🎭26🎭

2.3K 115 10
                                    

Aryan masih dalam keadaan terkejut. Dia tidak percaya gerangan di hadapannya sekarang nih adalah kakak kandungnya.

" apa kau buat dekat sini kakak?" soal Aryan. Aryana sudah berasa rungsing dia takut Joe akan menangkapnya kembali.

" Aryan kau kena bawak kakak pergi dari sini sekarang sebelum dia datang cari kakak" Aryan yang melihat Aryana bagai cacing kepanasan itu terus membawa kakaknya ke dalam keretanya

" okay sekarang kau cerita dekat aku apa yang jadi?" soal Aryan sambil memandu. Matanya melekat ke arah jalan raya yang kurang sesak itu.

" Kakak pergi market dengan dia tadi. Beli barang lah kan tak kan nak goyang kaki. Tiba², ada satu minah gedik nih datang marah-marah kakak kata kakak rampas tunang dia. Lepastu makan penampar free lah kakak" terang Aryana

" uishh, patut lah pipi kau nampak merah tadi. Macam ada bekas tapak tangan" Aryana melihat wajahnya di cermin. Memang ada kesan tapak tangan

" Ermm, macam mana kau dengan ibu okay. Ibu mana?" Aryan diam seribu bahasa. Dia mengabaikan soalan Aryana

" Kau nak pergi mana?" soal Aryan dengan suara datarnya. Aryana pelik melihat kelakuan adiknya itu

" Okay memandangkan aku tengah cuti sekarang. Jom kita pergi holiday" Aryana memandang wajah Aryan tidak percaya. Adiknya yang sorang nih bukan suka sangat pergi bercuti walaupun dengan keluarganya. Aryan lebih suka menghabiskan masa dengan buku dan belajar. Sebab itulah sekarang dia dah berjaya  jadi seorang doktor.

" Berapa lama kau cuti?"

" 5 bulan"

" uishh, lamanya" terkejut Aryana

" 5 bulan bukan lama nak tenangkan hati dan fikiran aku nih. Aku masih trauma sebab tuh aku perlukan rehat yang cukup."

" Huhh?" bingung Aryana. Dia tidak faham sedikit kata adiknya itu

" tidurlah dulu. Nanti dah sampai aku gerakkan kau. Aku tahu kau pun perlukan ketenangan kan"

" Kau nak bawak aku pergi mana? Jangan kau culik aku pulak. Aku siku kau nanti"

" Ehh? Tak kuasa aku nak culik kau. Dah lah tak cantik. Macam mana lah mamat psiko tuh boleh terpikat dengan kau. Daripada aku culik kau lebih baik aku culik Iman----" Aryan diam. Dia sudah terlepas cakap. Habislah

" Iman? Iman mana pulak nih Aryan oiii. Kau dah tersangkut dekat awek mana nih?" soal Aryana bertubi-tubi

" Aku nak patah baliklah. Nak hantar kau pulang dekat mamat psiko tuh balik. Tak reti duduk diam"

" Okay² aku duduk diam" Aryana bersandar di kerusi sambil matanya melihat ke arah belakang. Dia takut konco-konco Joe mengikutnya dari belakang.

Matanya terasa berat dan badannya agak keletihan. Akhirnya, Aryana tidur berdengkur di dalam kereta. Aryan yang tengah memandu itu sempat menjeling ke arah kakaknya.








Kris dan Zack menapak masuk ke dalam rumah banglo Joe dengan perlahan-lahan. Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Joe.

Rumah lelaki itu gelap gelita. Lampu dalam rumah tidak terpasang kecuali lampu di luar rumah.

" Joe? Aryana?" panggil Kris. Zack berjalan di belakang. Well, paling penakut.

" Perempuan tuh dah tak ada" lantas kepala Kris dan Zack memandang ke arah suara tersebut.

Joe duduk di sofa sambil wajahnya menunduk. Zack berjalan ke arah suis lampu dan dibukanya.

Alangkah terkejutnya Kris dan Zack memandang ke arah ruang tamu yang bersepah itu. Kerusi terbalik. Meja dan pasu habis pecah.

" ma..mana Aryana?" soal Kris. Kelibat Aryana dicari.

Hiks..hiks..

" dia dah tinggalkan aku dengan jantan lain." Joe menangis. Ini kali pertama Zack dan Kris melihat sahabat mereka menangis.

" Macam mana kau tahu? Kau dah siasat?" soal Zack lembut. Dia duduk di sebelah Joe sambil mengusap belakang lelaki itu.

" cuba kau cerita dekat kami satu per satu apa yang terjadi" pujuk Kris. Dia cuba menenangkan Joe.

" Tadi aku pergi market dengan dia. Lepas tuh, aku tinggalkan dia sekejap sementara aku jawab telefon. Sofea datang peluk belakang aku. Dia cakap Aryana dengan lelaki lain dan diorang keluar dari market tuh" terang Joe.

" Arghhhhh?!" Joe mengamuk. Kris dan Zack menahan tubuh Joe.

" Sabar Joe sabar"

" Apa kau cakap tadi? Sofea? Dia buat apa dekat market tuh? Yang aku tahu dia takkan datang jejak dekat tempat macam tuh" hairan Zack. Dia akan cuba sedaya- upaya menolong Joe mencari Aryana

" Haah? Macam mana Sofea boleh tahu Aryana dengan jantan lain. Ntah², nih semua helah dia. Come on Joe. Kau kenalkan si Sofea tuh macam mana" terang Kris. Joe menunduk. Air mata kesedihan tidak mengalir yang mengalir hanya air mata kemarahan.

" kau dah siasat cctv market tu?" Joe menggeleng kepalanya. Dia tiada masa untuk buat semua tuh. Yang dia mahu adalah Aryana berada di sampingnya.

" Tak apa, aku dan Zack akan suruh konco-konco kami cari Aryana sampai jumpa"

" Okay sekarang nih siapa nak kemas ruang tamu yang macam kandang korang tahu kan" mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Nak suruh maid? Rumah Joe mana ada maid. Selalunya Aryana yang buat kerja mengemas semua tuh.

Jam menandakan pukul 2 pagi. Akhirnya ruang tamu rumah Joe bersih dan kemas. Kris, Zack dan Joe sudah terlentang di atas sofa kerana penat.

" Dah lah aku balik dulu, kesian bini aku sorang-sorang kat rumah" Kris menilik jam tangannya lalu mengambil kunci kereta di atas meja

" Wait? Bini? Bila masa kau kahwin Kris?" Zack hairan.

Joe dan Kris ketawa. Hanya Zack sorang sahaja yang tidak tahu dia sudah berkahwin

" Kau yang tak tahu. Sibuk dengan ustazah kau tuh" Kris melangkah keluar

" Aku ada terlepas sesuatu ke?" Zack memandang Joe untuk mendapatkan kepastian

" Hmmm, Kris kena tangkap basah. Semua sebab idea gila dia tuh. Kau tahu kan antara kita Kris nih paling teruk perangai" terbuntang mata Zack.

" Kau macam mana dengan ustazah kesayangan kau tuh?" soal Joe. Zack sudah tersipu malu

" ala malu lah nak cerita. Hehehehe"

" Gedik lah kau? Tembak kang?!"

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now