[30]

274 56 9
                                    

SONNY dan Azaka menunggang bersebelahan, meredah kencang hutan yang berubah-ubah laluan itu. Sesekali Azaka mengerling kompas di tangannya. Dia harus membawa mereka keluar dari situ dengan secepat mungkin.

Tembakan mula menghujani mereka dari belakang. Kelihatan sebuah jip askar sedang mengejar mereka.

Satu tembakan berjaya mengenai tayar motosikal yang sedang dinaiki oleh Sonny dan Kaio. Kenderaan itu melelong sebelum terbabas.

Azaka terus membrek dengan mengejut. Sonny dan Kaio segera bangun dan sempat menyumpah.

"Turun!" Arah Azaka kepada Nell yang membonceng motornya seraya merenung jip yang semakin menghampiri itu. Nell lekas menurut.

Azaka mengalihkan motosikal itu menghadap ke arah kenderaan askar tersebut. Pendikit dipulas semaksima mungkin.

Kemudian, dia terjun dari motosikal dan membiarkan ia memecut sendiri ke arah jip itu.

Pemandu jip yang terlihat akan motosikal yang hampir melanggar mereka cuba mengelak. Haluan yang diubah tiba-tiba itu telah menterbalikkan jip tersebut.

Nell, Kaio, Sonny dan Azaka mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan diri mereka ke dalam hutan.

Akhirnya, mereka bersembunyi di belakang sebatang pokok setelah Kaio agak kepenatan.

Tembakan-tembakan tentera masih kedengaran. Sekali sekala Azaka menjenguk dengan berwaspada untuk memerhatikan musuh.

Nell menyelak baju kemeja kelabunya yang telah dibasahi dengan darah.

Mengejutkan apabila peluru yang tadinya telah terbenam kini telah tersembul di permukaan lukanya, dan perlahan-lahan jatuh ke tanah.

Lukanya beransur-ansur tertutup dan pendarahannya terhenti.

"Macam mana kau buat?!" Kaio 'menjerit' dalam suaranya yang masih berbisik.

Nell tersandar di pangkal pokok. Dia sendiri tidak tahu. Budak itu semakin bingung dengan kebolehan peliknya.

"Aku rasa korang patut cari masa lain untuk risau pasal tu, sebab kita ada masalah lain yang lagi besar." Azaka menarik slaid kedua-dua pistolnya.

Sonny terjegil melihat badannya dipenuhi bintik-bintik cahaya merah. Kaio yang juga sedar akan perkara itu dan sudah tidak bergerak lagi.

Mereka ternampak tentera-tentera berbaju besi itu sedang menyorok di sebalik pokok-pokok yang tidak jauh dari mereka. Tompok-tompok cahaya merah itu datangnya daripada senjata mereka.

Nell kaget. Mereka ini askar yang sama muncul di rumahnya dulu. Tubuhnya mula menggeletar.

Kaio juga tergamam kerana ini merupakan kali pertama askar Unit Khas Persekutuan muncul betul-betul di hadapan matanya, setelah selama ini hanya dapat membacanya di dalam buku.

"Jangan..." Azaka segera menghalang Sonny sebaik ternampak cas elektrik mulai keluar dari tangan lelaki itu.

"Habis, takkan nak tunggu je?" Getus Sonny yang sudah bersedia untuk melawan. "Kita kena buat sesuatu."

"Aku tahu." Balas Azaka. "Tunggu dulu."

Askar-askar itu tidak menyerang dan hanya berada dalam posisi bersedia.

Suasana bisu. hanya nafas sendiri yang kedengaran. Sonny mengira mereka dengan matanya. Lebih kurang 30 orang semuanya. Nampaknya mereka sudah tidak boleh kemana-mana kerana telah dikepung.

Seorang lelaki sasa muncul dari celahan pokok dan mara ke arah mereka. Langkahnya terhenti kira-kira 300 meter di hadapan mereka.

Lelaki itu sedikit berbeza dengan yang lain kerana memakai baju perisai merah. Dia meletakkan sebatang curut di bibir dan dengan tenang menyalakannya. Asap putih berkepul-kepul keluar dari rongga hidungnya.

"Sepatutnya aku dengan mudah boleh bunuh korang sekarang. Tapi disebabkan aku ni baik hati, jadi aku bagi peluang untuk korang menyerah diri." Lelaki setinggi hampir 2 meter itu tersengih menunjukkan gigi emasnya. "Serahkan budak tu pada aku, dan korang aku bebaskan. Tak kiralah korang ni Parabrid atau tak. Macam mana?" Dia memandang Azaka.

