🎭46🎭

2.1K 121 35
                                    

Joe bersandar di dinding hospital. Bajunya berlumuran dengan darah Aryana. Kedua belah tangannya dipandang. Darah isterinya. Dia meraup kasar rambutnya

Aryana ditempatkan di wad kecemasan setelah sampai di hospital. Sekarang doktor dan beberapa orang jururawat sedang memeriksa keadaan Aryana

" Joe!!!" laung Zack setelah sampai. Dibelakangnya ada Sumayyah.

" Apa yang terjadi nih??!" soal Zack. Dia terkejut melihat baju Joe yang penuh dengan darah

" Ar--Aryana...." Joe menangis. Kepalanya diletakkan di atas bahu Zack.

" Kenapa dengan isteri kau?" Zack mengusap belakang Joe lembut. Dia tahu kawannya sekarang berada dalam kesusahan

" Dia kena langgar lari dengan kereta"

Sumayyah hanya memerhati suaminya dan Joe dari belakang. Dia tak mahu ganggu dua orang sahabat itu

" Mana Kris?" soal Joe. Hinggus disedut supaya tidak turun.

" Kris datang lambat. Isteri dia baru bersalin kelmarin" jawab Zack.

Zack membawa Joe untuk duduk di kerusi hospital. Dia cuba menenangkan sahabatnya. Ini kali kedua dia menenangkan Joe selepas kematian ayahnya, Damien Mikhail yang mati akibat kapal terbang terhempas.

" Sumayyah tolong belikan air mineral" arah Zack kepada isterinya.

" Baiklah.." Sumayyah memberikan beg plastik kepada Zack sebelum dia turun ke kantin hospital.

" Nah baju. Kau pergi tukar dulu" Zack memberikan beg plastik baju yang dibawanya. Itu pun Kris yang beritahu dia.

Joe ambil beg plastik itu dan berjalan dengan langkah longlai ke tandas. Dia tak larat. Matanya juga sembam kerana menangis. Baru dia nak berbahagia bersama Aryana ada pula rintangannya.

Dia menukar baju dan menyimpan baju yang berlumuran darah itu ke dalam beg plastik. Balik nanti baru dia basuh. Dia mahu bersama dengan Aryana dahulu.

Zack berborak bersama doktor yang merawat Aryana memandang Joe berjalan ke arahnya. Rambut lelaki itu serabai macam baru kena ribut taufan padahal cuaca elok je harinih.

" Hah..ni suami pesakit doktor" Zack menunding jari ke arah Joe

" Doktor ada apa-apa ke dengan isteri saya? Dia okay ke doktor?" Joe bertanya. Wajah doktor itu dipandang dengan penuh harapan.

" Maaf tuan Joe. Puan Aryana tidak dapat diselamatkan akibat hentakan kuat di kepala dan kehilangan banyak darah. Saya harap tuan bersabar" doktor itu menepuk bahu Joe perlahan dan berlalu pergi

Sekeliling Joe seperti berhenti. Dia tidak percaya yang isterinya sudah tiada. Lututnya terasa lemah.

" Tidakkkk!!!!!! Aryana jangan tinggalkan aku!!" lantang Joe menjerit. Rambutnya ditarik kerana terlalu stres. Okay Joe dah jadi duda hot. Ada siapa-siapa nak hantar borang. Cepat siapa cepat dia dapat. Tiber..

Joe bingkas bangun. Air matanya dilap. Apa gunanya dia hidup di dunia ini keseorangan tetapi Aryana tiada di sisinya.

Pantas Joe mengorak langkah dengan laju ke sesuatu tempat. Zack mengejar langkah Joe dengan cepat. Dia takut Joe akan melakukan sesuatu yang gila.

Tingkat atas hospital ditujungnya. Awan kebiruan dipandang. Dia melangkah perlahan ke hujung bangunan.

" Joe!!! Apa kau buat nihh!! Bawak istighfarlah!!" Zack terkejut dengan tindakan Joe yang ingin membunuh diri

" Apa gunanya aku hidup kalau isteri aku tak ada dekat sisi aku!! Aku akan ikut Aryana sekali" Joe memandang ke bawah. Nampak gayatnya. Dilihat dari atas banyak kereta lalu lalang. Kecut perut dibuatnya

" Joe kau gila!!!! Bawak bersabar" Zack menapak perlahan ke arah Joe

Joe menutup mata. Kepalanya mendongak ke arah langit. Matanya dipejamkan sebentar.

" Aryana tunggu abang. Kita pergi sama-sama yerr" Joe mendepakan tangannya. Terus badannya jatuh dari tingkat atas hospital ke tingkat paling bawah.

" Joeeeee!!!!!!" jerit Zack. Dia tidak percaya kawannya sudah tiada.

Badannya berkecai dan darah mervik di merata tempat.

" Joe?? Joe?? JoeDaniel Mikhail!!!!" jerit Zack sambil mengongcang bahu Joe

Bagaikan tersedar dari lamunan Joe memandang dua orang gerangan di hadapannya silih ganti.

" Aku tak mati kan? Aryana selamatkan doktor" soal Joe. Kening Zack dan doktor berkerut hairan

" Joe?? Maaf" terus wajah Joe dilempang oleh Zack. Joe baru tersedar yang tadi hanyalah khayalan dia. Dunia khayalan dunia impian.

Joe memegang pipinya yang sakit. Pedih gila tamparan Zack.

" Doktor nih nak beritahu keadaan isteri kau!! Yang kau mengelamun sampai ke mana dah?!! Afrika? Korea Selatan? Jumpa tak Blackpink? Hahh..tiber" bebel Zack.

" Macam mana keadaan isteri saya doktor?"

" Saya harap tuan Joe bersabar. Puan Aryana mengalami koma. Hentakan di kepalanya sangat kuat sehingga memberi impak yang sangat serius. Jadi, kita hanya perlu berdoa sahaja untuk puan Aryana supaya sedar lebih cepat" terang doktor itu satu per satu. Joe menganggukkan kepalanya.

" Baiklah...terima kasih doktor"

" Sama-sama" doktor itu berlalu pergi meninggalkan Zack dan Joe.

Joe berjalan ke arah cermin kaca. Dapat dia lihat Aryana yang terbaring lemah dari dalam. Banyak wayar berselirat di badan isterinya

" Aryana cepatlah sedar" pinta Joe




















" A--aku tak bunuh dia kan??" seorang perempuan duduk memeluk lutut di atas katil. Rambutnya sangat serabai.

" HAAHAHAHAH!!! Aku berjaya bunuh dia kan??!"

" Ta--tapi aku tak sengaja langgar dia?"

" Takk!!! Kau langgar dia Sofea!!! Kau langgar dia!!!!" Sofea menarik rambutnya kuat bagai orang gila.

Sudah seminggu dia tidak dapat tidur lena dan seminggu juga dia tidak mandi atau makan. Bau badan usah dikatakan. Bau kambing lagi wangi

" Puan??" panggil salah seorang bibik dari muka pintu

" Kau nak apa!!!!!!" jerkah Sofea dari dalam biliknya

" Mari turun makan puan. Makanan sudah siap" pintu diketuk berkali-kali oleh bibik itu

" Alah...nanti aku turunlah"

" Baiklah puan. Sebelum itu jangan lupa mandi. Bau puan sudah macam bau kandang lembu belakang rumah saya. Dari bawah dapat bau badan puan" bibik itu terus berlalu pergi. Takut-takut puannya naik angin.

" Tak guna punya bibik. Nasib aku perlukan kau" Sofea mendengus kasar

" Hiks...Hiks..aku tak bunuh dia kan??" Sofea menangis. Dia bagaikan orang gila yang bercakap seorang diri.

" Jadi Joe akan jadi milik aku lah. Hehehehhehe...saya suka saya suka" tangannya ditepuk berkali-kali. Gembira kerana telah melakukan dosa.

" Baby...tunggu I. I tahu you sedih. I akan gembirakan You" Sofea mengusap lembut gambar Joe

" Ta--tapi I tak sengaja bunuh isteri You" sekali lagi Sofea menangis.

" I janji yang I akan jadi isteri yang paling setia dan isteri solehah dunia akhirat You. Muahhh!!!" gambar Joe dicium.

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now