🎭37🎭

2K 121 8
                                    

Aryana duduk termenung mengenang nasibnya. Sudah seminggu dia diculik oleh Kamal. Selama dia diculik, baru dia tahu yang Kamal itu seorang penagih dadah dan kaki penjudi.

Dirinya kelihatan kusut dan sedikit kurus. Dia takut untuk makan makanan yang diberi oleh lelaki itu. Kamal akan memukulnya jika Aryana menolak makanan yang diberi olehnya.

Aryana mengeluh. Dia memandang pintu yang dibuka oleh seseorang. Perasaan takut mula menguasai dirinya.

" Sayang...." panggil Kamal meleret sambil tangannya memegang sebungkus makanan dan air mineral.

Aryana tidak memandang wajah Kamal. Rasa menyampah dan geli pula jika dirinya dipanggil sayang oleh lelaki itu.

" Abang ada bawakkan makanan untuk sayang. Makanlah" Kamal menghulurkan makanan dan minuman kepada Aryana namun hanya diendahkan sahaja oleh gadis itu.

Kamal memandang Aryana lama. Gadis itu memang menguji kesabarannya.

" Sayang?!" panggil Kamal lagi

" Berhenti panggil aku sayang lah?!?" jerit Aryana. Puas hatinya.

Kemarahan mula menguasai diri Kamal. Berani gadis itu menengkingnya. Tidak pernah ada perempuan yang berani marah atau menengkingnya seperti Aryana

Makanan yang dipegang oleh Kamal terus dihempaskan di atas lantai. Nasi dan lauk habis berterabur.

" Kau perempuan tak boleh dengar cakap aku ke?!?" marah Kamal. Tangannya menarik rambut Aryana.

" Lepaslah sakit!!" jerit Aryana.

Kamal melepaskan rambut Aryana. Aryana memandang Kamal dengan perasaan marah sambil mengusap-ngusap rambutnya yang sakit.

Kamal menarik nafas dan menghembus nafas untuk menghilangkan kemarahnnya terhadapa Aryana. Dia taknak Aryana kelihatan sakit dan lebam-lebam.

" Makan ada orang akan datang jumpa dengan sayang sekejap lagi" arah Kamal lalu kakinya melangkah ke arah pintu.

Aryana duduk memeluk lutut. Matanya mula mengeluarkan cecair jernih. Dia bangun dan berjalan di sekeliling bilik gelap itu.

Ikatan tangan dan kakinya sudah dibuka oleh Kamal kelmarin namun dia masih tidak boleh berjalan dengan baik kerana luka dan lebam di seluruh tubuh badannya.

Matanya memandang serpihan cermin tingkap kaca yang pecah. Dia dengan pantas mengambil serpihan kaca yang sederhana besar untuk kegunaannya lalu kembali duduk di tempat asalnya semula.

Pintu yang tertutup rapat dibuka oleh seseorang. Aryana dan perempuan itu memandang sesama sendiri. Senyuman sinis terbit dibibir perempuan itu apabila melihat keadaan Aryana yang tak terurus.

" wow..tengoklah siapa yang ada dekat sini" perempuan itu tersenyum sinis dan berjalan ke arah Aryana

" seronok tak tinggal dekat sini? Well sebelum ni kan kau tinggal dekat banglo mewah. Sekarang tengok sekeliling kau, gudang terbengkalai je" perempuan itu duduk membongkok apabila dia berada betul-betul di hadapan Aryana. Pipi Aryana ditampar perlahan

" apa kau nak perempuan?!" marah Aryana.

" kena culik pun masih acah berani. Dasar jalang" perempuan itu marah lalu kakinya memijak kaki Aryana.

Aryana pula mampu meringis sakit apabila kasut tumit tinggi 10 inci perempuan itu terkena pada kulit kakinya sehingga mengeluarkan darah.

" Kau perempuan tak guna" hambur Aryana namun perempuan itu masih dengan senyuman sinisnya

" well..aku rasa kalini aku yang menang. Kau kalah Aryana, kau tak akan dapatkan Joe lagi"

" Aku akan bolot semua harta kekayaan Joe. Kau tahu tak? Joe tu bukan calang-calang orang. Dia adalah pewaris Damien Mikhail. Kau kenal siapa Damien Mikhail?" soal perempuan itu.

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now