Vicious 16 | Rude awakening

3.6K 354 32
                                    


❝ Musnah cebis-cebis harga diri
yang mahu dipertahankan ❞

 

➽───────────────❥

 

"You may go now."

Rain memahami. Pintu kereta Vic ditolak, lalu Rhea dikeluarkan dahulu. Baru kaki kiri Rain menjejak tanah, tangan kanannya dipaut tiba-tiba.

"Rain."

Dalam senyap, Rain ternanti-nanti. Apa yang mahu diperkatakan lelaki itu?

"I'll wait for you. Don't be long."

Rain membasahkan bibir yang terasa kering. Buat kali terakhir, dia mahukan kepastian sebelum memulakan langkah seterusnya.

"Are you sure, we could do this?"

Vic mencuri pandang Rhea yang sudah di luar kereta sebelum penglihatannya dikembalikan buat si isteri.

"Trust me."

Percaya.

Sememangnya itu yang mahu diserahkan buat lelaki itu namun entah kenapa hati masih belum mampu bertenang sepenuhnya. Kecut perut. Sejujurnya, itu yang dirasakan Rain ketika itu.

Berdebar-debar.

Gemuruh.

"There's nothing to worry about. Aku jamin, tak akan ada sebarang masalah."

"Okay." Rain akur.

Terlerai pautan di tangannya, Rain lantas keluar dari kereta dan menghilang ke dalam mansion bersama Rhea.

Belakang Rain direnung sehingga bayang wanita itu tidak lagi kelihatan. Vic keluar, bersandar di badan Bugatti hitamnya. Mesej Leo tadi sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi. Tanpa berlengah, nombor yang sama di dail.

"Hello,"

"Yup, what's the matter? Kenapa kau nak aku telefon kau? Kau dah sampai airport ke?"

"Yeah, I dropped Isaac and heading back now."

Talian sunyi.

Vic menunggu lagi apa yang ingin diperkatakan Leo. Pelik. Cuma soalannya yang terakhir dijawab Leo.

"Why, bro? Kenapa kau nak aku call?"

"Aku ada benda nak cakap sikit ni."

"Kalau pasal party, I'm sorry. Not interested," elak Vic, siap siaga menangkis.

"Nah, it's not about party. Ni pasal—"

Sepi...

Hah, sudah. Mana pulak Leo pergi ni? Senyap je talian di sebelah sana.

"Leo?"

"Yeah, I'm here."

"What's wrong with you? Kau nak cakap pasal apa ni?" desak Vic lagi.

"I don't know if I can really mention this."

"Then, don't. Bye."

Prinsip seorang Vicious Abraham itu ternyata mudah. Kalau nak beritahu, berterus terang sahaja. Dia tak punya masa mahu bermain tarik tali. Baru Vic mahu memutuskan talian, Leo menegah dari hujung sana.

Telefon pintar diangkat semula ke telinga.

"Tell me, what's wrong? Straight to the point je. Apa yang susahnya?"

His Broken Vow | His Deceit Series #1Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora