🎭53🎭

2.9K 137 35
                                    

2 bulan berlalu kehidupan Joe dan Aryana sama seperti pasangan suami isteri diluar sana. Joe menjalankan tanggungjawabnya dengan mencari nafkah dan Aryana menjalankan tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya. 

Aryana menyanyikan irama merdu sambil menyiram pokok bunga yang baru dia tanam. Habis halaman rumah Joe yang luas itu dia jadikan sebagai taman bunga dan kebun kecil untuk dia menanam sayur-sayuran di situ. 

" Puan ini biji benih yang Puan minta tadi" seorang anak buah Joe datang ke arah Aryana dan memberi satu plastik kecil kepada Aryana

" Terima kasih, awak pekerja baru suami saye ke? tak pernah nampak pun sebelum ini?" Aryana memandang pelik lelaki itu kerana dia sudah mengenali kesemua anak buah Joe kecuali lelaki dihadapannya ini

" Sama-sama Puan, ye saya pekerja baru. Saya baru mula bekerja bulan lepas" jawab lelaki itu

" Baiklah awak boleh sambung kerja awak" lelaki itu mengangguk sebelum meninggalkann Aryana keseorangan di situ 

Aryana memandang pemergian anak buah Joe sebelum melepaskan keluhan berat. Dia merehatkan badannya di bawah pokok besar yang terdapat di belakang rumah Joe. 

Sejak kebelakangan ini tubuh badannya cepat lelah dan dia selalu pening, tetapi Aryana hanya endahkan semua itu mungkin masalah wanita setiap bulan. Bercakap tentang itu, Aryana juga bingung kerana waktu datang bulannya sudah lepas sebulan yang lalu

Aryana menyimpan barang-barang kebunnya di dalam bilik setor yang berdekatan kerana dia perlu menyiapkan makanan untuk Joe sebelum suaminya pulang bekerja. 

"Hmmm?" Aryana berhenti berjalan apabila terasa dirinya diperhati. Dia memandang sekeliling halaman rumah suaminya

" Mungkin perasaan aku saja" Aryana menjengketkan bahunya dan masuk kedalam rumah. Dia membersihkan dirinya dahulu sebelum turun ke dapur menyiapkan makanan. 

Joe menyiapkan kerja pejabatnya dengan cepat kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan isteri tercinta. Dia baru sahaja mendapat mesej dari isterinya bahawa isterinya memasak makanan kegemarannya. 

Ting!

satu mesej dihantar oleh seseorang kepada Joe. Dia mengerutkan keningnya kerana nombor itu tidak dikenalinya. Terbeliak anak mata Joe melihat mesej yang baru dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu

" Aku akan ambil hak aku semula. Aryana milik aku! Kau akan aku hapus Joe!!" 

Joe berasa tidak enak setelah membaca mesej itu, lantas dia menghantar nombor itu kepada Robert untuk disiasat. 

" Wawa, masuk bilik aku sekarang!" cakap Joe dari interkom yang baru ditekannya

Wawa iaitu pembantu peribadi Joe masuk ke dalam bilik majikannya sambil membawa ipad

" Ye, kenapa bos panggil saya?" soal Wawa sambil membetulkan cermin matanya

" Apa jadual aku harini?" soal Joe. Wawa memeriksa jadual Joe di ipadnya. Segala urusan Joe akan dicatat di situ

" Harini Encik Joe tak ada apa-apa meeting, esok Encik Joe ada meeting dengan A'Rayyan Holdings." jawab Wawa

" A'Rayyan?" Joe hairan, tidak pernah dia mendengar nama syarikat itu

" Ouhh, yang saya tahu A'Rayyan Holdings ni syarikat lama, cuma syarikat tu sudah di uruskan oleh anak lelaki mereka sekarang" terang Wawa

" okayyy, thanks" ucap Joe

" Sama-sama" Wawa terus berjalan keluar dari bilik majikannya 



.........

Sofea melangkah masuk ke dalam rumahnya, pintu rumah dibuka luas memberi ruang untuk seseorang masuk

" Masuklah" pelawa Sofea 

" buruknya rumah kau" perli Afzal

" Kau baik-baik sikit, rumah ni aku akan jual selepas aku kahwin dengan Joe nanti" jawab Sofea dengan nada marah

" Berangan kau" Afzal melangkah masuk ke dalam rumah Sofea tanpa membuka kasut. Dia duduk disofa sambil menyilangkan kakinya

" Robiah!! Jasmine!! mana korang!!?" jerit Sofea memanggil pembantunya 

Robert dan Justin yang mencuci ruangan dapur itu bergegas lari ke ruang tamu setelah nama mereka dipanggil

" Ehem...ye puan Sofea" jawab Robiah atau Robert 

" Buatkan tetamu aku air, dan kau Jasmine tolong kemaskan ruang tamu. Aku nak naik atas sekejap" Sofea terus berjalan ke atas meninggalkan Justin dan Tengku Afzal di ruang tamu berdua di situ. Robert pula sudah ke dapur buat air

Justin menelan air liur setelah melihat wajah Tengku Afzal, lelaki itu pula tidak habis mengenyitkan mata ke arahnya

' Ingat Justin, kau straight' Justin memujuk dirinya

" Hey, beautiful" kaki Tengku Afzal mengelus perlahan betis Justin

" Ye, Encik nak apa-apa?" soal Justin kekok

Tanpa melengahkan masa, Afzal menarik tangan Justin sehingga lelaki yang berpakaian maid itu terjatuh di atas ribanya

" What your name beautiful?" Tengku Afzal mengelus wajah Justin

" Ja--Jasmine" jawab Justin 

" Jasmine, nice name" Tengku Afzal mengusap belakang Justin

" Maaf Encik, saya kena selesaikan kerja" Justin menolak badan Tengku Afzal lalu berlari ke arah dapur 

" Dasar jantan tak guna!!" carut Justin setelah tiba di dapur

" Rancak kau layan dia?" soal Robert sambil mengacau air oren yang dibancuh

" Kau perasan tak? itukan bekas tunang Aryana ke?" soal Justin

" Aku perasan jugak" jawab Robert

" Bukan dia dah mati ke sebab terlanggar biawak dulu? bukan bos yang bunuh kan?" soal Justin, Robert pula menjengketkan bahunya

Robert tiba-tiba sahaja tersenyum sinis sambil mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya dan menuangkan benda itu didalam air yang dibancuhnya

" Julap? kau gila ke? cirit jantan tu nanti" terkejut Justin

" itulah yang aku nak, biar dia cirit sampai lubang jamban rumah dia tersumbat" Robert terus mendulang air yang dibancuhnya itu ke ruang tamu

" Dua-dua gila" Justin menggelengkan kepalanya


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 10, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ENCIK JOKERWhere stories live. Discover now