[46]

233 40 20
                                    

JAM 6 petang. Hari semakin kelam. Sudah hampir setengah jam mereka menyorokkan Panthera di sebalik rimbunan pohon-pohon yang menebal. Sudha yang berada di atas pokok masih setia dengan binokular yang melekap di matanya, meneliti kelibat-kelibat manusia yang berada di kawasan empangan.

Empangan Mega adalah sebuah empangan gergasi yang merupakan kawasan tadahan air utama di Benggawan Nilam, salah satu negeri di Kelopak Tujuh. Binaannya melengkung dengan ketinggian melebihi 300 meter dan mempunyai 30 alur limpah. Terdapat dua buah menara tinjau yang terletak di atas puncak empangan itu.

Masih banyak tentera-tentera yang berkawal di laluan yang terdapat di puncak itu. Hal ini kerana sungai itu berhampiran dengan sempadan antara negara Kelopak Tujuh dan Tanah Lama.

"Semua sedia?" Tanya Azaka kepada mereka yang masih berada di dalam Panthera.

Yang lain mengangguk.

"Dah!" Suara Sudha kedengaran dari walkie talkie, memberi isyarat menandakan pertukaran shift tentera-tentera tersebut akan berlaku sebentar lagi.

Sonny, Auvo dan Azaka keluar dari Panthera dan bergerak ke arah pintu pagar masuk kawasan empangan itu. Mereka hanya ada masa kurang 2 minit untuk membereskan tentera-tentera berbaju kelabu tersebut.

Auvo dengan mudah menghancurkan kunci pada pagar besi itu. Mereka menyusup masuk dengan senyap dan berhati-hati.

Sonny mendaki ke menara dan bersembunyi di belakang pintu. Hanya beberapa saat selepas itu, seorang tentera muncul untuk mengambil alih tempat rakannya.

Sonny terus merangkul leher lelaki itu dari belakang dan menekapkan telapak tangannya ke kepalanya. Tentera itu tersungkur dan terus tidak sedarkan diri.

Derap langkah kedengaran menaiki tangga. Sonny menunggu di situ untuk 'menyelesaikan' yang lain.

Auvo berada di hadapan sekali. Dia berlari di tembok sambil melemparkan dua bilah parangnya. Kedua-dua senjata menusuk tepat ke wajah dua orang tentera yang baru muncul. Parang-parang itu terbang kembali ke tangannya.

Azaka yang berada di belakang Auvo melepaskan tembakan dengan pistol yang telah dipasangkan alat penyenyap. Tiga orang lagi tentera yang berada tidak jauh dari situ juga tumbang. Salah seorang telah jatuh ke dalam kawasan takungan.

Mereka berdua telah sampai di kawasan tengah empangan tersebut. Sonny pula sudah berlari naik ke menara kedua dan berkobar-kobar mahu membereskan tentera di situ.

Auvo memberikan isyarat tangan. Sudha yang telah melihatnya melalui binokular segera turun dari pokok dan berlari ke arah Panthera.

"Kita dah boleh gerak!" Perintah Sudha yang sudahpun duduk di ruang penumpang hadapan.

Nell mengangkat tangannya sedikit. Ranting-ranting dan dedaunan yang menutupi Panthera jatuh ke tanah.

Rintana menekapkan tangannya ke dinding kenderaan. Sedikit demi sedikit, ia hilang dari pandangan.

Kaio memasukkan gear dan menekan pedal minyak. Panthera bergerak memasuki kawasan empangan. Mereka bergerak laju melalui tembok itu.

Auvo dan Azaka telah hampir sampai ke pintu pagar di seberang tembok. Sonny yang telah berjaya membereskan askar peninjau di menara juga telah turun dari situ dan mengekori mereka dari belakang.

Namun, di saat semuanya hampir selesai, muncul sesuatu yang tidak dijangka.

Lima buah trak tentera tiba-tiba kelihatan di pintu pagar yang akan membawa mereka keluar. Lima buah lagi datang dari arah pintu masuk tadi.

Melihatkan kehadiran tentera-tentera tersebut, Auvo dan Azaka mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Tentera-tentera yang seakan telah bersedia menunggu mereka itu tidak sepatutnya berada di sini.

PARAGONWhere stories live. Discover now