Azaka ketawa kecil. "Mulianya kau. Aku hargai, tapi aku rasa aku nak 'simpan' budak ni."

Nell melihat lelaki dan gadis itu silih berganti. Diorang cakap pasal aku ke?

"Aku rasa nak terkencing..." Kaio menelan air liurnya sambil matanya tidak lepas dari askar-askar yang telah dipersiapkan dengan baik itu.

Lelaki besar itu menghembuskan lagi asap dari mulutnya. Dia tersenyum lebar. "Kau nampak cantik dengan potongan rambut baru kau tu. Tapi sayangnya, kejap lagi ia akan 'dipotong' bersama kepala kau."

"Heh... terima kasih atas pujian kau tu, Talon. Kau pun apa kurangnya. Lawa parut." Azaka menjeling ke arah garisan yang tenggelam di sepanjang pipi kiri lelaki itu. Senyuman Talon terus pudar.

"Aku berterima kasih banyak kat 'teman lelaki' kau untuk ini. Oh ya, mana dia? Aku dah rindu sangat nak 'berpelukan' dengan dia." Talon mengeluarkan sebuah mesingan yang sejak tadi tersorok di belakangnya. Curutnya diludah ke bawah.

Azaka tersenyum lebar. "Dia ada kirim hadiah kat kau." Saat itu, gadis itu melemparkan satu ceper besi ke kaki Talon. Lampu berwarna kuning di atasnya berkelip-kelip

Tunduk!" Azaka memberikan amaran kepada rakan-rakannya.

"Perempuan sial!" Pantas Talon melompat ke belakang.

BOOOMMM!!!!

Asap bom tangan itu memenuhi sekitar. Tentera-tentera yang sedang membidik itu sudah kehilangan sasaran mereka.

Talon segera menembak ke arah asap itu. Rasa amarah membuak-buak di dalam dirinya. Dia rasa menyesal memberi peluang mereka menyerah diri. Jika tidak kerana arahan Rengeiz itu, dia sudah dapat membawa pulang mayat mereka ke markas sekarang.

Kepulan-kepulan putih itu sedikit demi sedikit menghilang. Mereka berempat juga sudah tidak ada lagi di situ.

"Budak-budak jahanam! Korang takkan terlepas!!" Teriak Talon.

Laungan itu didengari oleh mereka yang berada di atas pokok tidak jauh dari situ.

Mujurlah ketika saat genting tadi, Auvo telah muncul dan membawa mereka lari melalui dahan-dahan pokok yang bersambung antara satu sama lain. 

"Korang lari ke sebelah timur. Ikut dahan-dahan ni." Beritahu Auvo kepada Nell, Sonny dan Kaio. "Aku dan Azaka akan uruskan diorang."

Nell tidak bergerak. Dia rasa berat hati untuk meninggalkan mereka berdua. Dari perbualan Azaka tadi, jelas lelaki berbadan besar itu hanya mahukan dirinya.

"Jangan risau." Azaka membalas pandangan budak itu. "Pergi."

Akhirnya mereka bertiga berlalu dari situ walaupun rasa serba salah meninggalkan Auvo dan Azaka. Mereka berlari dengan penuh waspada di atas dahan-dahan yang lebar itu.

Auvo dan Azaka memerhatikan mereka berlalu pergi dan kembali melihat ke bawah. Nampaknya askar-askar besi itu masih tidak menyedari kehadiran mereka.

"Hei, Auvo... keadaan ni sama macam waktu dulu-dulu." Azaka memasang penyenyap pada muncung pistolnya. Kemudian dia menarik sebilah pisau belati yang terselit di buku lali kanannya.

"Sikit-sikitlah..." Auvo mengeluarkan pedangnya. "Huh... lecehnya. Aku betul-betul benci bila kena berlawan..."

Azaka tersenyum. "Mungkin dah sampai masa untuk kau 'panaskan' badan kau balik..."

Gadis itu melemparkan dua bom asap ke tanah. Kemudian dia terjun ke bawah. Kelibatnya serta merta hilang. Auvo terus melompat dari dahan ke dahan menuju ke arah askar yang lain.

PARAGONWhere stories live. Discover now