana" ujar Afzal dengan hati yang berdebar-debar

" Apa maksud Afzal?" Puan Aminah sedikit pening dengan ayat bakal menantunya itu. Tak payah nak berbelit sangat lah

" Afzal nak percepatkan perkahwinan Afzal dan Aryana. Baju kahwin kami pun dah beli. Pasal kenduri semua tuh biar Afzal yang tanggung, yang penting keselamatan Aryana" Afzal memandang wajah Puan Aminah melihat reaksi wanita tua itu

Puan Aminah mengangguk dengan cadangan Afzal

" Ye..ibu setuju. Kalau boleh minggu depan kamu berdua dah kahwin. Ibu takut lelaki psiko tuh datang serang Aryana lagi" ujar Puan Aminah sedikit risau.

" Baiklah..terima kasih. Ibu jangan risau, Aryana akan selamat di sisi Afzal" Afzal tersenyum memandang Puan Aminah.

Puan Aminah berasa sedikit lega kerana Afzal ingin mempercepatkan perkahwinan dia dan anak gadisnya itu. Dia tahu bahawa Afzal adalah calon menantu dan suami yang baik untuk anaknya itu

Tengah Puan Aminah dan Afzal berborak di bawah, mereka terdengar suara riuh di tangga. Terlihat dua sosok tubuh lelaki dan perempuan turun di bawah

" Tak payah lah pegang aku. Bukan patah kaki pun. Pulun lah kau nih" marah Aryana apabila Aryan memegangnya erat takut² dia jatuh di tangga itu

" Eleh..aku tolong kau turun bawah pun bersyukur sikit hehh..tolak kang baru tahu pastu tunang kau berbujang sampai tua. Padan muka. Gahahahahah" ketawa Aryan manakala Afzal yang mendengar itu terkejut beruk. Berani dia nak tolak bakal isteri aku ehh..nasib kau adik dia

" Amboi kau Yan, berani kau nak tolak bakal isteri aku hehh?" soal Afzal. Dia perasan yang Aryana menundukkan kepalanya tidak berani memandang wajahnya.

Aryana tidak berani memandang wajah gerangan di hadapannya itu. Dia berasa serba bersalah kerana dirinya sudah tidak suci.

" Aryana nak makan?" soal Puan Aminah apabila perasan anak gadisnya asyik memandang ke arah lantai

" Tak apa lah, Aryana nak ambil angin kat luar sekejap" Aryana terus keluar dari rumahnya. Kebun kesayangan dituju, dia duduk di atas buaian sambil memandang ke arah pokok bunga yang semakin membesar itu

Ingin mengingati kejadian semalam buat dia gerun. Dia takut kalau² lelaki itu datang bertemu dia lagi.

Leka dia mengelamun, tiba² datang seseorang duduk disebelahnya. Dia tidak berani memandang gerangan yang duduk di sebelahnya walaupun dia tahu itu adalah Afzal

" kenapa tak nak pandang abang?" soal Afzal lembut apabila ternampak cecair jernih jatuh dari kelopak mata Aryana

" Maaf..." ujar Aryana perlahan sambil mengusap air matanya

" Dah², jangan nangis" Afzal cuba memujuk Aryan dengan cara yang lembut

" Maaf Aryana dah tak suci..semalam dia..."

" shhhh..Aryana sayang semalam dia tak apa² kan Aryana pun. Abang sempat sampai sebelum dia bertindak luar kawalan. Aryana masih gadis yang suci"

Afzal memotong kata² Aryana. Aryana terkedu memandang wajah Afzal. Betulkah dia masih suci?

Keadaan menjadi sunyi seketika sebelum Afzal bertutur

" Tadi abang ada bincang dengan mak" ujar Afzal sambil memandang wajah Aryana dan matanya jatuh ke arah tangan Aryana yang berbalut itu

" Bincang pasal apa?"

Afzal tersenyum. Dia mahu memberi kejutan kepada gadis itu. Tetapi dia takut Aryana akan menolak

" Perkahwinan kita akan berlangsung lagi seminggu" ujar Afzal manakala Aryana terkejut. Matanya memandang anak mata Afzal.

Aryana tersenyum, sejak kejadian tuh dia mahu berbincang dengan Afzal untuk mempercepatkan perkahwinannya. Tetapi, Afzal lagi cepat daripadanya. Nih yang sayang lebih nih...

" Aryana setuju...yg penting Aryana akan sentiasa berada di sisi abang"

Kata² Aryana membuatkan Afzal terkejut. Dia tak percaya bahawa Aryana boleh setuju.

" Betul kerr...terima kasih sayang. Nak peluk sikit" Afzal mendepakan tangannya. Aryana yang berada di sebelah sudah tersenyum malu

" Ehemmmm...."

Aryana dan Afzal memandang ke arah gerangan yang berdehem itu. Rupanya si Aryan sedang memeluk tubuh memandang pasangan sejoli tuh

" Kau jangan gatal² peluk kakak aku. Korang belum sah lagi, ingat tuh" pesan Aryan memandang tajam ke arah kakaknya dan bakal abang iparnya itu

" Eleh..kau jeles lah tuh" Aryana menaikkan amarah Aryan terus melarikan diri daripada adiknya.

Kelihatan Aryan mengejarnya dari belakang. Afzal ketawa terbahak-bahak melihat telatah dua beradik itu sebelum dia mengangkat telefonnya

" Hello...okay. Aku akan kesana sekarang. Pastikan anak buah semua bersedia"

Afzal berjalan keluar daripada perkarangan kawasan rumah itu tanpa menganggu Aryana dan Aryan yang sedang kejar mengejar itu

" Aryan single...Aryan single...tak ada awek" ejek Aryana

" Woii..tak guna punya kak!"






ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now