Vicious 18 | Succumb to my will

3.3K 386 77
                                    

 
You have no idea on how I could
make you succumb to my will

 

➽───────────────❥

 

Meluncur sahaja kereta sport itu masuk ke dalam halaman rumah yang berkeluasan hampir dua puluh ekar milik si lelaki, Rain sudah terbayang apa yang bakal dihadapinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Meluncur sahaja kereta sport itu masuk ke dalam halaman rumah yang berkeluasan hampir dua puluh ekar milik si lelaki, Rain sudah terbayang apa yang bakal dihadapinya.

Melepasi pintu pagar, dua orang pengawal keselamatan beruniform siap-siaga mengawal pintu pagar automatik setinggi hampir sepuluh kaki yang gah berdiri.

Di depan pintu utama rumah agam itu, berdiri dua orang lelaki bertubuh tegap di kiri dan kanan. Berpeluk tubuh, dengan pistol terselit di pinggang masing-masing.

Vic memberhentikan kereta betul-betul di depan pintu utama.

Sejak kejadian tadi, Rain hanya diam dan terkaku di tempat duduk namun Vic tahu, diam wanita itu bukan bermakna dia tidur atau merehatkan diri.

Ditunggu juga kalau-kalau Rain mahu lari seperti tadi. Bukan dia risau, tapi dia mahu wanita itu saksikan sendiri apa yang bakal dihadapinya jika dia cuba lari dengan kawalan ketat sebegini.

Tentu menarik kalau itu berlaku.

Deras dia menolak pintu saraya keluar apabila tiada respond yang diterima. Rain masih begitu. Masih mematung walaupun sudah beberapa minit mereka berdiam di dalam kereta.

Fikiran Rain melayang jauh. Dia memandang kosong melepasi pintu rumah yang kelihatan dari dalam kereta. Rumah yang sama pernah dijejaki hampir sebulan yang lalu.

Jujur, tiada rasa yang spesifik dapat melukiskan perasaannya ketika itu.

Marah.

Apa faedahnya apabila diri sudah terjerat begini?

Hampa.

Dia sudah terlalu biasa dikecewakan lagi-lagi oleh keluarga sendiri.

Sedih.

Semuanya sudah tidak berguna lagi.

Vic menuju ke pintu utama dan berkata sesuatu kepada salah seorang lelaki tadi sebelum menghilangkan diri ke dalam.

Figura lelaki itu terus lenyap dari pandangan Rain.

Manik jernih yang bertakung di tubir mata sipi-sipi mahu menitis sebelum dia kembali mengebalkan hati. Mata dipejam bagi melenyapkan sisa kebasahan di lereng itu. Terhapus air di mata, kelukaan itu seperti menjalar pula ke dalam diri. Hati rasa disiat-siat. Sakitnya. Terlalu sakit memendam rasa itu sendiri di dalam dada.

Ternyata, tangisan yang dipendam itu lebih memudharatkan jiwa.

Rain mencelikkan mata sebaik mendengar pintu sebelahnya dibuka.

 His Broken Vow | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now