🎭36🎭

1.9K 120 9
                                    

Wahyu memandang wajah Joe yang memandu sekilas. Sekarang mereka dalam perjalanan mencari Aryana bersama dengana anak buah Joe dan perisik upahan yang diupah bagi memudahkan pencarian.

" Kalau kau nak cakap sesuatu cakap je lah! Tak payah nak pandang muka aku sangat. Tahulah aku kacak" Joe yang ralit memandu itu perasan Wahyu asyik memandangnya dari tadi

" Aku tanya kau jawab dengan jujur okay?"

" Okay tapi aku tak janji. Kau tahukan aku orang yang macam mana" Wahyu menelan air liur dengan kesat.

" a..apa hubungan kau dengan Aryana?" soalan Wahyu membuatkan Joe menarik nafas.

" Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan" jawab Joe ringkas. Tapi membuatkan Wahyu terkejut

" J..jadi Aryana bukan bakal bini kau lah? Tunang? Girlfriend?"

" Tak!!"

" ha..habis tuh yang kau cakap Aryana bakal isteri kau tu kenapa?" soal Wahyu lagi.

" Aku cakap macam tu sebab aku nak kau sedar yang Aryana milik aju seorang. Tak ada milik sesiapa. Jadi kau jangan bermimpi nak ambil Aryana dari aku melainkan aku tembak kepala kau" amaran Joe tegas membuatkan Wahyu yang duduk disebelahnya sudah kecut perut. Dia kenal Joe jenis yang macam mana.

Kalau dia mahukan sesuatu dia akan dapat dengan mudah, kalau dia tak dapat dia akan membuat sesuatu yang boleh mengancam nyawa.

" Jadi macam mana kau kenal dengan Aryana?"

" Culik"

" Hahh?!" Wahyu bingung

" Haihh...aku culik dia" Joe menjawab dengan tenang.

" Apa kau cakap ni aku tak faham?" Wahyu tidak percaya. Joe sanggup menculik Aryana demi mendapatkan perhatian gadis naif itu.

Joe mengeluh. Dia terpaksa menceritakan dari mula. Dari dia menculik Aryana, menyeksa dan mengurung gadis itu sehinggalah Aryana melarikan diri. Memandangkan Wahyu juga sahabatnya.

" Kau kejam Joe"

" Baru kau tahu" Joe tersenyum sinis

" Jadi parut tu semuanya dari kau lah?"

" Ye..kau boleh diam tak sebelum aku tembak kepala kau. Nak fokus memandu pon tak boleh?!" marah Joe. Wahyu pula terkejut dimarah oleh Joe

" Ehh jantan! Kau tahu tak kau yang tumpang kereta aku sekarang?!" sekarang Wahyu pula yang marah. Dia tak boleh mengalah. Dia perlu nampak kuat

" Oo..kereta kau? Tunggu sekejap" tanpa melengahkan masa Joe terus memecut laju kereta yang dipandunya memandangkan jalan itu sunyi sekarang.

" Joe!!!!! Aku mabuk laju!!!!" jerit Wahyu sambil memegang mulutnya

Bluerkkk!!

Wahyu membuka tingkap keretanya dan memuntahkan segala isi perut. Joe pula sudah ketawakan Wahyu kerana dia tahu kelemahan Wahyu.

" Kau tak guna Joe" Wahyu kembali menyandar di kerusi keretanya. Minyak angin diambil lalu disapukan di kepalanya dan tengkuknya.

" Padan muka kau"

Keadaan dalam kereta kembali sunyi. Setelah 30 minit berlalu, akhirnya Joe sampai di sebuah tapak terbengkalai yang agak besar. Di situ terdapat beberapa anak buah Joe yang menunggunya.

Joe memberhentikan kereta dan berjalan ke arah dua orang lelaki yang turut berada di situ. Wahyu yang baru keluar dari kereta terpana memandang dua orang lelaki di situ. Terus dia berlari memeluk mereka.

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now